Wednesday, March 20, 2013

#TukarKelantan: DAH DAPAT DUIT IHSAN RM69 JUTA, SO APA HAL TUNTUT ROYALTI LAGI??


Sebanyak RM69 juta daripada RM70 juta wang ihsan yang diperuntukkan oleh kerajaan Pusat sejak tiga tahun lalu telah disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha berkata, sebanyak RM23 juta digunakan untuk membantu 38,706 pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya menjangkakan 18,000 pelajar akan melanjutkan pelajaran ke IPT di seluruh negara.

"Sebahagian besar wang ihsan digunakan untuk pendidikan anak-anak negeri ini dan peruntukan lebih besar diperlukan bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada tahun ini.

"Setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima bantuan daripada program wang ihsan ini.

"Anak-anak di negeri ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti pula turut diberikan bantuan serupa iaitu bagi program ijazah mereka mendapat RM800, diploma (RM500) dan politeknik (RM350)," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Makhtar berkata, selain itu, anak-anak yatim yang masih bersekolah juga menerima wang ihsan bagi meringankan beban mereka.

"Setiap anak yatim ini menerima bantuan sebanyak RM200 dan melibatkan 14,000 pelajar di seluruh Kelantan.

"Wang ihsan ini juga bagi membantu untuk pengurusan jenazah dan bantuan kematian sebanyak RM300, orang ramai yang memerlukan bantuan diminta supaya tampil membuat permohonan," katanya.

Jelasnya, kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukan wang ihsan sebanyak RM30 juta pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk bantuan dalam bidang pendidikan.

"Saya berharap agar bantuan wang ihsan ini akan terus diberikan kepada rakyat Kelantan memandangkan masih ramai lagi yang memerlukan sumbangan ini," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive