Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.
"Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
"Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain," katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.
"Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
"Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri," katanya.
Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.
"Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.
"Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam," katanya.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. "Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini," katanya.
Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.
"Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini," katanya.
\
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2013
(655)
-
▼
August
(62)
- #Merdeka56: ADA HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA HITAM L...
- DIALOG ANWAR DAN BN: APAKAH AGENDA TERSEMBUNYI DIS...
- SAMBUTAN #AmbangMerdeka2013 DI #Putrajaya LUAR BIA...
- #TandaPutera: BERANI.. @azwanbro 'SAPU BERSIH' TAP...
- ENTRI KHAS #Merdeka56: AYUH KITA HAYATI SEJARAH KE...
- KETERLALUAN!! PETUGAS TNB HAMPIR PUTUS TANGAN DITE...
- TRAGIS!! KEJAM!! EKSEKUTIF PENERBANGAN AIR ASIA-X ...
- #TandaPutera: FINALLY... SI PENGARAH SENDIRI TURUN...
- #PemilihanUMNO: 10 PENILAIAN WAJIB YANG PERLU DIPR...
- #Merdeka56: KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK, AYUH UMNO D...
- #TandaPutera: ANTARA CONTOH SABOTAJ DAN KETIDAKMAT...
- APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ISU-ISU AKHBAR CI...
- #TandaPutera: AJAIB! TIBA-TIBA 'ARAHAN' BERTUKAR J...
- UPDATE!! AKHIRNYA SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP ...
- HOT! PENDEDAHAN SENARAI NAMA ADUN KEDAH YANG MENYO...
- FILEM PATRIOTIK TANDA PUTERA DIHARAMKAN DI PULAU P...
- #OpsCantas: LEBIH 40,000 AHLI KONGSI GELAP DIBURU ...
- #SheikhNafiq4Exco : BERI RUANG KEPADA BEKAS TOKOH ...
- #OneBro4NKP : Let's Talk With @Azwanbro Calon Naib...
- PENGERUSI LPF, DATUK RAJA AZHAR ABDUL MANAP JANGAN...
- SELAMAT ULANGTAHUN KE-64 SAYAP PEMUDA UMNO!!
- DEDAH! ADA GERAKAN MAHU JATUHKAN MB PERAK!!
- BIADAP! FILEM TERBARU NAMEWEE SELIT ADEGAN LELAKI ...
- GENG O4 MENGGANAS! KERETA PERONDA DIPECAH, ANGGOTA...
- #MesirUpdates: AKHIRNYA, SEMPADAN RAFAH DIBUKA!! G...
- 20 PARTI POLITIK BARU DITUBUHKAN UNTUK #PRU14?
- SEDIH! WAJAH IBU LINA JOY YANG HARAPKAN ANAKNYA KE...
- PM @NajibRazak, PLEASE, SILA WUJUDKAN SEMULA ISA D...
- #OneBro4NKP: @azwanbro BERIMEJ KORPORAT? SO? #PAU2013
- SELEPAS PASIR SALAK, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN ASA...
- [VIDEO]: #OneBro4NKP KENAPA @azwanbro LAYAK GANTI ...
- SOCIAL MEDIA IS ONLY THE WAY TO WIN VOTES!!!
- KENAPA ANDA PERLU BAYAR #PTPTN??
- TAJUDDIN PASIR SALAK TAK LAYAK JADI PEMIMPIN UMNO!...
- PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!
- #AmmanMessage: DALANG SYIAH DIMALAYSIA DIBONGKAR! ...
- #IsuKalimahAllah: FAKTA LENGKAP YANG ANDA WAJIB TA...
- #PemilihanUMNO2013: ZED ZAIDI SEMBILU MAHU BERTAND...
- PEMUDA UMNO BANTAH BLACKLIST CCRIS #PTPTN. TU KERJ...
- TERKINI DARI MESIR! HOSNI MUBARAK AKAN DIBEBASKAN!...
- HINA SULTAN: USTAZ PRO-SYIAH MAHU INSTITUSI KESULT...
- PEMBENTANGAN #Bajet2014 OLEH PM @NajibRazak
- MELAMPAU!! TAJUDDIN PASIR SALAK TAMPAR PEMUDA KETI...
- SENARAI RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERKINI
- KES TEMBAK: AHLI POLITIK PULA MANGSA SETERUSNYA!! ...
- #PemilihanUMNO13: @azwanbro HATI KERING MAHU GANTI...
- USTAZ AZHAR IDRUS (UAI) KEMALANGAN
- PM @NajibRazak HENTAM DAP SAMPAI LIM KIT SIANG BIS...
- #SaveEgypt: RAKYAT MALAYSIA DALAM PROSES PEMINDAHA...
- UPDATE!! KEADAAN TERKINI DI MESIR!! #PrayForMesir
- #PemilihanUMNO13: MT UMNO PERLU BARISKANKAN ORANG ...
- BELASAH DALAM LIF: [VIDEO] PENJELASAN LENGKAP OLEH...
- PEMILIHAN UMNO: TARIKH DIPINDA, ADAKAH INI GAME AT...
- TOK PA TEGASKAN SEMUA CALON MT UMNO KENA AMANAH!
- #BahanaMansuhISA: 4 KES TEMBAK DALAM MASA 24 JAM. ...
- KENAPA OBAMA DATANG MALAYSIA?
- SALAM AIDILFITRI KEPADA UMNO DAN SEMUA RAKYAT MALA...
- KERJASAMA DATUK PI BUKTIKAN UMNO KELANTAN BUKAN KA...
- KETUA JENTERA SIBER KELANTAN BERSAMA LABU-LABUNYA.
- LAGI BLOGGER TERANAYA DIKENALPASTI! SIAPA YANG BUAT?
- SEDIH! LUAHAN HATI BLOGGER TERANIAYA.
- PART 2: PEMBONGKARAN MODUS OPERANDI LICIK JOGHO MA...
-
▼
August
(62)
No comments:
Post a Comment