Sunday, August 25, 2013

GENG O4 MENGGANAS! KERETA PERONDA DIPECAH, ANGGOTA @PDRMsia DISERANG DENGAN KAPAK DAN SAMURAI!

Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

"Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
"Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain," katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.
"Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

"Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri," katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

"Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

"Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam," katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. "Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini," katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

"Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini," katanya.

\
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












#MesirUpdates: AKHIRNYA, SEMPADAN RAFAH DIBUKA!! GABUNGAN GAZA & MESIR BERMULA!! #SaveEgypt


Alhamdulillah, bersyukur sangat lepas baca berita baik ini. Semoga keadaan di Mesir kembali aman dan umat Islam disana boleh hidup dan berjemaah dengan selesa seperti kita disini. Marilah sama-sama kita doakan agar pergolakan di Mesir ini dihentikan segera.

Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari. 
Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas. 
Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan
 UTUSAN

Alang-alang kita berbicara tentang pergolakan Mesir ini, jom kita sama-sama tunjukkan tanda sokongan kita ada pada umat Islam disana dengan menggunakan gambar 4 jari #R4BIA (Soladariti Mesir). 
R4BIA

  • Tujuan  - Sebagai Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.
  • Maksud:  Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat dan dijadikan sebagai simbol kepada :-
  1. keteguhan 
  2. kekuatan
  3. perlawanan
  4. persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan 
  • Simbolik untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Sumber

Saturday, August 24, 2013

20 PARTI POLITIK BARU DITUBUHKAN UNTUK #PRU14?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan sebanyak 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterima sejak 2008.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ia lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, beliau berkata, ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat terperinci lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD