Tuesday, March 11, 2014

#PrayForMH370: HOT! DALANG DISEBALIK 'PENUMPANG MISTERI' DIDEDAHKAN!!


Bermacam-macam spekulasi dan andaian timbul tentang 'penumpang misteri', iaitu 2 orang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 (777-200) yang didapati menggunakan identiti/passport palsu .

Melalui sumber, pendedahan awal dibuat oleh akhbar British - Financial Times. Akhbar itu mendedahkan dalang penumpang misteri tersebut ada kaitan dengan Pattaya (Thailand) dan Orang Iran bernama Ali, iaitu kenalan kepada Benjaporn Krutnait, dimana dia adalah pemilik agensi perlancongan Grand Horizon yang menjalankan perniagaan di Pattaya.

Sambung baca dibawah:

Kaitan Pattaya, orang Iran, penumpang MH370 beridentiti palsu didedah - The Malaysian Insider 

Urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 Malaysian Airlines yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai, menurut akhbar British, Financial Times.
Akhbar berkenaan memetik kenyataan agen pelancongan Thailand yang membuat tempahan tiket itu sebagai berkata, beliau diminta membuat urusan perjalanan itu oleh seorang kenalan warganegara Iran.
Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik berkata, warganegara Iran berkenaan iaitu kenalan perniagaannya yang dikenali sebagai Ali meminta beliau menempah tiket tambang murah ke Eropah untuk dua lelaki berkenaan pada 1 Mac.
Akhbar itu berkata, pada awalnya, Benjaporn menempah tiket penerbangan Qatar Airways dan Etihad, masing-masing untuk dua lelaki berkenaan, tetapi, tiket itu tamat tempoh apabila tiada khabar daripada Ali.
Ali kemudian menghubunginya sekali lagi pada Khamis menyebabkan Benjaporn sekali lagi menempah tiket dan kali ini menempah Malaysian Airlines menerusi Beijing kerana ia adalah tiket paling murah yang ada pada ketika itu.
Financial Times turut melaporkan, seorang rakan Ali membayar Benjaporn secara tunai untuk dua tiket berkenaan dan tiada bukti mengaitkan Ali tahu kedua-dua lelaki itu mengembara menggunakan pasport curi.
Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau tidak percaya Ali mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kerana dia tidak meminta secara terperinci untuk menempah tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur – Beijing, tetapi meminta laluan paling murah ke Eropah, kata Financial Times.
Dalam laporan akhbar itu, Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau bercakap mengenai kes itu kerana bimbang dengan spekulasi mengenai serangan pengganas dikaitkan dengan kehilangan MH370 dan mahu fakta sebenar diketahui.

Monday, March 10, 2014

FOTO SEKITAR SIDANG MEDIA #SelawatPerdana.. JANGAN LUPA CUMA TINGGAL 11 HARI LAGI!!!


Sidang Media Sempena Malam Cinta Allah dan Rasul Selawat Perdana baru sahaja selesai. Majlis turut dihadiri oleh Noh Gadut dan turut mendapat sokongan barisan artis popular seperti Datuk Rosham Nor, Johan Asaari, Adi Putra dan ramail lagi.

Cuma tinggal 11 hari lagi sebelum Malam Selawat Perdana diadakan..

Jom ramai-ramai kita bersatu gemakan Putrajaya dgn bacaan Selawat dan Qasidah!!






#PrayForMH370: KENAPA PESAWAT YANG DIPERCAYAI #MH370 'DISEMBUNYIKAN' TANPA PERLU TERBANG TINGGI?


Hari ini kecoh di laman sosial melaporkan bahawa terdapat nelayan dari Kelantan melihat sebuah pesawat penumpang Malaysia Airlines (dipercayai MH370) terbang rendah daripada biasa. Iaitu tidak seperti pesawat-pesawat lain dan seperti hari-hari biasa. Ini adalah kerana pantai tersebut merupakan laluan utama penerbangan domestik dan antarabangsa. 

Petikan dari sumber:
‘Pesawat Terbang Rendah Dari Biasa’ 
 
KOTA BHARU : Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.
Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.
“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.
“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.
Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah. -Sumber
Kalau nak diikutkan, biarlah kat pilot tu nak terbangkan tinggi mana pun pesawat itu kan? Baiklah, mungkin segelintir pembaca sudah lupa atau masih belum tahu mengenai hubungan antara ketinggian (per/batu nautika) dengan isyarat radar.


Berikut adalah jawapan daripada Pakar Penerbangan yang dipetik dari entri saya sebelum ini, SINI:
" Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan,ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki (152.4 Meter) dari aras laut.
"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.
Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Tambah pakar itu, biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas. "
Dah nampak apa sebabnya?

Pada pandangan peribadi saya pula, pesawat MH 370 itu memang sengaja mahu 'dihilangkan' oleh pihak tertentu. Juruterbang mungkin DISURUH atau DIUGUT. Saya tak mahu tuding jari kepada Juruterbangnya, kerana saya tiada dalam pesawat itu.

Walau bagaimana pun, mari kita sama-sama doakan penumpang dan krew pesawat MH 307 dalam keadaan selamat.

#PrayForMH370