Wednesday, September 18, 2013

#PemilihanUMNO: @KhairyKJ SIKIT PUN TARAK GOYANG MAA SAMA DIA PUNYA LAWAN!!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan itu dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan berkata beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua pergerakan itu.

"Kita sudahpun buat pindaan perlembagaan empat tahun lepas dan tiada sekatan dan proses pencalonan untuk jawatan ketua pemuda ataupun untuk apa jawatan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini, Selasa.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa individu termasuk anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah, yang mahu bertanding jawatan itu.

Mengenai saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin muda diberi peluang menjelang pemilihan parti, Khairy berkata perkara itu memang diamalkan dalam parti sejak sekian lama.

Katanya proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam parti tetapi ia perlu diperkasakan lagi.

"Umno sentiasa memerlukan peralihan generasi dan kemunculan pemimpin muda dan adalah penting untuk menggabungkan pemimpin muda ini dengan pemimpin berpengalaman," katanya. - mStar

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive