Wednesday, September 18, 2013

#PemilihanUMNO: @KhairyKJ SIKIT PUN TARAK GOYANG MAA SAMA DIA PUNYA LAWAN!!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan itu dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan berkata beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua pergerakan itu.

"Kita sudahpun buat pindaan perlembagaan empat tahun lepas dan tiada sekatan dan proses pencalonan untuk jawatan ketua pemuda ataupun untuk apa jawatan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini, Selasa.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa individu termasuk anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah, yang mahu bertanding jawatan itu.

Mengenai saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin muda diberi peluang menjelang pemilihan parti, Khairy berkata perkara itu memang diamalkan dalam parti sejak sekian lama.

Katanya proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam parti tetapi ia perlu diperkasakan lagi.

"Umno sentiasa memerlukan peralihan generasi dan kemunculan pemimpin muda dan adalah penting untuk menggabungkan pemimpin muda ini dengan pemimpin berpengalaman," katanya. - mStar

CONFUSE!! MUKHRIZ TAWAR DIRI MAHU BERTANDING EXCO? #Mukhriz4Exco


Khabar angin kencang mangatakan bahawa Dato' Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO, tetapi kenapa tiba-tiba keluar berita sahih bahawa 'Mukhriz' akan bertanding Exco? Rileks, Memang benar apa yang dinyatakan. Yang akan bertanding Naib Presiden tu Mukhriz Mahathir (MB Kedah), tetapi yang akan bertanding Exco ini ialah Dato' Ahmad Mukhriz Fuad, Ketua Pemuda Cawangan Pekan Baru (Bahagian Pekan, Pahang). Sumber ini didapati daripada laman FB milik dia [SINI]. Memang sesuai dengan umur dia sekarang, 34 tahun untuk bertanding Exco Pemuda, kerana secara fizikalnya, masih mempunyai kudrat yang kuat untuk berkhuidmat dan bekerja, terutamanya pada PRU-14 akan datang. Tambahan, secara tidak langsung tercapai hasrat YAB Tuan Presiden untuk meremajakan UMNO seperti yang dikerangkakan dalam Konsep Transformasi UMNO. Apa-apa pun aku ucapkan GOOD LUCK dan mudah-mudahan Dato' Ahmad  Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

Tuesday, September 17, 2013

MY SLIDESHARE UPLOAD