Friday, April 12, 2013

#PRU13: [VIDEO] KEJAM!! #RejimPAS SANGGUP SITA SEKOLAH PONDOK SEBAB DAPAT BANTUAN BN!! CELAKO!! #TukarKelantan #BoLaWeii


Alamak, PAS Kelantan buat hal lagi? Seriously kali ini memang melampau dan boleh dkategorikan sebagai BODOH!! PAS Kelantan telah sekat hak pendidikan sekolah pondok di Tumpat pulak. Apa nak jadi la PAS ni. Tak sangka Madrasah Al-Najmiah di Pondok Geting, Tumpat ini DISITA oleh REJIM PAS NAUNGAN NIK AZIZ semata-mata KERANA MADRASAH INI TELAH MENDAPAT DANA BANTUAN SEBANYAK RM 2 JUTA OLEH KERAJAAN PUSAT SEMASA LAWATAN TPM KESANA TAHUN LEPAS.

Nak dipendekkan cerita.. Ni kronologinya:
  1. Sejak azali, Tuan Madrasah ni (Ustaz Abdullah Sa'amah) penyokong PAS. Hampir 30 tahun dah madrasah ni bertapak kat bumi Kelate ni.
  2. Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan tak pernah 'kacau' dia langsung walaupun ada binaan di madrasah ini didirikan tanpa geran.
  3. Sejak Ustaz ini declare sebagai penyokong BN dan dapat dana sebanyak RM2 Juta dari Kerajaan Pusat tahun lepas, madrasah ini sering disaman tanpa sebab dan yang terbaru bangunan 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan (Hasil Dana Bantuan BN) DISITA!!
Yang peliknya, banyak pusat karaoke haram masih beroperasi, kenapa tak sita? 


Konklusi: REJIM PAS KEJAM TAHAP BANGANG, BUTA PERUT, TAK FIKIR MASA DEPAN PENDUDUK.

Berhubung tindakan Majlis Bandaran Tumpat yang menyita sekolah pondok tempoh hari, kami bertindak melawat Tok Ayah Haji Lah untuk mendapatkan kepastikan kes tersebut. 
Memang benar, bangunan sekolah pondok yang dibina untuk anak-anak Islam mendalami ilmu agama telah disita hanya kerana mengkritik Islam palsu yang dibawa oleh PAS. 
Penulis berasa hairan, kenapa sekolah pondok yang dipilih untuk disita tetapi port-port karaoke dibiarkan terus beroperasi walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media massa. Bagi mendapatkan kepastikan sebaik sahaja pulang dari Tumpat. 
Kami cuba melawat karaoke yang didedahkan sebelum ini, kerana pada hari pendedahan blog ini tempoh hari, pusat tersebut ditutup. Anehnya kunjungi kami kelmarin mendapati ia masih beroperasi tanpa sebarang tindakan. 
Macam yang penulis katakan sebelum ini, asalkan kita sokong PAS bukan sahaja karaoke, pusat pelacuran pun PAS akan halalkan. 
Tengoklah gelagat pak lebai PAS yang syok menyanyi. 
SETERUSNYA

#PRU13: [FOTO] HOT! PEMUDA PAS TOLONG EDAR 5000 RISALAH #ManifestoBN #AkuJanji KELANTAN?? #TukarKelantan

50 sukarelawan Pemuda BN Kelantan bergerak sekitar Pusat Bandar KB pagi ini bagi mengagihkan risalah AkuJanji Khas BN Kelantan yg dilancarkan oleh Tok Pa semalam. Turut hadir, Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Tn Hj Anuar Safian. Sebanyak 2,000 risalah diedarkan pagi ini. Program ini akan berterusan sehingga hari terakhir di seluruh pelusuk negeri. Terbaik..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PRU13: SESAT!! NIK AZIZ TAK PERCAYAKAN RUKUN IMAN KE-6!!! #BoLaWeii #TukarKelantan


Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghukum solat serta amalan kebajikan orang UMNO termasuk membina masjid tidak mendapat pahala, memperlihatkan Mursyidul Am Pas itu seolah-olah menolak satu daripada enam Rukun Iman iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Ilmuwan fiqh, Datuk Aidit Ghazali berkata, dalam Islam apabila seseorang itu menolak untuk percaya kepada salah satu Rukun Iman, iaitu dengan tidak percaya kepada ketentuan qada dan qadar sehingga sanggup mengambil hak Allah SWT untuk menghukum dosa atau pahala umat lain, dibimbangi ia mendatangkan kekufuran.

Katanya, kenyataan liar Nik Abdul Aziz termasuk terbaru mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali, UMNO juga akan menentang Rasulullah bukan sahaja celupar tetapi bacul serta memperlihatkan betapa Mursyidul Am Pas itu membiarkan diri beliau diperalat golongan yang tergila-gilakan kuasa.

Justeru Aidit menyeru pemimpin serta penyokong Pas, adalah elok menasihati Nik Abdul Aziz agar berehat daripada arena politik jika benar mereka menyayangi Menteri Besar Kelantan itu kerana dibimbangi lebih banyak pintu kerosakan akidah bakal terjadi sehingga melebarkan lagi perpecahan di kalangan Melayu.

"Saya kasihan dengan Nik Abdul Aziz ini kerana dia sudah menjadi alat pada mereka yang kemaruk kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan celupar. Golongan ini tahu mereka perlu memperalatkan Nik Abdul Aziz kerana sedar kenyataan Mursyidul Am Pas ini berupaya memberi impak dari segi politik.

"Mengambil hak Allah ini melanggar salah satu rukun iman iaitu beriman kepada qada dan qadar. Jangan main-main itu. Tolak mana-mana satu jawabnya kufur, tiada akidah. Justeru, kalau kita melihat orang mengambil hak Allah, apakah ini tidak merisaukan kita bahawa dia akan berani mengambil hak yang lain juga?

"Nik Abdul Aziz sendiri kena sedar. Beliau sendiri belum tentu akan mati sebagai orang Islam sebab hak untuk menentukan apakah orang itu meninggal sebagai Muslim atau tidak, beriman atau kufur itu adalah hak mutlak Allah," katanya dalam sidang akhbar pertubuhan bukan kerajaan Jalur Tiga (JATI) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti itu mengamal dasar kebangsaan, malah beliau secara bongkak enggan menarik balik kenyataan tersebut sebaliknya menuduh pula jika Nabi Muhammad hidup kembali, UMNO akan menentang Rasulullah.

Dalam pada itu, Aidit yang juga Timbalan Presiden JATI serta Pengerusi Eksekutif dan Perunding Utama Akademi Aidit Sdn. Bhd berkata, semua pihak mesti memainkan peranan untuk menyedarkan Nik Abdul Aziz kerana jika dibiarkan dibimbangi lebih banyak kemudaratan berlaku kepada umat Islam di negara ini. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD