Saturday, April 20, 2013

#PRU13: DISEBABKAN RAFIZI ARAH ANAK BUAH BOIKOT PROGRAM PAS.. NIK AZIZ MENGAMUK!!!?


Jika 'orang kuat' PAKATAN sendiri nak boikot program dari PAKATAN. Ini namanya tidak ada persetujuan yang baik dalam parti. Politik tidak mengajar kita untuk berdengki, tapi ajar kita untuk bersaing menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik. 

Jangan jadi seperti RAFIZI!!!

Baca dibawah:

DOUBLE-Y:


Transkrip kiriman emel di antara Rafizi Ramli dengan pasukan rundingan PKR seperti disiarkan di atas mendedahkan bahawa Pakatan Rosak yang terdiri daripada PAS, PKR dn DAP tidak pernah sepakat, sebaliknya mereka bergolak serta memburuk-burukkan satu sama lain.


Emel Rafizi Ramli dan beberapa nama pemimpin besar Pakatan Rosak yang didedahkan di blog TeganuHOT turut menyatakan bahawa PKR bertindak membatalkan serta memboikot PAS gara-gara PAS dikatakan bersikap kurang ajar terhadap tuntutan kerusi yang dibuat oleh mereka.


TEGANU HOT:

Pembangkang kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu bagi meraih sokongan masyarakat India.
Kata dulang paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!

Penulis menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.

Pekeliling bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.

#PRU13: BUKTI JELAS KENAPA ANDA PATUT #TolakPAS !!!


Anda bacalah sendiri... Terserlah kemunafikan PAS setelah 'membenarkan' DAP, iaitu Parti Berunsur Komunisme bertanding menggunakan tiket PAS. Sedar tak korang, tak ke pelik namanya sebuah PARTI CINA bertanding menggunakan nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA? Sudah jelas untuk dimaksudkan bahawa JIKA ANDA UNDI PAS, SAMA DENGAN ANDA UNDI DAP (PARTI KOMUNIS)!!

Untuk olahan lengkap sila rujuk dibawah:
Semalam lagi penulis menerima maklum balas bahawa ROS tidak membatalkan DAP selaku parti politik tetapi ROS hanya meminta DAP memberikan respon di atas pertikaikan yang wujud semasa proses pemilihan CEC. Kerana ahli DAP sendiri yang mempertikaikan keputusan pemilihan tersebut. 
Dua benda berbeza yang puak PAS dungu tak faham :
  • ROS menggesa DAP beri maklum balas terhadap rungutan ahli sendiri semasa proses pemilihan CEC. Maksudnya yang tidak sah adalah keputusan pemilihan CEC bukannya parti DAP.
  • SPR berkata DAP boleh menggunakan logonya sejak kelmarin, namun Guan Eng dan pembangkang berusaha memutar situasi kononnya ROS cuba menyusahkan DAP dari bertanding PRU13.
Penulis mencabar DAP untuk terus menggunakan 'BULAN' dalam PRU13. Kerana kita tahu bahawa DAP sama sekali tidak mengiktiraf PAS tetapi hanya mempergunakan PAS untuk memegang tampuk pemerintahan. 
Seterusya di blog TUKAR KELANTAN

Thursday, April 18, 2013

[FOTO] #PRU13: Bukti Surat PAS Paksa Ahlinya Ramaikan Ceramah!! #BoLaWeii

Nampaknya PAS sudah semakin terdesak sehingga terpaksa kerah semua ahlinya penuhkan kerusi di ceramah. Ini dapat membuktikan bahawa PAS sudah tidak stabil dan semakin tidak diterima rakyat. Anda boleh baca selanjutnya di http://yuseriyusoff.blogspot.com

MY SLIDESHARE UPLOAD