Tuesday, August 12, 2014

PKR DAH TAK RELEVAN, PAS HARUS KELUAR PAKATAN RAKYAT!!!


Jika hanya Faekah sahaja letak jawatan tidak cukup untuk membuktikan ketelusan ahli dan komponen parti dalam kem Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan ketelusan mereka menjaga kebajikan rakyat kerana PKR sudah TIDAK RELEVAN.

PAS HARUS KELUAR PAKATAN!


Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta merta ekoran tidak yakin lagi pada pucuk pimpinan parti itu.

Jelas Faekah yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor itu, PKR yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim tegasnya gagal menguruskan krisis Menteri Besar Selangor terpesong dari konsep keadilan yang kononnya diperjuang selama ini.

"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," tegasnya dalam surat tersebut.

Faekah yang dilabel sebagai penyokong kuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu menujukan surat tersebut ke‎pada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP dan PKR mengenepikan PAS dalam sidang akhbarnya yang mendesak Khalid supaya membuktikan bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang berpihak padanya.

Khalid menerima mandat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk terus kekal sebagai Menteri Besar di negeri itu setelah berjaya meyakinkan pihak istana melalui sokongan empat orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS.

PAS pula dilihat seolah-olah "disingkirkan" dari Pakatan Rakyat setelah memberi sokongan penuh kepada Khalid dalam isu krisis politik dalaman Selangor itu dan tidak gentar sekiranya "dipecat" keanggotaannya dari pakatan pembangkang tersebut.

Desas-desus mengatakan sikap PAS itu hanyalah "retorik politik semata-mata" dan parti itu dikhabarkan tidak berani keluar dari Pakatan Rakyat kerana takut hilang sokongan dari pengundi bukan Islam, khususnya kaum Cina DAP. 

ANWAR MENANGIS SELEPAS JUMPA HADI AWANG?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bergegas ke negeri ini untuk bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan perkenan Sultan Selangor mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang sah.

Kunjungan Anwar itu diiringi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan dipercayai bagi memujuk Abdul Hadi mengubah pendiriannya yang mempertahankan Abdul Khalid agar pakatan pembangkang dapat diselamatkan selain membolehkan perubahan kepimpinan negeri yang diusahakan Anwar tidak terhenti.

Tindakan itu adalah langkah susulan selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid yang telah dipecat daripada PKR untuk kekal sebagai Menteri Besar dan akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu.

Mereka dikatakan menaiki pesawat FireFly kira-kira pukul 4.30 petang ini dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini manakala pertemuan Anwar dan Abdul Hadi dilakukan secara sulit.

Menurut sumber, kedua-dua pemimpin PKR itu juga dikatakan menukar kenderaan bagi mengelakkan mereka dikesan dalam usaha mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi.

Bagi memastikan pergerakan gagal dihidu wartawan, Anwar dan Saifuddin Nasution dipercayai mengatur strategi pulang semula ke Kuala Lumpur petang ini melalui jalan darat.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu dilihat berada di LTSM kira-kira pukul 7.30 petang ini sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan sebaik sahaja diserbu kumpulan wartawan di situ, Anwar hanya berkata "Perbincangan baguslah,".

Dalam pada itu, kira-kira 20 wartawan dan jurugambar tertumpu di pekarangan Masjid Rusila, Marang bermula pukul 4 petang ini sejurus mengetahui kemungkinan pertemuan tersebut diadakan di kediaman Abdul Hadi yang terletak berdekatan.

Bagaimanapun, kelibat Anwar, Saifuddin Nasution serta Abdul Hadi langsung tidak kelihatan sebelum kesemua wartawan beredar kira-kira dua jam kemudian.

Dalam pada itu, difahamkan, Abdul Hadi telah keluar dari rumahnya kira-kira pukul 4 petang dengan menaiki kereta bersama pemandu peribadinya ke tempat yang tidak diketahui.

Kira-kira pukul 6.10 petang, kelihatan kenderaan tersebut memasuki semula kawasan kediaman Presiden Pas itu namun tanpa kelibat Abdul Hadi.

Menurut pemandu kereta berkenaan, dia telah menghantar Presiden Pas itu untuk menziarahi orang sakit tanpa memberitahu tempatnya.

Sementara itu, kumpulan wartawan kemudiannya bergegas ke Hotel Frinzpark di Kuala Ibai di sini setelah mendapat maklumat bahawa pertemuan Anwar dengan Abdul Hadi diadakan di situ.

Bagaimanapun, sejurus tiba di hotel itu kira-kira pukul 6.30 petang, mereka sudah pun beredar manakala Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dipercayai turut menyertai pertemuan tersebut enggan mengulas lanjut selain mengesahkan pertemuan tersebut memang berlaku. - My Massa

Monday, August 11, 2014

PAS CAKAP TAK TAKUT KELUAR PR, TAPI TAK JANJI TAKKAN BUAT 'U-TURN' PUN?


Siapa kata PAS bacul? Siapa kata PAS tak boleh berdiri dengan sendiri? Saya nyatakan sebegini bukan kerana saya penyokong PAS, tapi adalah kerana keberanian PAS.

Saya harap, PAS tidak akan buat 'u-turn' sekiranya disanggah DAP.

Kenyataan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat:

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob hari ini menyatakan kesiapsagaan mereka sekiranya PAS ditakdirkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR). 
Ini disebabkan oleh perbezaan pendapat PAS dan parti komponen PR berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Ahmad Yakob turut menyatakan bahawa PAS 'tidak gentar' untuk berjuang bersendirian kerana mengikut sejarah, parti itu pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46. 
“Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah. 
Seterusnya

Sunday, August 10, 2014

[VIDEO] #PrayForGaza: BENDERA ISRAEL DIBAKAR DEPAN RESTORAN MCDONALD'S!!! #BoikotMcD


Pada Jumaat baru-baru ini telah berlangsung kempen "boikot McDonald's" yang berlangsung di seluruh negara.

Penduduk Alor Setar juga turut tidak ketinggalan mengadakan perhimpunan aman di beberapa lokasi berhadapan restoran makanan segera di sekitar bandaraya itu.

tiada sebarang keadaan tidak diingini berlaku sepanjang demo bantahan tersebut.

Untuk lagi gambar menarik sepanjang demonstrasi ini [Klik SINI]

Friday, August 8, 2014

PESTA BOGEL: GAMBAR SUSPEK DIDEDAHKAN!!

Berikut adalah gambar suspek yang 'membintangi' video pesta bogel di Pulau Teluk Kampi, Teluk Bahang Pulau Pinang.

Selain itu, 'pembogel-pembogel' ini dipercayai menggunakan surau untuk 'bersukan'.

Lim Guan Eng Sila Jawab!!!

Wednesday, August 6, 2014

PESTA BOGEL TELUK BAHANG: IDENTITI 'PEMBOGEL' DIKENALPASTI!


Nampaknya 'beruk-beruk' bogel yang menyertai sukan bogel yang dikatakan anjuran kakak salah seorang pemimpin DAP telah dikenal pasti pihak polis.

Siapa pemimpin DAP tu? Jeng jeng jeng 

Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta ‘sukan bogel’, yang didakwa diadakan di Teluk Bahang. 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang Nude Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura. 
“Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India. 
“Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini. 
Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan. 
Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo. – mStar

Tuesday, August 5, 2014

[VIDEO] PESTA BOGEL DI NEGERI @cmlimguaneng !! (KEMASKINI)

KEMASKINI


Kerajaan Pulau Pinang luluskan permit BERBOGEL?

Dari KedahNews:

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan pihak kerajaan negeri lansung tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel yang di anjurkan di Teluk Bahang sehingga menjadi viral setelah video tersebut dimuatnaik semalam.

Guan Eng berkata, pihaknya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai penganjuran pesta sukan yang jelas mencemarkan imej kerajaan negeri. 
Menurut Guan Eng lagi, penganjuran pesta sukan tersebut jelas satu kesalahan dan pihak kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau kebenaran terhadap aktiviti tersebut. 
“Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 
Video yang berdurasi 5 minit 56 saat sebelum ini telah dimuatnaik dalam Youtube memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel sedang melakukan pelbagai aktiviti seperti melukis di badan dipercayai berlaku di Taman Negara dekat Teluk Bahang. 
Namun begitu, video tersebut sudah dipadam dalam laman Youtube berkemungkinan untuk mengelakkan kemarahan penduduk di negeri tersebut.

APA KOMEN PESERTA?

Penang Nude Sports Games is held successfully on the day. There are 18 nudists came to this beautiful beach for games and nude body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

A brief review by the member, Justin as below:-

Here is my review & report for the Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza. On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang.

link: http://vimeo.com/102602832

P/S: Pihak berkuasa tak ambil tindakan?

Monday, August 4, 2014

AL-KISAH PASAR MALAM PANTAI JOHOR (PART II)


Kerajaan negeri terpaksa menghentikan operasi pasar malam di Pantai Johor, di sini, atas faktor keselamatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, pasar malam berkenaan ditutup dan dipindahkan ke Jalan Suka Menanti, mulai minggu hadapan.

“Saya memohon maaf di atas kesulitan yang dialami. Kita terpaksa menghentikan operasi pasar malam berkenaan kerana ia terlalu hampir dengan simpang tiga Jalan Gunung dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta pengunjung yang lain.

“Pada masa sama, peniaga-peniaga dan pengunjung juga dilihat meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sehingga mengakibatkan laluan menjadi sempit dan berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian semalam yang melaporkan, lebih 150 peniaga terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit setiap seorang apabila tidak dibenarkan berniaga di tapak pasar malam Pantai Johor, di sini.

Kebanyakan peniaga memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan berniaga di situ mulai 1 Ogos oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa sebarang alasan dan notis bertulis.

Mereka hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui satu kain rentang yang dipasang dekat tapak pasar malam tersebut kira-kira dua hari sebelum Aidilfitri yang lalu.

Beliau berkata, terdapat juga segelintir peniaga yang berniaga di bahu jalan dan jelas boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.

“Kita tidak halang mereka untuk berniaga, tetapi laluan ini sentiasa dilalui oleh orang kenamaan dan mencacat pemandangan mereka apabila berlaku kesesakan lalu lintas," katanya.

“Jalan masuk ke kawasan perumahan berdekatan juga terjejas kerana ada peniaga yang berniaga di laluan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memindahkan operasi pasar malam berkenaan ke kawasan yang lebih selamat dan sesuai dekat Jalan Suka Menanti.

“Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang mendesak supaya pasar malam ini dipindahkan ke kawasan lain sebab jemaah masjid juga sukar untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan.

“Pasar malam ini bukanlah satu-satunya tempat orang Melayu berniaga. Sebenarnya terdapat lebih 10 pasar malam di Alor Setar. Tidak salah kalau kita pindahkan operasi pasar malam ini,” katanya.

Badrol Hisham berkata, peniaga berkenaan dibenarkan berniaga di Jalan Suka Menanti mulai minggu hadapan.

“Mereka juga dibenarkan berniaga di pasar-pasar malam yang berhampiran seperti di Taman Nuri dan Jabi,” katanya. - SINAR

PANAS! NGO DESAK @SPRMalaysia SIASAT KPN @KBAB51 & PEGUAM NEGARA!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan kegagalan mereka mengambil tindakan terhadap kes menghina agama atau kaum di negara ini seperti yang didedahkan media tempatan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.

“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak diambil sebarang tindakan jika ianya melibatkan orang bukan Islam.

“Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.

“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang IGP dan AG daripada tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?” soal beliau dalam satu kenyataan.

#FreePalestine: PAGE #FB TENTERA ISRAEL 'BLOCKED' PENGGUNA DARI MALAYSIA.. @idfspokesperson COWARD!! @israelipm


Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.

Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.

Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.


Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara seperti ini, laman Facebook IDF masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.

Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh - SiakapKeli.com

MY SLIDESHARE UPLOAD