Thursday, March 21, 2013

#LahadDatu: CIKGU DOGGIE BEBAS?


Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.

"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati kata'" dalam laman sosial Facebooknya. - BERNAMA

Wednesday, March 20, 2013

#TukarKelantan: DAH DAPAT DUIT IHSAN RM69 JUTA, SO APA HAL TUNTUT ROYALTI LAGI??


Sebanyak RM69 juta daripada RM70 juta wang ihsan yang diperuntukkan oleh kerajaan Pusat sejak tiga tahun lalu telah disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha berkata, sebanyak RM23 juta digunakan untuk membantu 38,706 pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya menjangkakan 18,000 pelajar akan melanjutkan pelajaran ke IPT di seluruh negara.

"Sebahagian besar wang ihsan digunakan untuk pendidikan anak-anak negeri ini dan peruntukan lebih besar diperlukan bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada tahun ini.

"Setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima bantuan daripada program wang ihsan ini.

"Anak-anak di negeri ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti pula turut diberikan bantuan serupa iaitu bagi program ijazah mereka mendapat RM800, diploma (RM500) dan politeknik (RM350)," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Makhtar berkata, selain itu, anak-anak yatim yang masih bersekolah juga menerima wang ihsan bagi meringankan beban mereka.

"Setiap anak yatim ini menerima bantuan sebanyak RM200 dan melibatkan 14,000 pelajar di seluruh Kelantan.

"Wang ihsan ini juga bagi membantu untuk pengurusan jenazah dan bantuan kematian sebanyak RM300, orang ramai yang memerlukan bantuan diminta supaya tampil membuat permohonan," katanya.

Jelasnya, kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukan wang ihsan sebanyak RM30 juta pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk bantuan dalam bidang pendidikan.

"Saya berharap agar bantuan wang ihsan ini akan terus diberikan kepada rakyat Kelantan memandangkan masih ramai lagi yang memerlukan sumbangan ini," ujarnya. - UTUSAN

#PRU13: SENARAI TARIKH PEMBUBARAN DUN. SIAPA BAKAL JADI KERAJAAN?


Jika dilihat kembali gambar dibawah, tarikh yang dipaparkan adalah menunjukkan bahawa tarikh keramat PRU-13 paling lewat sekali ialah lebih kurang sebulan lagi. Dah sedia nak mengubah destini kita untuk 5 tahun akan datang? Pastikan anda tidak salah memilih dan kita sendiri sudah lihat apa yanf berlaku sepanjang penggal ini. Anda mahukan Transformasi atau Reformasi? Adakah anda mahu hidup dengan turun ke jalanan untuk bersuara atau anda mahukan keselesaan seperti yang dinikmati sekarang diteruskan? Cth: Dapat BR1M setiap tahun



Tarikh Pembubaran Parlimen dan DUN Secara Automatik Pada yang belum tahu, foto di bawah menunjukkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri. 
Manakala parlimen bubar secara automatik pada 30 April 2013 jika parlimen masih tidak dibubarkan sebelum tarikh tersebut bagi membolehkan PRU 13 dilangsungkan.
Elok umum awal-awal, senang sikit rakyat Malaysia yang merantau nak plan cuti untuk balik mengundi. 
Doa banyak-banyak supaya esok atau lusa PM akan umum tarikh bubar parlimen, kalau tak tunggu esok pulak, dan begitulah seterusnya ya? 
Ingatkan malam tadi nak umum tarikh pembubaran, tapi andaian meleset. Apapun bila tiba tarikh tersebut jadilah pengundi yang bijak. Bijak memilih negara bersih!!!!


Tepuk dada, tanya iman... Mana pilihan anda?


ATAU


Renung-renungkan............

MY SLIDESHARE UPLOAD