Ini adalah tuduhan tidak berasas!!
Semua rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa pun dakwaan yang tidak relevan dengan fakta yang tersebar secara meluas di media sosial.
![]() |
| Ini dia barulah MyKad PATI!!! |
![]() |
| Ini dia barulah MyKad PATI!!! |



| Sekadar Gambar Hiasan |
| Sekadar Gambar Hiasan |
| Sekadar Gambar Hiasan |
| Sekadar Gambar Hiasan |
| Sekadar Gambar Hiasan |

![]() |
| Contoh Kemudahan Asas |

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan dianggarkan terdapat 12,000 pengundi yang mempunyai 2 kerakyatan (Malaysia/Thai). Mereka akan digunakan oleh PAS Kelantan untuk mengundi mereka pada 5 Mei nanti.
Justeru itu, beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa menyekat kehadiran pengundi yang mempunyai 2 kerakyatan ini dapat mengundi kerana kerajaan Malaysia dan Thailand tidak mengiktiraf mereka yang mempunyai 2 kerakyatan.
Selanjutnya di --> TUKAR KELANTAN
"Esok jam 5 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ujian poligraf akan dibuat. Ia adalah seperti yang saya nyatakan pada Ahad, 28 April 2013 yang lalu. Saya harap Calon Parti PAS untuk Parlimen Putrajaya, Husam akan hadir untuk membuat ujian tersebut bersama saya bagi membuktikan siapa berbohong dan siapa bercakap benar mengenai isu-isu yang antaranya melibatkan projek – projek di Kelantan dan yang saya nyatakan tentang Husam sebelum ini."
Sambungan daripada sini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di tembak mati di Putrajaya pagi tadi.
Beliau turut mengarahkan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah menyiasat segera dalang di sebalik kejadian tersebut.
"Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan mencari mereka yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan itu," katanya.
Ismail ditemui pada Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara, Penyerahan Sumbangan Op Daulat dan Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.
Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011, telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.
"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.
Tambahnya, afidavit jawapan Adam Adli juga tidak mempertikai dakwaan responden berhubung alasan kenapa keputusan penggantungan dibuat.
Hakim Zaleha berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 yang dipinda turut memberi hak kepada jawatankuasa tatatertib UPSI mengendalikan prosiding terhadap pelajar dan ianya sah.
Pada 17 April 2012, Adam Adli, 24, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan UPSI, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan.
Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac 2012 yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.
Pada 9 Jan 2012, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.
Dalam permohonannya itu, Adam Adli berkata dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Adam Adli memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan. - Bernama