Saturday, March 22, 2014

[VIDEO] DISEBABKAN KANTOI COVER SALAH ANWAR, AKHBAR SINAR HARIAN KENA 'BOO' DENGAN UAI?


SINAR HARIAN ke ANWAR yang diketawakan UAI tu? Kenapa? Oh, sebab dah nyanyuk rupanya... Atau sebab Sinar kantoi cover salah Anwar..??

VIDEO credited to Sebastian Phiu

Memetik semula laporan oleh SINAR HARIAN:

KAJANG - [VIDEO] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara. 
"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Marconi. 
"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam. 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China. 
Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut. 
"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita? 
"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta-merta," katanya lagi. 
Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia. 
Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara. 
"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi.
AIK? SCREEN SHOT TAJUK LAIN? BILA 'RECHECK' TAJUK LAIN? MULA-MULA ZAHID, TIBA-TIBA SEKARANG HISHAMMUDDIN?


Rupa-rupanya, Sinar dikatakan telah 'cover' kesilapan yang dilakukan oleh Anwar seperti yang didedahkan oleh rakan bloggers, Double Y (yuseriyusoff.blogspot.com) - [klik SINI]

P/S: Sinar ni konon nak jadi macam CNN la tu. Nak cover Anwar. Nak jadi hero hindustan. Cewah cewah.

AJARAN SESAT! BLOGGER PR DAKWA ANWAR IBRAHIM ADALAH WALI TUHAN!!


Blog Pro-Pembangkang (negarapakatanrakyat.blogspot.com) telah menerbitkan satu artikel yang agak terpesong dari landasan Islam. Dia telah mendakwa bahawa Anwar Ibrahim adakah Wali Tuhan!

Gila ke? Oh, rasanya mungkin ini salah satu faktor peserta Selawat Perdana terus tukar haluan ke Stadium Kajang untuk Reformasi 2.0 malam semalam. Hehehe!


Melalui artikelnya yang bertajuk 'Gerakan Reformasi 2.0 Lebih Berpahala Berbanding Selawat Perdana' telah mendakwa bahawa:

"Eh, betul ke aku ni Wali Tuhan?" 

1) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan 377KK (meliwat) adalah seorang yang bertaraf WALI.


HAHAHA! WALI? WALI APA? "WA LIWAT LU" KE?

2) Dia juga mengakui bahawa program keagamaan Kedah Berselawat Muhabbaturrasul yang diadakan di Kedah sebelum ini telah disabotaj dan dikecam oleh 'ularmak' PAS Kedah. 

3) Melalui sepotong ayat yang ditulis, dia telah menyatakan bahawa 'Anwar telah meliwat dengan sukarela, bukannya dipaksa.' 

HAHAHA!

Ini adalah screenshot penuh entri blog berkenaan:

** Sengaja saya tak mahu 'copy&paste' sebab nanti dia edit :P





#PRKKajang; [KOMIK] KOLEKSI PENIPUAN WAN AZIZAH SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN!! #TolakWAWI

KOLEKSI PENIPUAN CALON PKR UNTUK PRK DUN N25 KAJANG, DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL (WAWI) SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN







INI PULA PENIPUAN ANWAR DALAM ISU PESAWAT MH370