Saturday, December 21, 2013

#KonsertDestini: PENANGAN ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA GAMATKAN DATC #UiTM SHAH ALAM!!


Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM Shah Alam yang menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Jaclyn Victor, Hafiz, Awie, Amy dan Adira mengamatkan suasana Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) dengan kehadiran ribuan penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM serta badan-badan korporat.


Awie ketika mendendangkan lagu Sejati & Terima Kasih Sayang


Konsert amal yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 dan 21 Disember ini bertujuan mengumpul dana Tabung Pendidikan Destini Anak Bangsa iaitu sebuah tabung amanah bagi membantu anak-anak lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma di UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). -MyMahasiswa

NANTIKAN HARI KE-2 MALAM INI!!!

IHSAN BLOG YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

Friday, December 20, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: AIDA DICERAI PULAK? MANA SATU BETUL NI?

Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.

“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya. - UTUSAN

HINA ISLAM DAN RAJA: KDN AKAN BENTANG UNDANG-UNDANG KHAS!! @Zahid_Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.

"Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.

Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.

Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.

"DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan," tegasnya.

Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.

Sementara itu Seksyen 30 bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan. Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah sebelum ini, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.

Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan.

Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD