Monday, March 4, 2013

#PrayForSabah : BOOM! Website Rasmi Kerajaan Sulu Dihacked!! Perang Siber Telah Tercetus!!


Laporan dari sumber [KLIK SINI!] mendakwa laman rasmi diraja Sulu beralamat www.royalsulu.com telah kecundang akibat terkena serangan DDOS!

dibawah adalah screenshot yang sempat diambil:


Selain dari laman Royal Sulu, beberapa laman milik kerajaan Filipina juga mendapat nasib yang sama selepas salah satu laman rasmi kerajaan malaysia (malaysia.gov.my) diserang dengan serangan DDOS juga.


Sejurus kejadian terbabit, penggodam-penggodam Filipina telah memberi amaran kepada kumpulan penggodam tempatan khasnya dari kalangan bertopi hitam (black hat) supaya tidak menganggu dunia cyber mereka atau Penggodam Malaysia khasnya menerima padah seperti yang cuba dilakukan sekumpulan penggodam China.

Bukti gambar lain:

TERKINI! IDENTITI MAYAT ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH DIKENALPASTI! #PrayForSabah

Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau) 
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. 

Sunday, March 3, 2013

#SempornaBackfire: UPDATE! LAGI SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH! AYUH BANGKIT SEMUA!! #PrayForSabah


Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.- BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD