Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa/alternatif lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
"Pemimpin perlu menjiwai rakyat... Kalau ada yang tidak dapat menjiwai rakyat, dia tak layak jadi pemimpin!" itu luahan serius Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau juga dikenali sebagai Azwanbroberkaitan cadangan seorang Menteri Kabinet yang menyarankan supaya rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol yang mungkin akan dinaikkan menggunakan jalan alternatif untuk kegunaan harian mereka. - 1Peluru
Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro ketika dalam sidang media khas mewakili Pemuda UMNO Malaysia menegaskan mengenai hak rakyat, iaitu mereka bebas untuk memilih jalan mana yang mereka mahu lalui, bukan hak seorang menteri untuk menentukan jalan mana yang harus rakyat pilih.
Ini merupakan bidasan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ingat, menteri tak sepatutnya sewenangnya menyatakan sedemikian seolah-olah kuasa yang mereka ada adalah MUTLAK.
Sudah tiba masanya untuk Pergerakan Pemuda UMNO buktikan bahawa mereka merupakan EJEN PENDESAK. Tahniah Bro kerana berjaya memikul tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda dengan baik.
SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.
UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.
UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.
Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.
Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.
Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.
l Memartabatkan Islam
- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.
- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.
l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam
- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.
- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.
l Menyatukan Umat Islam
- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.
- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.
l Menghormati Ulama
- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.
- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap ‘suara UMNO’ dan ‘suara kerajaan’. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.
l Berhujah Atas Dasar Kebenaran
- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.
- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.
l Tegas Dalam Menjaga Agama
- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.
l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih
- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.
- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP ‘mendidik’ rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.
l ‘Menjatuhkan’ Hukum
- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.
- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.
l Pentas Ceramah
- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.
- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.
l Dominan Dalam Kerjasama
- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.
- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu dilihat sekadar ‘pak turut’ dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP.
Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu. Sebenarnya, banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas. Sebab itulah, orang Melayu perlu mengkaji, meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.
Apatah lagi, Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, ”Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.
Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ”…Selagi hayat dikandung jasa, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.”
Oleh itu, sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang, tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.
Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.
Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.
Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai 'no further action’ (NFA) dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.
“Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian."
“Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan,” katanya.
Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.
Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.
Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.
“Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung,” ujarnya.Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.
“Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku,” ujarnya.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. - SUMBER
P/S: SEBELUM APA-APA AKU MINTA MAAF DULU YE.Kes ni sama-sama salah actually. Adi gatal, Aida pun gatal. Sebab tu Whatsapps tu ada conversation. Satu lagi, bab pic lucah, kalau Aida tak bagi 'green light' takkan lah Adi boleh hantar pic tu sewenang-wenangnya. Bila dah kantoi, masing-masing nak tegakkan benang yang basah. SETUJU?