Sunday, March 31, 2013

#PRU13: SELEPAS KANTOI DI LAHAD DATU, 1 LAGI HURU HARA BAKAL DICIPTA DI PUSAT UNDI!!


Makin hampir dengan PRU13 semakin banyak pekung cuba dibuka oleh pihak pembangkang kepada kerajaan. Namun di atas kuasa Allah SWT segala percubaan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dilihat terpalit ke atas batang hidung sendiri.

Setiap kali negara mendekati pilihan raya juga kita akan dihidangkan kisah-kisah seperti pengundi hantu, SPR penipu, BN beli undi serta pelbagai tuduhan dari pembangkang. Mungkin ada yang tertanya kenapa isu-isu ini hanya timbul setiap kali musim pilihan raya.

Mungkin kerana sedar taktik yang sering digunakan setiap kali musim pilihan raya tidak lagi dapat menyakini rakyat, maka PKR bertindak cuba mencetuskan kekecohan di pusat pembuangan undi. Ia mungkin untuk menarik perhatian media antarabangsa kononnya pilihan raya di Malaysia tidak adil dan memerlukan campur tangan antarabangsa. -DOUBLE Y-

Dari blog Angin Perubahan:
Beberapa orang aktivis Mesir memakai baju Otpor ketika revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak. Otpor dimulakan oleh George Soros di Serbia. Otpor yang berpangkalan di Switzerland menjadi satu pusat latihan aktivis untuk membuat "color revolution" di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk menukarkan sesuatu pemerintahan melalui konflik, memanipulasi harga minyak dan mendesak institusi kewangan Islam memohon bantuan kewangan antarabangsa (baca sini). 
Bagi menjayakan "color revolution", dua institusi yang sering menyumbang dana untuk menjayakan agenda besar Rothschilds ini adalah Open Society Institute dan NED. Menurut Thierry Meyssan (Presiden Voltaire Network) dalam artikel bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference" pada 7 Oktober 2008. 
Dalam majlis ulang tahun ke-20, National Endowment for Democracy telah mendedahkan ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia. [Selanjutnya]

Saturday, March 30, 2013

[VIDEO]: APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG INSIDEN MEMALI? WAJIB TONTON!!


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang[1] dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Selanjutnya di Wikipedia



DEFISIT MENINGKAT, BUKTI PAKATAN TAK LAYAK MEMERINTAH LAGI!!

Jika merujuk kepada laman Dewan Bahasa dan Pustaka, Defisit bermaksud kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan. Kalau merujuk pada maksud pun kita dah tahu bahawa kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ni tak layak mentadbir negeri. Bayangkan kalau mereka ni diberi peluang lagi 1 penggal untuk memerintah negeri tersebut? Apa akan jadi? Menangis tak berlagu beb jadinya...

RUJUK SINI:



Ramai yang menyesal undi PR semasa PRU2008, kononnya untuk perubahan. Memang mereka dapat perubahan - tetapi perubahan dari yang ELOK kepada yang LEBIH BURUK, bukan yang LEBIH BAIK. Mereka kononnya undi untuk REFORMASI - tapi di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor nampaknya tiada apa-apa REFORMASI yang signifikan, apa lagi di negeri Kelantan - 23 tahun dalam kemunduran - pembangunan fizikal dan sahsiah. 5 tahun PR memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor, 23 tahun Kelantan, REFORMASI hanya sekadar slogan dan sudah menjadi REFORBASI dan MANIFESTO BUKAN JANJI. Sedangkan 4 tahun Najib Razak penuh TRANSFORMASI. Jangan lakukan kesilapan yang sama, jangan menyesal sehingga ke anak cucu... 
TUN FAISAL
Rakyat dengan penuh harapan mahukan perubahan daripada pakatan semasa PRU12 dulu, tapi taik kucing yang rakyat dapat. Sampai bila nak macam ni? Kita perlu tahu bahawa dengan defisit yang semakin meningkat ini, ianya akan menjuruskan negara karah bankrupsi. Ini semua kerana manifesto bukan janji yang dilaksanakan pembangkang. Tak perlu cakap banyak, PRU-13 ni undi jer BN, pulihkan semula ekonomi negeri, untuk kebaikan masa depan kita bersama juga.

RUJUK SINI PULA:


Defisit mencecah RM200 juta

Apakah persamaan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor?
Jawapannya mudah.

Kedua-dua negeri ini diperintah oleh pakatan PKR-Dap-Pas setelah mereka memenangi pilihanraya umum 2008 yang lalu. Selain dari itu, perkembangan mutakhir juga menunjukkan 'trend' atau kecenderungan yang sama di antara kedua-dua pentadbir negeri tersebut.

Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor boleh dikatakan sebagai antara negeri yang terkaya di Malaysia dengan pelaburan asing dan perindustrian menjana pendapatan negeri-negeri tersebut.

Ironinya, "kadar defisit" ditunjukkan bagi tahun 2012 dan suku tahun pertama 2013 dengan masing-masing mencecah angka RM262.04 juta (Pulau Pinang) dan RM200 juta (Selangor).

Di Pulau Pinang, selain defisit yang tinggi ketua menterinya, Lim Guan Eng telah memutuskan untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi menghubungkan darat dan pulau mutiara itu. Katanya, ia boleh menjimatkan kos walaupun jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun dipersetujui dilakukan.


Defisit mencecah RM262 juta

Manakala bagi negeri Selangor, kemelut simpanan air terawatnya yang berkurangan dan pada tahap kritikal masih menghantui rakyat negeri tersebut.

Keegoan pentadbir negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim enggan membenarkan SYABAS memulakan projek Langat II selain menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan bagi membekalkan air terawat dilihat sebagai memprejudiskan keperluan utama rakyat negeri itu sendiri.

Air, secara umum adalah keperluan asas selain tempat tinggal dan makanan.

Menyentuh soal tempat tinggal, sekali lagi kedua-dua negeri Selangor dan Pulau Pinang dikecam kerana meminggirkan soal rumah kos murah apabila hanya mementingkan kebenaran dan kelulusan projek perumahan mewah yang bermula dari harga RM300 ribu ke atas sahaja dan memberi keuntungan segera dan berganda kepada pemaju-pemaju perumahan yang bersifat kapitalis dan menekan rakyat.

Dasar-dasar korporat kedua-dua negeri tersebut benar-benar tidak mesra rakyat dan wajar ditolak melalui terjemahan undi pada pilihanraya umum ketiga belas nanti.

TEAM MEDIA SELANGOR