Saturday, May 3, 2014

#PrayForMH370: BANGKAI PESAWAT #MH370 DITEMUI DI VIETNAM??


Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya.

Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7, Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya. - SOURCE


Tuesday, April 29, 2014

PEMILIHAN PKR BERCERAMUK! MEMALUKAN! BUKTI PKR TIADA KREADIBILITI PIMPIN MALAYSIA!!


Kecoh dilaman sosial yang mendakwa bahawa Pemilihan PKR yang dijalankan adalah TIDAK TELUS dan BODOH. Pelik, mereka kata mereka hebat dan mampu menandingi kepimpinan kerajaan persekutuan, tetapi pemilihan parti sendiri pun tak terjaga.

Apa yang kita boleh lihat oleh mata kasar ialah, PEMILIHAN UMNO JAUH LEBIH SEMPURNA 

Sebagai contoh:


Inikah adabnya untuk memilih pemimpin? Banyak mulut dari kepimpinan, ahli malahan blogger PKR sendiri telah menyatakan ketidakpuashatian mereka, baca dibawah...

Daripada blog Double-Y:
Blogger Aduka Taruna melalui laman Facebook mendakwa pemilihan PKR yang dijalankan terlalu berkecamuk dan dilihat tidak telus serta berkemungkinan bakal berlaku sebotaj di antara kem calon yang bertanding. 

 

Paling kelakar adalah calon yang bertanding boleh mendekati meja pengundi dan membantu pengundi untuk mengisi kertas undi tersebut.  
SELANJUTNYA
GILA KE CALON BERTANDING DAPAT TENGOK KERTAS UNDI SECARA TERBUKA? TELUS KE MACAM NI?




Suasana menjadi semakin hangat apabila portal FMT melaporkan bahawa Ketua Jawatankuasa Pemilihan PKR akan jalankan siasatan terhadap kekecohan yang berlaku:


Batang Sadong PKR fracas under investigation(By: Free Malaysia Today) 
Claims against PKR’s incumbent deputy president Azmin Ali for alleged involvement in vote tampering in the Batang Sadong division polls in Sarawak will be investigated, said PKR Election Committee chief Johari Abdul. 
Johari said that he will be flying to Sarawak today to investigate the matter. 
He said the complaint against Azmin was lodged by Badrul Hisham Shaharin (popularly known as CheguBard) and several others following a blackout incident at the counting centre. 
Explaining the incident to reporters here during a press conference today, Johari said: “Since the area (Batang Sadong) is remote, it was decided that the (division) polls will be conducted at a budget hotel. 
“What happened was that party workers counted the ballot papers in a room and when two Central Committee (MPP) candidates wanted to witness the process, there was a delay from them to open the door. 
[Full Stories]

Dulu sewaktu Pemilihan UMNO dijalankan, macam-macam suara sumbang dari pimpinan PKR. Sekarang, situasi yang terjadi dalam Pemilihan PKR lagi teruk dan nampak sangat hina!!

KONKLUSI yang saya dapat nyatakan disini ialah...

Pemilihan UMNO adalah lebih demokratik berbanding pembangkang 
Klik [SINI]

AKHIRNYA... MAHKAMAH JATUHKAN HUKUMAN MATI TERHADAP 683 PENYOKONG IKHWAN!! #MuslimBrotherhood #IkhwanulMuslimin


Mahkamah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela.

Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan.

Protes yang berlaku diluar mahkamahs sewaktu perbicaraan
Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri.

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan.

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu.

“Di mana keadilan?”seru yang lain.

Mereka yang dijatuhi hukuman mati itu dituduh terbabit dalam pembunuhan dan cubaan bunuh anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu, pada hari sama pasukan polis membunuh ratusan penyokong Morsi di Kaherah. - SUMBER

VIDEO