KEMASKINI
VIDEO:
Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya akan berbuat demikian selepas berjumpa peguam Ahad ini.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media petang Khamis menyenaraikan 10 bukti menggambarkan kaitan Mat Sabu dalam fahaman itu.
Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ketika mengulung perbahasan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu walaupun tanpa menyebut nama orang nombor dua PAS itu.
Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu pernah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz fahaman Syiah.
Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah masjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011 selain membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.
Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikirannya.
Selain itu, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.
Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah menggunakan Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.
Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.
Pendedahan ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.
Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.
Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah.Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya.- bnbbc
No comments:
Post a Comment