Tuesday, March 4, 2014

ADAKAH @ibdil JUGA DALANG DISEBALIK ANUGERAH KEPADA MALAYSIAKINI? #MSMW2014


Isu tentang Menteri Dalam Negeri memberikan Anugerah "The Best Social Media Award" ketika majlis Malaysia Media Social Week 2014 (MSMW2014) masih hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut di laman media sosial.


Majlis tersebut dianjurkan oleh Malaysian Social Media Chambers (MSMC). Hasil semakan di laman MSMC, anda akan jumpa ini:


Macam kenal je? Itu Ibdillah Ishak kan? Exco/Pengerusi Biro Media Sosial Pergerakan Pemuda UMNO? Tak sangka ya dia adalah Timbalan Presiden penganjur Majlis tersebut?


Pelik juga, kerana takkan dia sebagai Timbalan Presiden tidak tahu langsung bahawa Malaysiakini akan menerima anugerah? Serta jika dia adalah seorang yang bertanggungjawab, mana penjelasannya kepada para bloggers yang menghentam Zahid? MANA? MANA?

Saya yakin bahawa pihak MSMC sangat mengenali/kenal rapat dengan bos Malaysiakini tersebut. dan tak mustahil juga bahawa IBDIL JUGA TERLIBAT. Ataupun ini hanyalah untuk mencetuskan persepsi bahawa Zahid Hamidi diperangkap? Namun begitu, saya yakin kedua-duanya terlibat sebanarnya. Kerana kedua-duanya berada di majlis tersebut. (rujukan: klik SINI)

Sambung baca Be fair to Zahid! dibawah:
" More pro-BN social media players are sharpening their knives on Home Minister Ahmad Zahid Hamidi for 'being chummy' with Malaysiakini, the anti-government news portal he once lambasted as 'racist and full of lies'.
Had our fellow bloggers here, here and here(there are more) done a bit of fact findings, they wouldn't have threw punches at the minister who was made a 'victim of circumstances' by some irresolute people.
I don't blame my fellow bloggers for expressing their disgust at the event, and the frustration that the minister they have been supporting is now a 'cakap tak serupa bikin'. I respect their opinion but I hope they dig more into the deep to unveil the actual story.
The award-winning presentation organised by Malaysian Social Media Chambers on Feb 26 was a pit by the Mkini and the opposition, so well-organised that it blinded the invites to the Home Minister, Ministry of Communications and Multimedia and the Malaysian Communications and Multimedia Commission.
I made two postings about the event, The handshake that draws criticism and Falling into Malaysiakini's trap a few days ago to help clear the air and give some insights to BN and Umno social media players about the whole affair. Some read it, some didn't.
Zahid, I believe was caught off guard. He attended the function not as a Home Minister but a member of the National Media Consultative Council set up between Ministry of Information, Communications and Culture (under Rais Yatim) and Home Ministry (under Hishammuddin Tun Hussein).
He also attended it for Ahmad Shabery Cheek who was away, in Spain. Furthermore, one of the award winners was Polis Diraja Malaysia (PDRM) which comes under the Home Ministry's purview. And that explains!
Being a strong supporter of social media, he attended the event to browse with key social media without knowing (or being informed in advance) that Mkini was high on the award-recipient list. Had he got the info much earlier, he wouldn't be there!
But he is a true professional. Since the Information DG and reps from the MCMC were also there, he obliged to the request to give away the prizes. Although shocked to find out Mkini was among the big winners', he did not want to dissapoint anybody.
He is the minister for all, not only for pro-BN supporters. Yes, he did utter 'truce' with Steven Gan but that was only to answer the Mkini's boss artfully hint towards him. Zahid's stand on Mkini stays, that the news portal is still not in his good book.
Another camouflaging factor that cheated the authorities was the Chambers key persons - president Shahul Hameed Shaik Dawood and (to my surprise) Abdilillah Ishak, Pemuda Umno's Exco for Media - who is no match to PKR's Rafizi Ramli!
Abdilillah has been high on pro-Umno and pro-BN bloggers' 'wanted list' for his low mileage on social media. He once snubbed at bloggers, accusing them of not contributing to Umno and BN when he himself seldom writes on his own blogs.
The Malaysian Social Media Chambers too will come up with a press statement (hopefully today) to explain the 'brouhaha' pertaining to the event, which includes questions as to why key bloggers were not informed about it, the motive of the event, its affiliations, etc.
I feel sorry for Ahmad Shabery, DG Hj Ibrahim and MCMC for 'busting' them a few days ago over the blunders that took place at the event. However, Shabery's ministry and the MCMC - being the ones with solid supervision on social media - have to be more careful as to avoid unnecessary and uneasy repercussions.
However, matters need to be explained. Not easy to clear the air but we need to make our friends understand the whole story from A to Z. Zahid is not to be blamed - for attending and neither for giving away the prizes to Mkini.
I believe some people at the Malaysian Social Media Chambers are good friends of Mkini bosses and may have a bad agenda to make BN looks like a fool!
Zahid is still firm with his standpoint about Mkini and other pro-opposition news portals and social media. No discount about it! "
Selanjutnya di JUST READ!

PELIK! MANA BERITA PASAL ROSMAH MANSUR MAAFKAN HEW KUAN YEW DI @malaysiakini?


Puas saya cari berita di  FITNAHKINI MALAYSIAKINI mengenai Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaafkan Hew Kuan Yew [SINI] kerana mendoakan beliau mati. Tak jumpa beb.


Apa yang saya jumpa hanyalah artikel FITNAH, FITNAH & FITNAH sahaja.
CONTOH FITNAH MALAYSIAKINI TERHADAP DATIN ROSMAH

Kalau masa nak fitnah Datin Rosmah bukan main cepat kan? Majlis tak habis lagi berita dah keluar. Walaupun hanyalah video ucapan 40 saat yang tidak berkualiti kan? [klik SINI]. Ternyata FITNAHKINI MALAYSIAKINI hanya mementingkan fitnah, daripada kualiti.


Sudah 24 jam berlalu, mana berita pasal Datin Rosmah maafkan Hew Kuan Yew? Kenapa tak keluarkan berita itu lagi? Takkan pasal benda baik berkaitan Datin Rosmah diharamkan di FITNAHKINI MALAYSIAKINI kot? Mana nak tahu, kita tengah harapkan FITNAHKINI MALAYSIAKINI keluarkan berita baik tu, silap-silap difitnah lagi. Biasalah, mereka kan sudah 'expert' dalam menfitnah ni.. Ops!!

Apa yang menariknya, FITNAHKINI MALAYSIAKINI siap 'promoted' lagi fitnah yang dilemparkan. Siap ada banner khas? Beria-ria sungguh kan? Kan lagi bagus kalau promote benda yang baik??? Nampak sangat merekalah pencetus aura kebencian. Hakikatnya Datin Rosmah OK je.

Jika anda buat carian 'Rosmah+Malaysiakini' di Google, pasti anda akan jumpa segala fitnah yang dibuat FITNAHKINI MALAYSIAKINI terhadap Datin Rosmah. Tak percaya try klik SINI

[KEMASKINI] KENAPA CINA DIBERI KEISTIMEWAAN PENUH SERTAI @PDRMsia? TAHNIAH @Zahid_Hamidi!! @KBAB51


BAGUS! TAHNIAH MENTERI KDN!

Tak sangka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat dengan kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain. Apa agaknya yang dirasai oleh individu (kaum lain) yang pernah gagal dalam sesi pengambilan, tetapi tidak dapat kelebihan sebegini rupa walaupun sudah mengemukakan rayuan.

Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?




Pada pandangan saya.......

Ini mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olah menindas kaum lain, terutamanya MELAYU.

Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya bagi melihat pandangan kawan-kawan, ternyata ramai juga yang tidak setuju dengan pengambilan khas ini. Sila baca komen-komen mereka:

Ternyata ramai juga yang tidak setuju.
Saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan syarat kemasukan yang ditetapkan, kerana begitu banyak kelonggaran yang diberi. Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:

Iklan Jawatan Yang Ditawarkan

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
  1. Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
  2. Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
  3. Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
  4. tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).
Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja?

Pada pandangan saya, jika  mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan, ianya cukup padat dengan sesi pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada silabus yang tidak sempat disebabkan tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Bukan senang untuk transformasikan seseorang daripada 'orang awam' kepada seorang polis. Lagikan pula jika tempoh 'brainwash' disingkatkan. Sia-sia sahaja, Hanya kuantiti sahajalah yang akan bertambah, kualiti tidak sama sekali


Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.

MEMBAZIR

Antara kenderaan Polis yang masih memerlukan tambahan.
Pengambilan ini merupakan satu pembaziran kerana pasti banyak wang kerajaan akan diperuntukkan bagi menampung pembelanjaan pelatih-pelatih sepanjang sesi latihan mereka nanti. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Sedangkan wang itu boleh digunakan untuk menambahbaik prasarana di balai-balai/pusat latihan polis (PULAPOL) ataupun tambah kuantiti 'Patrol Car' untuk anggota cawangan MPV membuat rondaan pencegahan jenayah. Tidakkah itu lebih baik? 

Indeks jenayah terbaru
Walaupun tempoh latihan sudah pun disingkatkan, tapi ianya tetap menelan belanja yang besar bukan? Sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang 90 hari (3 bulan) untuk menamupung pembelanjaan makan/minum pelatih. Dengar khabar, setiap pelatih diperuntukkan higga mencecah RM30 sehari (makan SAHAJA). Jika 100 orang yang ditanggung? Itu baru bacaan minimum.

TAWARAN GAJI LEBIH TINGGI & KELONGGARAN SYARAT PENGAMBILAN BERPOTENSI LAHIRKAN ANGGOTA PDRM YANG TIDAK BERINTEGRITI.


Pasukan khas untuk kaji aspek gaji juga akan ditubuhkan. Persoalannya, Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja? 


Jadual gaji asal bagi Konstabel (Terbaru)
Jadual gaji baru bagi Konstabel (Cina)

Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.

KELEBIHAN YANG ANAKANDA SULTAN PUN TAK DAPAT RASAI.


Untuk pengetahuan anda, semasa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang menjalani latihan sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa. Dia pun turut menjalani latihan mengikut masa yang ditetapkan. Dia juga menerima gaji bulanan mengikut gred ditetapkan tanpa ada penambahan elaun 'tarik perhatian' pun. 

Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

CARA PENGAMBILAN YANG TIDAK TELITI.


Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja eperti pengambilan sebelum ini? Bukankah ianya lebih teliti dan punyai tapisan serta penilaian yang terperinci? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar. 


Ramai pelatih Konstabel L/W dalam PULAPOL itu berjaya dalam sesi temududga SPA dan diterima bekerja. Sekarang ini, mereka semua sedang menjalani latihan asas kepolisan di PULAPOL (tanpa kurangkan tempoh). Difahamkan, pengambilan baru-baru ini adalah merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan. Tahniah!

SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:
  1. Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik. 
  2. Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah? 
  3. Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
  4. Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?

P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri Kementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!

MY SLIDESHARE UPLOAD