Friday, July 12, 2013

#PRKKualaBesut: BN TERENGGANU GAGAL. #N01KualaBesut 80% Bakal Ditawan PAS?

Kegagalan kerajaan negeri yang sedia ada merealisasikan harapan rakyat dalam isu kebajikan mendorong calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endut @ Azlan Jusoh bertekad untuk membawa agenda tersebut ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang kali pertama bertanding bagi merebut kerusi tersebut setelah kematian penyandang sebelum ini, Dr A.Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai calon yang sangat dekat dengan hati rakyat.

“Isu kebajikan rakyat seperti isu kemiskinan dan beberapa isu lain seperti pengangguran dan sosial gagal diselesaikan oleh Adun sebelum ini,” kata Azlan dalam sidang media di Markas Pas di Kampung Baharu, Kuala Besut petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau berkeyakinan bahawa rakyat akan bersama beliau dalam memastikan kerusi DUN Kuala Besut berjaya ditakluk oleh Pas sekaligus menjadikan kedudukan kerusi DUN Terengganu berada dalam kedudukan 16-16.

“Kita yakin akan menang dan tidak takut berdepan dengan apa jua kemungkinan

Selain itu, menurutnya lagi, cabaran politik wang banyak bersarang di kawasan ini dan telah menyebabkan kawasan Kuala Besut menjadi kawasan mundur di Terengganu.

“Sepatutnya Besut dikenali sebagai Kota Ilmu tetapi ini tidak pernah terjadi. Kawasan ini lebih mundur dari kawasan Kota Putera,” katanya lagi.

Memandangkan, Azlan merupakan ahli perniagaan dan juga Bendahari Jawatankuasa Pas di Kuala Besut, maka kredibiliti beliau sangat dikenali oleh semua lapisan rakyat termasuk nelayan, petani, pengusaha keropok dan juga pegawai kerajaan.

Pendekatan ‘dekat bersama rakyat’ melalui siri-siri bertemu penduduk, majlis berbuka puasa dan ceramah adalah pendekatan yang akan digunakan oleh Pas dan Azlan dalam memenangi hati rakyat Kuala Besut.

“Kita akan terus menerus menemui rakyat tidak kisah di mana-mana jua seperti di kedai, pejabat mahupun bazar Ramadan supaya rakyat lebih akan rasa mesra,” katanya lagi.

Penyokong-penyokong Pas akan mula berarak mengiringi Azlan ke Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Daerah Besut bermula dari jam 7.30 pagi. - AWANI

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive