Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370: KENAPA PESAWAT YANG DIPERCAYAI #MH370 'DISEMBUNYIKAN' TANPA PERLU TERBANG TINGGI?


Hari ini kecoh di laman sosial melaporkan bahawa terdapat nelayan dari Kelantan melihat sebuah pesawat penumpang Malaysia Airlines (dipercayai MH370) terbang rendah daripada biasa. Iaitu tidak seperti pesawat-pesawat lain dan seperti hari-hari biasa. Ini adalah kerana pantai tersebut merupakan laluan utama penerbangan domestik dan antarabangsa. 

Petikan dari sumber:
‘Pesawat Terbang Rendah Dari Biasa’ 
 
KOTA BHARU : Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.
Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.
“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.
“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.
Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah. -Sumber
Kalau nak diikutkan, biarlah kat pilot tu nak terbangkan tinggi mana pun pesawat itu kan? Baiklah, mungkin segelintir pembaca sudah lupa atau masih belum tahu mengenai hubungan antara ketinggian (per/batu nautika) dengan isyarat radar.


Berikut adalah jawapan daripada Pakar Penerbangan yang dipetik dari entri saya sebelum ini, SINI:
" Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan,ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki (152.4 Meter) dari aras laut.
"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.
Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Tambah pakar itu, biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas. "
Dah nampak apa sebabnya?

Pada pandangan peribadi saya pula, pesawat MH 370 itu memang sengaja mahu 'dihilangkan' oleh pihak tertentu. Juruterbang mungkin DISURUH atau DIUGUT. Saya tak mahu tuding jari kepada Juruterbangnya, kerana saya tiada dalam pesawat itu.

Walau bagaimana pun, mari kita sama-sama doakan penumpang dan krew pesawat MH 307 dalam keadaan selamat.

#PrayForMH370

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive