Calon Exco Pemuda No.46 Saudara Faizal Daud, atau dikenali sebagai Abe Ja dikalangan sahabat-sahabat berhasrat mahu membawa golongan pemuda menjuarai platform pendidikan.
Sdr Faizal, Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang sebelum ini yang sudah aktif turun padang mencari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti menerusi Program Jelajah Destini Anak Bangsa (Kerjasama UiTM), dilihat begitu bersungguh mahu merealisasikan impiannya itu. - MAHU MELIHAT BUMIPUTERA TIDAK TERCICIR PELAJARAN DISEBABKAN TARAF HIDUP.
Atas dasar itulah Sdr Faizal menawarkan diri sebagai Exco Pemuda. Diharap menerusi Tiket Exco ini, Sdr Faizal dapat membuka ruang kepada anak-anak muda menjuarai bidang pendidikan supaya tidak ketinggalan dalam arus era kini yang begitu mencabar.
RUJUKAN ALTERNATIF
Dipetik dari Blog Tukar Kelate:
Bahang pemilihan umno 2013 semakin dirasai memandangkan tarikh 12 Oktober hanya berbaki 8 hari sebelum tibanya hari pengundian untuk sayap-sayap UMNO.
Selain jawatan-jawatan utama, antara yang menarik untuk diperhatikan adalah perebutan bagi jawatan Exco Pemuda UMNO yang melibatkan seramai 77 orang calon.
Masing-masing tampil dengan kekuatan yang tersendiri, namun penulis lebih tertarik dengan calon nombor 46 yang berasal dari Kelantan iaitu Sdr Faizal Daud. Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda ini walaupun pelbagai program di peringkat akar umbi telah berjaya dilaksanakan olehnya.
Penulis melihat misi Sdr. Faizal yang menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO kerana mahu membawa pemuda menjuarai isu pendidikan tidak bersifat retorik semata-mata.
Ini kerana berdasarkan pengetahuan penulis, sejak Sdr Faizal mula memegang jawatan sebagai Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) pelbagai program telah digerakkan oleh Faizal Daud terutama program-program yang memberi kesedaran tentang pendidikan.
Antara program yang berjaya adalah Jelajah Destini Anak Bangsa iaitu sebuah program yang digerakkan dengan kerjasama UiTM bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di universiti.
Berdasarkan misi yang ingin dibawa dalam pemuda UMNO serta hasil kerja yang telah berjaya dilaksanakan, penulis mohon para perwakilan pemuda memberikan peluang kepada anak muda ini berbakti di atas platform pemuda.