Thursday, August 22, 2013

TAJUDDIN PASIR SALAK TAK LAYAK JADI PEMIMPIN UMNO! SILA GUGURKAN SEGERA!


Tajuddin Pasir Salak ini pernah dibuang UMNO sebanyak 2 kali iaitu pada 1988 (selepas penubuhan UMNO baru), dia dibuang kerana dikatakan menyertai SEMANGAT 46, tapi pada tahun 1990 dia diterima semula.

Kali kedua pula pada tahun 1995, dikatakan terlibat dengan POLITIK WANG sebanyak RM 6 Juta. 3 tahun selepas itu  dia diterima balik menjadi ahli UMNO. 

Manusia seperti Tajuddin seeloknya dibuang segera dan digantikan dengan orang baru. Cukup! UMNO akan cacat dengan keperibadian yang ada pada Tajuddin!



Siapa tidak kenal Tajuddin...?

Tanya saja di Pasir Salak, hatta anjing jika boleh berbicara - anjing pun akan kata Tajuddin kaki judi, kaki mabuk, kaki betina, kaki rasuah. 

Saya berani berkata secara terang-terangan begini kerana maklumat yang saya perolehi bukan datang daripada orang lain sebaliknya daripada ahli akar umbi serta beberapa bekas-bekas kakitangan Tajuddin sendiri.

Malah Tajuddin pada tahun 1995 Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum diterima semula tanpa syarat pada tahun 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2000.

Aneh sungguh UMNO, ahli yang terlibat salah laku politik wang sebanyak RM6 juta pada awalnya dipecat selepas itu diterima semula tanpa syarat?

Tajuddin Ugut Ketua Cawangan!

Selain mengatur perjalanan politik anak-anaknya di mana anak lelaki diletakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah War Room Bahagian, anak perempuan sebagai Setiausaha Bahagian, menantu diletakkan pula sebagai SUS Pejabat Timbalan Menteri dan anak saudaranya Ramli pula sebagai pegawai khas parlimen.

Terbaru saya dimaklumkan beberapa Ketua Cawangan telah diugut oleh Tajuddin, menurut sumber salah seorang Ketua Cawangan tersebut dia diugut menerusi panggilan telefon oleh Tajuddin agar terus menyokong Tajuddin dan anak-anaknya. Jika terdapat mana-mana Ketua Cawangan yang ingkar kehendaknya cawangan tersebut tidak akan diberikan apa-apa peruntukkan.

Wowww..!!!

Daripada bahagian hingga ke pejabat Timbalan Menteri Tajuddin meletakkan kroninya, apakah Tajuddin sedang giat menyusun atur bagi memastikan tampuk pemerintahan negeri Perak dikuasai oleh anak beranaknya?

CREDIT TO YY

Orang macam ini Najib dengan ahli UMNO nak simpan?

PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!

Datuk Azlan Bin Abdul Karim
CEO of Putrajaya Holding
Pendedahan oleh bloggers The Bebalians yang menceritakan CEO Putrajaya Holdings, Datuk Azlan bin Abdul Karim dikesan mtelah makan rasuah untuk membangunkan pusat komnersial baru yang dikenali sebagai Parcel F:

Beberapa tahun lalu, satu pendedahan telah dibuat oleh Malaysia Today tentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH), pemaju Putrajaya. Ia berkenaan kakitangan PJH disingkirkan semasa kemasukan pemegang-pemegang saham baru dari KLCC. Perkara pelik ialah PJH dan KLCC Holdings adalah anak-anak syarikat PETRONAS dan dikhabarkan ialah perstrukturan semula korporat.

Kini perkara aneh itu berlaku lagi dan melibatkan amalan mendiskriminasi kontraks untuk pembangunan kawasan komersial dikenali sebagai Parcel F yang terletak bersebelahan dengan Jambatan Gemilang di Putrajaya.

Nilai pembangunan yang dirancang untuk Parcel F adalah RM1.6 bilion. Parcel F telah dibahagikan kepada empat seksyen yang membolehkan setiap pemaju memperolehi RM400 juta setiap seksyen. Lapan syarikat telah terbabit dalam tender. Proses pemilihan dijalankan secara merit. Bermakna, tidak ada isu langsung membabitkan empat syarikat Melayu dan empat syarikat bukan Melayu.

Empat Seksyen dan lapan syarikat terlibat. Secara teorinya, empat daripada lapan syarikat berkenaan akan diberikan tender membina Parcel F.

Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH, Azlan Abdul Karim. Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.

Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.

SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona). Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON.

WCT Berhad adalah syarikat kejuruteraan berkaitan air dan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat ini adalah Dato’ Kapten (B) Ahmad Sufian.

Dalam kenyataan pada 18 Mac, WCT mengumumkan, syarikat itu telah menerima kontrak bernilai RM315 juta daripada PJH untuk membina dua blok bangunan komersial mengandungi podium pejabat setinggi tujuh tingkat dan dan menara setinggi 14 tingkat serta dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

Syarikat-syarikat lain yang terbabit dalam tender Parcel F adalah KUB Malaysia Berhad menerusi syarikat pembinaan mereka, Hatimuda, Juruteras dan Perembun Sdn. Bhd. Berbanding enam syarikat lain yang terlibat dalam tender pembinaan Parcel F, KUB Builders dan Perembun Sdn. Bhd lebih berkelayakan dalam semua aspek.

Dalam dokumen tender, secara jelas menyatakan, lobi tidak dibenarkan tetapi WCT, Pesona (SUNCON) dan Mitrajaya telah pun melakukan hobi. Oleh itu, ketiga-tiga syarikat itu sepatutnya sudah hilang kelayakan.

#AmmanMessage: DALANG SYIAH DIMALAYSIA DIBONGKAR! TAKKAN KETUA PEMUDA UMNO KOT??

Sudah heboh satu dunia bahawa Amman Messange merupakan penyebar ajaran syiah. Namun, pernahkah kita terfikir siapa yang membuka pintu supaya ianya boleh masuk dengan senyum lebar di Malaysia ini? Jom kita tengok siapakah mereka... 

mengikut prosedur untuk membuat sebarang perjanjian, ianya mestilah dilafazkan YA (tanda setuju) atau menurunkan tandatangan sebagai hitam putih sesuatu perjanjian. Tapi, siapa
yang telah menandatangani perjanjian syiah ini?

BERIYA IYA BLOGGERS UMNO BALUN SYIAH DAN PAS..RUPANYA..

Entri dibawah menceritakan  siapa sebenarnya orang disebalik Amman Message ini. Tak sangka rupanya 'Bekas PM dan Bakal PM' punya kerja.


 
Menteri Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu. Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut. 
"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. 
Jamil Khir berkata demikian mengulas mengenai laporan perjanjian "Amman Message " pada tahun 2005 yang ditandatangani bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan juga menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Abdul Hamid Othman dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim 
Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi. "Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiaah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim.  
Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. Kenyataan Jamil Khir hari ini bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim. Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa. "Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir sebelum ini.  
Perjanjian Amman juga mengetengahkan persamaan antara kepelbagaian fahaman mazhab Islam selain dari mengandungi isu dan kekangan dalam fatwa. "Tidak ada siapa boleh mempersoalkan fatwa tanpa ada kelayakan yang diiktiraf dalam mengikut fahaman mazhab masing-masing. Tidak ada siapa boleh membangkitkan isu berkaitan fatwa tanya merujuk pada kaedah mazhab Islam," kata perjanjian itu lagi. 

SIAPA LAGI??

TAN SRI ABDUL HAMID OSMAN


DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM

MY SLIDESHARE UPLOAD