Wednesday, February 20, 2013

PENGGODAM WEBSITE KERAJAAN KANTOI!!


Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'. - MyMetro

Karpal Singh Kena Sound Dengan Pemimpin PAS?


Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

Saya mahu ‘nasihatkan’ Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak. - UTUSAN

Tuesday, February 19, 2013

NANTIKAN KEMBARA TUKAR SERANG KUBU NIK AZIZ! JOM TUKAR! #KembaraTukar #TukarKelantan


Nantikan Kembara Tukar bakal 'serang' pelusuk kampung anda bagi membantu rakyat Kelate yang tak henti-henti ditipu oleh rejim Nik Aziz. Jelajah ini akan berlangsung selama 7 hari berturut-turut bermula mac ini. Seramai 12 orang sukarelawan Tukar akan turut sama membantu untuk menjayakan kembara ini. Untuk ikuti update terkini sila rujuk laman TUKAR KELATE! ..

Jom layan video ni dulu beb..

BO LA WEI!!

MY SLIDESHARE UPLOAD