Berikut adalah screen shot daripada laman twitter yang sempat diambil sebagai pengesahan. Keadaan UAI dilaporkan selamat. Mari sama-sama kita doakan semoga UAI cepat sembuh. AMIN..
Saturday, August 17, 2013
Friday, August 16, 2013
PM @NajibRazak HENTAM DAP SAMPAI LIM KIT SIANG BISU!!! #NajibMyPM
Memang benar apa yang dikatakan PM kita, DAP ibarat telur dihujung tanduk dan ini secara terangnya menunjukkan mereka ialah parti yang tak layak memimpin jauh dibandingkan dengan Barisan Nasional.
Menurut SUMBER:
PM berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.
Perdana Menteri berkata, ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu jumlah yang kecil.
"Yang jadi satu tanda tanya kenapa sebuah parti seperti DAP yang selalu mewar-warkan mereka menjadi juara demokrasi dan prinsip tidak menyalahguna kuasa, tetapi bila sampai pemilihan dalam parti mereka tak sanggup melakukan perkara mengikut peraturan yang bersih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan dan Pelancaran Pelan Integriti Felda serta Majlis Hari Raya 2013 di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai keputusan DAP semalam yang akhirnya akur dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC.
#SaveEgypt: RAKYAT MALAYSIA DALAM PROSES PEMINDAHAN - @HishammuddinH2O#PrayForMesir
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat hari ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airline System (MAS) dan AirAsia.
"Sehingga kini 3,300 rakyat Malaysia di Mesir adalah selamat. Kita akan lakukan apa saja untuk pindahkan mereka jika keadaan semakin panas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.
Krisis di Mesir semakin memuncak apabila 464 orang terbunuh sehingga sekarang selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda semalam.
Hishammuddin berkata jika lapangan terbang di Mesir boleh digunakan, pesawat MAS dan AirAsia akan digunakan untuk membawa rakyat Malaysia pulang secara penerbangan terus ke Kuala Lumpur.
"Jika lapangan terbang di sana ditutup, maka logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan untuk membawa mereka pulang melalui laluan perjalanan penerbangan yang telah dirancang," katanya.
Hishammuddin berkata pihaknya telah memantau keadaan di Mesir sebelum Ramadan iaitu sejak Julai lalu dan telah menempatkan beberapa pegawai MKN, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar untuk menilai situasi di sana.
"Mereka juga akan memutuskan bila kita akan laksanakan proses pemindahan itu jika beberapa kawasan selamat bertukar menjadi panas," katanya sambil menegaskan prosedur pemindahan akan dilaksanakan berdasarkan operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu, yang dilanda demonstrasi jalanan rakyat bagi menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, dalam Ops Piramid pada 2011.
Beliau juga kesal dengan beberapa pihak penganjur swasta yang berdegil dan menghantar 200 daripada 2,346 pelajar Malaysia, yang ditawarkan untuk belajar di universiti-universiti di Mesir pada tahun ini, ke negara itu.
Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak universiti di Mesir agar menangguhkan peperiksaan ulangan dan pengambilan pelajar baharu dari Malaysia, terutama bidang perubatan, sehingga keadaan di negara itu reda.
Pemangku Duta Malaysia di Mesir Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata sehingga kini tiada sebarang laporan melibatkan rakyat Malaysia dalam insiden semalam.
"Bilik gerakan aduan Kedutaan Malaysia di Mesir telah dibuka berikutan insiden itu.
"Kami bersedia untuk proses menghantar rakyat kita pulang jika arahan dikeluarkan dari Wisma Putra pada bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata Wisma Putra juga menempatkan pegawai di beberapa lapangan terbang di Mesir untuk membantu pelajar Malaysia yang baru tiba di negara itu. - AWANI
Subscribe to:
Posts (Atom)