Showing posts with label #Faizal4Exco. Show all posts
Showing posts with label #Faizal4Exco. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO: KENAPA PERLU PINGGIRKAN CALON EXCO NO.46 DAN NO.62??


Menjelang 12 Oktober 2013 yang hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum 75,000 perwakilan pemuda membuat pilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi bagi pergerakan pemuda untuk sessi 2013-2016.

Selain jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan pemuda antara yang menarik untuk diperhatikan ialah pertandingan merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia melibatkan 75 calon yang bertanding.

Malah sudah ada pihak yang membuat analisis dengan mengeluarkan senarai calon pilihan mereka. Selebihnya masih berkira-kira siapa yang mahu dipilih sebagai 20 orang exco pemuda bagi 2013-2016.

Siapa yang terbaik, siapa yang mempunyai kekuatan di bahagian, siapa yang aktif di bahagian serta yang mana satu calon yang benar-benar bekerja di peringkat akar umbi dalam membantu parti semasa sehingga selepas PRU13.

Bagi negeri Kelantan yang ketengahkan tiga orang calon, dua orang lagi merupakan pemuda yang buat kerja, mempunyai kekuatan di bahagian namun malangnya mereka kurang popular berbanding calon-calon exco yang lain.

Disebabkan mereka tidak begitu popular, bimbang para perwakilan salah membuat penilaian terpaksalah saya perincikan satu-persatu mengenai mereka.

Faizal Daud calon No.46 - Siapa mamat bernama Faizal Daud, hebat sangatkah sehingga saya merayu kepada perwakilan memberikan peluang kepada dia sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?
Calon NO.46 Faizal Bin Daud

Nak kata hebat itu tidak hebat mana, Faizal Daud atau lebih mesra dengan nama Abe Ja ini merupakan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang menaungi dan menjaga kebajikan 12,000 anak-anak Kelantan di pusat pengajian tinggi.

Selain itu dia juga merupakan Ketua Cawangan UMNO Gual di bawah Bahagian Rantau Panjang. Jika Faizal Daud tiada kekuatan di cawangan/bahagian mana mungkin dia mampu memenangi jawatan Ketua Cawangan?

Saya ulangi 12,000 anak-anak Kelantan yang belajar di pusat pengajian tinggi iaitu kumpulan sasaran dalam kpi Ketua Pemuda bagi program pengkaderan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda.
Abe Ja menandatangani slip keputusan SPM
bagi mengikuti pengajian Pra Diploma di UiTM

Abe Ja juga merupakan penggerak kepada program Jelajah Destini Anak Bangsa sebelum PM DS Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) melalui program ini, ia telah membantu lebih 10,000 anak-anak orang susah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar kurang upaya ini antara 10,000 lepasan SPM yang kini melanjutkan 
pengajian di UiTM. Abe Ja bersama Dato Aizuddin JDAB2012 Terengganu


"Yus beritahu kepada mak cik (tudung hitam) Abe Ja urus anak mak cik buleh masuk U, jgn risau!" - kata Abe Ja kepada saya dalam program JDAB2012.

Abe Ja juga mewujudkan tabung RM50 sebulan kepada 40 anak orang miskin di Kelantan. Mungkin bagi orang biasa jumlah tersebut tidaklah sebesar mana, namun buat 40 pelajar miskin di Kelantan ia adalah satu rahmat buat mereka. Berapa ramai dari 75 orang calon exco yang bertanding ada latar belakang seperti Abe Ja?
Abe Ja - JDAB2012 Uptown Wangsa Maju

Berbaki dua hari lagi kenapa kita tidak berikan ruang dan peluang kepada individu yang memperjuangkan isu pendidikan kepada bangsa kita membarisi senarai 20 Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi sessi 2013-2016?

Sumber http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/10/pemilihanumno-analisis-calon-exco.html

P/S: Sorry.. Artikel copy paste je. Sibuk sikit sekarang

Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO: CALON EXCO NO.46 AKAN USAHA DEMI JUARAI PENDIDIKAN KEPADA PEMUDA! #Faizal4Exco


Calon Exco Pemuda No.46 Saudara Faizal Daud, atau dikenali sebagai Abe Ja dikalangan sahabat-sahabat berhasrat mahu membawa golongan pemuda menjuarai platform pendidikan. 

Sdr Faizal, Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang sebelum ini yang sudah aktif turun padang mencari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti menerusi Program Jelajah Destini Anak Bangsa  (Kerjasama UiTM), dilihat begitu bersungguh mahu merealisasikan impiannya itu. - MAHU MELIHAT BUMIPUTERA TIDAK TERCICIR PELAJARAN DISEBABKAN TARAF HIDUP.

Atas dasar itulah Sdr Faizal menawarkan diri sebagai Exco Pemuda. Diharap menerusi Tiket Exco ini, Sdr Faizal dapat membuka ruang kepada anak-anak muda menjuarai bidang pendidikan supaya tidak ketinggalan dalam arus era kini yang begitu mencabar.

RUJUKAN ALTERNATIF

Dipetik dari Blog Tukar Kelate:
Bahang pemilihan umno 2013 semakin dirasai memandangkan tarikh 12 Oktober hanya berbaki 8 hari sebelum tibanya hari pengundian untuk sayap-sayap UMNO. 
Selain jawatan-jawatan utama, antara yang menarik untuk diperhatikan adalah perebutan bagi jawatan Exco Pemuda UMNO yang melibatkan seramai 77 orang calon. 
Masing-masing tampil dengan kekuatan yang tersendiri, namun penulis lebih tertarik dengan calon nombor 46 yang berasal dari Kelantan iaitu Sdr Faizal Daud. Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda ini walaupun pelbagai program di peringkat akar umbi telah berjaya dilaksanakan olehnya. 
Penulis melihat misi Sdr. Faizal yang menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO kerana mahu membawa pemuda menjuarai isu pendidikan tidak bersifat retorik semata-mata. 

 
Ini kerana berdasarkan pengetahuan penulis, sejak Sdr Faizal mula memegang jawatan sebagai Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) pelbagai program telah digerakkan oleh Faizal Daud terutama program-program yang memberi kesedaran tentang pendidikan. 
Antara program yang berjaya adalah Jelajah Destini Anak Bangsa iaitu sebuah program yang digerakkan dengan kerjasama UiTM bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di universiti. 
 
Berdasarkan misi yang ingin dibawa dalam pemuda UMNO serta hasil kerja yang telah berjaya dilaksanakan, penulis mohon para perwakilan pemuda memberikan peluang kepada anak muda ini berbakti di atas platform pemuda. 

Sunday, September 22, 2013

#PemilihanUMNO: CALON EXCO NO. 46 PERLUKAN PELUANG DEMI MEMARTABATKAN DESTINI ANAK BANGSA!!


Tak sangka satu lagi kejutan dibuat dalam kehangatan Pemilihan UMNO kali ini. Seperti yang kita tahu, Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) telah disahkan bertanding bagi jawatan ini, namun disaat-saat akhir, hari ini (Deadline penghantaran borang calon), Presiden HIMSAK, Saudara Faizal bin Daud telah hantarkan borang bagi bertanding kerusi yang sama.

Saudara Faizal telah tersenarai sebagai Calon EXCO Pemuda no. 46. Memang sangat padan dan 'comel' apabila dua kombinasi no. yang cantik, iaitu no. 46 dan no. 62 (Saudara Ariff Hakimi Haji Zulkifli) sama-sama bersaing demi memperjuangkan niat yang yang positif (seperti yang saya nyatakan sebelum ini, klik SINI).

Secara peribadi, saya berharap mereka berdua diberi peluang dan kepercayaan untuk menggalas tugas EXCO Pemuda. Semoga 'jasa' yang mereka sama-sama usahakan sebelum ini dalam GDAB dibalas. GOOD LUCK!!!

UNTUK LEBIH LANJUT, BACA DIBAWAH:


Selain Ariff Hakimi yang juga Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) iaitu calon exco pemuda bernombor 62. Presiden Himpunan Siswazah Kelantan iaitu Sdr. Faizal Daud turut bertanding merebut jawatan exco pemuda menjelang pemilihan Oktober nanti.

Kedua-dua calon kelahiran Kelantan ini merupakan individu yang aktif bergerak melalui HIMSAK dan juga Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Penulis dimaklumkan Faizal Daud menawarkan diri pada saat akhir setelah mendapatkan pandangan daripada penaung HIMSAK sendiri iaitu Dato Seri Mustapha Mohamed serta Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian.

Menurut Faizal Daud, tujuan dia turut bersama Naib Presiden HIMSAK Ariff Hakimi bertanding merebut jawatan exco pemuda adalah kerana mahu mendekati golongan muda dan mahasiswa supaya mereka sayang pada UMNO.

Jika ditakdirkan menang dalam pertandingan ini, golongan mahasiswa mampu didekati melalui platform politik berbanding sebelum ini di mana golongan mahasiswa didekati melalui NGO, malah ada yang tidak berani membawa nama parti politik setiap kali berhadapan dengan kumpulan mahasiswa



Selepas ini penulis akan perincikan gerak kerja di peringkat akar umbi yang telah dilakukan oleh kedua-dua calon exco pemuda UMNO Malaysia dari Kelantan.

Dua nombor penting buat pemuda akar umbi di Kelantan menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 iaitu No.46 dan No.62...

MY SLIDESHARE UPLOAD