Saturday, August 24, 2013

20 PARTI POLITIK BARU DITUBUHKAN UNTUK #PRU14?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan sebanyak 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterima sejak 2008.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ia lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, beliau berkata, ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat terperinci lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive