Saturday, July 13, 2013

PERHATIAN! PESANAN TERBARU @PDRMsia KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Jika semasa anda memandu diwaktu malam dan secara tiba2 cermin kereta anda dilempar telur ayam, sila jangan pasang wiper atau pancut air pada cermin kereta anda tu. Teruskan pemanduan dengan apa yang mampu dilihat hingga anda tiba ditempat selamat.

Ini merupakan satu taktik jenayah yang terbaru. Seperti yang kita tidak terfikir, telur ayam bercampur air ia akan menjadi  SUSU dan akan KABURKAN 92.5% tahap penglihatan seseorang. Justeru, secara tak langsung akan memaksa anda untuk memberhentikan kereta anda. Pada masa itulah perompak akan mengambil peluang untuk merompak. Kreatif sungguh taktik baru yang digunakan oleh perompak jalanan ni. 

P/S: Kepada semua pembaca MOHON SHARE, mungkin ia akan menyelamatkan rakan2, family, orang tersayang dan rakyat Malaysia dari menjadi mangsa perompak2 yang semakin hari semakin licik ini.

ZAHARIN KELDAI JANGAN BIKIN PANAS DI #PRKKualaBesut! @ZaharinMY @tunfaisal @NajibRazak

Semalam kecoh dikalangan blogger-blogger Pro-BN yang tidak puas hati dengan status FB milik seorang ahli politik UMNO yang saya boleh kategorikan sebagai 'TALAM DUA MUKA'.Dia juga merupakan seorang penulis blog yang agak kontroversi sebelum ini, iaitu SANG KELDAI.. Eh, silap.. SANG KELEMBAI.. Nampaknya Sang Kelembai ni berani lagi mencetuskan kontroversi setelah kontroversi lepas sudah 'mute'.


Mari kita tengok apa yang Sang Keldai ini keluarkan kenyataan di laman fb beliau..

PERTAMA:


Kenapa perlu Sang Keldai ini perlu ketengahkan nama Datuk Markiman Kobiran jika dia hanya bermasalah dengan Tun Faisal dan UMB? Apa salah dia? Hal peribadi letak tepi la, politician jenis apa ni? Low class! Seperti apa yang kita tahu, Tun Faisal pula adalah penggerak utama media sosial Pro-BN dan seperti yang kita tahu, Tun Faisal telah memainkan peranan besar ketika PRU-13 lepas semasa bersama UMB. So, sikit pun tak ada masalah dengan awak!

''Jika dia simpan Markiman dengan Tun Faisal.. Saya malas nak sokong.. Mereka semua bodoh sombong'' 

Cukuplah.. You're useless!!

Yang menjelekkan disini ialah kenyataan Sang Keldai ini merasakan dirinya terpinggir dari dunia bloggersfera.

Kalau nak tahu, dia ni 24/7 bawa DSLR dia kehulu-kehilir, tapi semua gambar tak tahu dia upload kat mana? Kat FB tak ada, kat blog pun tak ada. Cari duit tepi ke bang? Hahahahaha!


Hahaha! Inilah yang orang yang dikatakan bodoh sombong sebenarnya. Tengok tu, Status FB dia sendiri dah jerat diri dia. Hahaha! Dia siapa nak mempertikaikan hak blogger untuk main isu kontraktor? Dah terang-terang namanya blogger PRO-BN. Blogger tak bodoh nak senang-senang serang calon PAS tu, sebab kita ada undang-undang dan masing-masing ada anak bini nak jaga, tapi blogger cuma buat apa yang patut dibuat supaya BN dapat mempertahankan kerusi. Selepas di'scroll' balik. Sang Keldai ini cenderung kearah PAS. Anda dialu-alukan keluar dari UMNO. Sila angkat kaki secepat mungkin.

Kenapa saya cakap macam ni? Salah satu sebab utama ialah:

ZAHARIN TELAH MENJATUHKAN IMEJ PDRM DENGAN SENGAJA MENCETUSKAN KONTROVERSI SEMASA BERSIH 3.0 LEPAS KONONNYA DEMONSTRAN YANG MEMAKAI GELANG KUNING IALAH ANGGOTA CAWANGAN KHAS (SB). 

Boleh rujuk SINI dan SINI ...


Sebenarnya aku tengah ghairah nak cerita pasal Keldai ni. Okay la. Aku akan sambung Part II.

P/S: Keldai ini dulu masa nama ada kat puncak, dia lupa diri. Sampaikan sanggup jatuhkan maruah diri sendiri sampai cium tangan musuh ketat dia. Manusia busuk hati memang macam ni.








Friday, July 12, 2013

#PRKKualaBesut: BN TERENGGANU GAGAL. #N01KualaBesut 80% Bakal Ditawan PAS?

Kegagalan kerajaan negeri yang sedia ada merealisasikan harapan rakyat dalam isu kebajikan mendorong calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endut @ Azlan Jusoh bertekad untuk membawa agenda tersebut ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang kali pertama bertanding bagi merebut kerusi tersebut setelah kematian penyandang sebelum ini, Dr A.Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai calon yang sangat dekat dengan hati rakyat.

“Isu kebajikan rakyat seperti isu kemiskinan dan beberapa isu lain seperti pengangguran dan sosial gagal diselesaikan oleh Adun sebelum ini,” kata Azlan dalam sidang media di Markas Pas di Kampung Baharu, Kuala Besut petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau berkeyakinan bahawa rakyat akan bersama beliau dalam memastikan kerusi DUN Kuala Besut berjaya ditakluk oleh Pas sekaligus menjadikan kedudukan kerusi DUN Terengganu berada dalam kedudukan 16-16.

“Kita yakin akan menang dan tidak takut berdepan dengan apa jua kemungkinan

Selain itu, menurutnya lagi, cabaran politik wang banyak bersarang di kawasan ini dan telah menyebabkan kawasan Kuala Besut menjadi kawasan mundur di Terengganu.

“Sepatutnya Besut dikenali sebagai Kota Ilmu tetapi ini tidak pernah terjadi. Kawasan ini lebih mundur dari kawasan Kota Putera,” katanya lagi.

Memandangkan, Azlan merupakan ahli perniagaan dan juga Bendahari Jawatankuasa Pas di Kuala Besut, maka kredibiliti beliau sangat dikenali oleh semua lapisan rakyat termasuk nelayan, petani, pengusaha keropok dan juga pegawai kerajaan.

Pendekatan ‘dekat bersama rakyat’ melalui siri-siri bertemu penduduk, majlis berbuka puasa dan ceramah adalah pendekatan yang akan digunakan oleh Pas dan Azlan dalam memenangi hati rakyat Kuala Besut.

“Kita akan terus menerus menemui rakyat tidak kisah di mana-mana jua seperti di kedai, pejabat mahupun bazar Ramadan supaya rakyat lebih akan rasa mesra,” katanya lagi.

Penyokong-penyokong Pas akan mula berarak mengiringi Azlan ke Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Daerah Besut bermula dari jam 7.30 pagi. - AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD