Thursday, December 12, 2013

KEMASKINI [VIDEO]: PENDEDAHAN EKSKLUSIF OLEH KDN BAHAWA MAT SABU ADALAH SYIAH!!! #TolakSyiah!!!!

KEMASKINI

Mohamad Sabu atau Mat Sabu bercadang berjumpa peguam Ahad ini sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut selepas Kementerian Dalam Negeri (BN) mendedahkan bukti-bukti mengaitkan beliau dengan Syiah.

VIDEO:

Timbalan Presiden PAS itu tetap menafikan beliau anuti fahaman Syiah tetapi mengakui mengkagumi Khomeini dan Hasbullah Syed Hasan Nasrullah.

Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya akan berbuat demikian selepas berjumpa peguam Ahad ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media petang Khamis menyenaraikan 10 bukti menggambarkan kaitan Mat Sabu dalam fahaman itu.

Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ketika mengulung perbahasan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu walaupun tanpa menyebut nama orang nombor dua PAS itu.

Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu pernah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz fahaman Syiah.

Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah masjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011 selain membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.

Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikirannya.

Selain itu, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.

Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah menggunakan Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.

Pendedahan ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.

Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.

Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah.Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya.- bnbbc

Wednesday, December 11, 2013

KOMANDO AKAN DIANUGERAH PINGAT GAGAH BERANI


Kerajaan negeri akan menganugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) kepada dua jurulatih dan 11 pelatih komando dari Kem Sungai Udang yang terselamat selepas bot yang mereka naiki terbalik dipukul ribut dan ombak sewaktu menjalani latihan di perairan Selat Melaka dekat Pulau Upih di Klebang, malam Sabtu lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pingat tersebut juga turut diberikan kepada seorang juruterbang dan dua pembantu juruterbang yang turut terselamat dalam kejadian pesawat ringan milik Akademi Penerbangan Malaysia yang terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka, 23 Julai lalu. - UTUSAN

Monday, December 9, 2013

[VIDEO]: RUSUHAN DI LITTLE INDIA SALING TAK TUMPAH MACAM BERSIH!!


Rusuhan berlaku di Little India berhampiran Race Course Road Singapura kira-kira jam 9.30 malam tadi dipercayai berpunca perasaan marah masyarakat India dan Bangladesh yang bekerja di Republik itu ekoran kemalangan bas membabitkan seorang lelaki Bangla.

Selain merosakkan bas terbabit kemalangan itu, kenderaan peronda polis turut diterbalikkan manakala beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulan dikatakan juga dibakar.Lebih 200 orang kebanyakkan warga India dan Bangladesh yang bekerja di negara itu terbabit kejadian yang disifatkan tidak pernah berlaku sekaligus mengejutkan warga Singapura.

Pasukan polis bagaimanapun menyatakan keadaan kini terkawal dan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan yang terjejas dengan rusuhan. -  SUMBER

MY SLIDESHARE UPLOAD