Saturday, February 2, 2013

#TukarKelantan : DS @mustapha_mohamed DISAMBUT MERIAH OLEH WARGA PASIR MAS!! #GelombangMerah


Ini adalah foto-foto sepanjang lawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Seri Mustapha Mohamed @ Tok Pa untuk mendekati rakyat Pasir Mas semalam. Lawatan Tok Pa kesana semalam adalah kerana untuk menyempurnakan program 'Semarakkan Gelombang Merah Parlimen Pasir Mas'. Ternyata sambutan yang diberikan penduduk disana sangat meriah dan secara tak langsung ini dapat membuktikan bahawa penduduk dari setiap pelusuk di Pasir Mas sudah sedia untuk menerima perubahan pemerintahan Barisan Nasional pula.

Berikut adalah jadual program sepanjang beliau disana :
PROGRAM SEMARAKKAN GELOMBANG MERAH PARLIMEN PASIR MAS.
  • 8.30 pagi : Sarapan nasi berlauk bersama rakyat Kg Gelang Mas, Tendong.
  • 11.00 pagi : Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di SMK Tendong.
  • 3.30 ptg : : Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di SK Kangkong.
  • 5.00 ptg :Bersama penghuni Pondok Tok Uban.
  • 6.00 ptg : Bersama rakyat di Kg Chap.
  • 7.00 ptg : Maghrib di Kg Kubang Gendang
  • 9.00 mlm : : Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di SMK Perempuan Pasir Mas
Walaupun masih penat kerana seharian bersama TPM pada hari sebelumnya, beliau tetap hadir meluangkan masa bersama penduduk disana. TERBAIK TOK PA!

-FOTO- 


Untuk melihat gambar penuh, sila ke laman blog TUKAR KELATE. klik [SINI]

Friday, February 1, 2013

APA SUDAH JADI DENGAN DUIT LEBUHRAYA RAKYAT? SUDAH KENA SONGLAP KA? #TukarKelantan



Syarikat CNM Mining Group yang meneroka emas seluas 1, 065.2 hektar di Sokor, Tanah Merah dilaporkan semalam telah membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM 347,115.00.

Tiada apa yang tidak kena dengan tindakan tersebut, kerana memang syarikat tersebut perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri di atas penerokaan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Cuma hairan, syarikat CNM Mining Group tidak pernah sekali pun mencatat keuntungan, sebaliknya tiap-tiap tahun mengalami kerugian. Tetapi di sebalik kerugian yang dialami, CNM Mining Group tetap 'senyum' membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Tak perlu pelik kerana dilaporkan salah seorang Pengarah CMNM ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw dan dua rakyat Singapura.

Artikel penuh di [SINI]

#RCISabah : Kalau Anwar Terlibat Secara Langsung Dalam Projek IC Sekalipun.. So?


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.

Beliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.

“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas). Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau “mempunyai pengetahuan” mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil. Anwar sebelum ini menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan, jika dipanggil.

Anwar berkata sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebelum ini mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.

“Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim… Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin.

MY SLIDESHARE UPLOAD