Saturday, September 27, 2014

KADIR JASIN MEROYAN LAGI.. CUBA JADI HERO DALAM ISU KRITIKAN TUN M TERHADAP NAJIB!!


Setelah sekian lama tidak meroyan, kini wartawan 'mesin taip buruk', A.Kadir Jasin meroyan kembali. Mungkin sebab 'ubat' meroyan dia dah habis kot?

Terbaru, Kadir mendakwa pemerintahan Najib lebih teruk dari Pak Lah dan mahu menjadi hero dalam terhadap kritikan Tun M kepada Najib.
'Najib lebih teruk dari Pak Lah, tapi tiada tindakan dari Umno' 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum 2013, tetapi tiada tindakan diambil kerana Umno lemah. 
Dalam membuat analisis tersebut, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mendakwa telah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad awal bulan ini di mana bekas perdana menteri itu mengesahkan beliau menghantar surat kepada Najib mengkritik kepimpinan Umno, tetapi telah diminta menariknya balik melalui seorang perantara. 
Dr Mahathir (kanan) berkata, (prestasi) Najib teruk pada tahun 2013 - lebih teruk daripada Abdullah lakukan pada 2008, tulisnya dalam blognya. 
Katanya, Umno menyingkirkan Abdullah tetapi tidak Najib dan Kadir bertanya apakah yang telah dipelajari oleh Umno?Kadir juga bertanya apa yang telah berlaku dengan hasil bedahsiasat mengenainya dan sama ada Umno telah membuat perubahan. 
Katanya, inilah perkara yang pemimpin Umno yang ikhlas perlu menjawab dan menurutnya, bukan setakat berkata mereka menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM.Kadir berkata, Abdullah dipaksa meletakkan jawatan oleh Umno, tetapi Umno tidak mendesak Najib supaya meletak jawatan. 
Malaysiakini
Kadir tak payah lah nak jadi hero, kerana sudah terlambat. Ini adalah kerana ketua-ketua bahagian UMNO sudah lebih awal berjumpa dan berbincang dengan PM berhubung isu ini. Tak perlu nak cuba mencari publisiti murahan dan ambil kesempatan untuk mencipta persepsi buruk terhadap Najib.

Siapa Kadir semasa zaman kepimpinan Pak Lah?

Semasa zaman pemerintahan atau zaman kepimpinan Tun Abdullah, kumpulan A.Kadir Jasin telah membuat persepsi buruk keatas kepimpinan beliau dan hingga terbawa bawa kepada kepimpinan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
Kini apabila tiba di zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, A. Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Perdana Menteri pula dan apa yang menggelikan hati ialah, Kadir Jasin mengatakan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah lebih baik berbanding dengan Pak Lah. 
Nampak sangat bahawa Kadir Jasin akan sentiasa mencari kesalahan demi kesalahan kepimpinan tertinggi negara dalam usaha untuk mencapai apa yang beliau hajati. - Sangkakalajari9

Apa yang saya lihat, penulisan Kadir persis blogger Tun M ya g kantoi menipu pasal pertemuan DS Ismail Sabri dan Ketua-ketua bahagian UMNO dangan PM. 


Nak kata Pak Lah lebih bagus dari Najib konon, perhatikan sekeliling dahulu sebelum berkata-kata wahai Kadir jasin!

Kita semua tahu bahawa di zaman Najib Razak, pelbagai perubahan telah dilakukan termasuk dari segi ekonomi dan sebagainya dan kita juga tidak lupa dengan segala usaha yang dilakukan oleh beliau.

Tapi dalam masa sama, apabila ada penyangak penyangak macam Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib, kita juga perlu melihat bahawa beliau mengambil tampuk pemerintahan yang telah sedia bermasaalah berbanding dengan Pak Lah yang mengambil tampuk pemerintahan di zaman wanginya UMNO.

Ini tidak didedahkan oleh Kadir Jasin kerana apa yang penting bagi beliau ialah mencuri peluang yang ada dan sekaligus mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib secara rambang.

Selalu mengatakan bahawa beliaubadalah pemerhati politik, tetapi Kadir Jasin mungkin buta atau membutakan diri beliau dan seterusnya menidakkan pembangunan terutamanya dari sudut ekonomi rakyat.

Adalah menjadi perkara biasa apabila baru sepenggal menjadi pemimpin, banyak keburukan yang perlu ditangani dan dihadapi oleh Perdana Menteri dan jika hanya dengan mengkritik, ianya tidaklah membantu seseorang pemimpin.

P/S: Rasanya menantu Pak Lah (Menteri Stoking Pink) pun tak percaya cakap Kadir... HAHAHA!

Thursday, September 25, 2014

#PRKPengkalanKubor: PILIHLAH YANG MAMPU BUAT, JANGAN PILIH KENCING KUAT.. SELAMAT MENGUNDI!


Tak mahu ulas panjang, kerana tempoh kempen sudah tamat. Lagipun ini bukannya bahan kempen pun, tetapi sebagai peringatan kepada pengundi. 

PILIHLAH YANG MAMPU BUAT, JANGAN PILIH KENCING KUAT...

NOTA:

Pengundi yang bijak akan pilih BN sebab Pas dah memang kerajaan negeri pun. Apa yang BN buat di #PengkalanKubor tapi Pas tak buat dan tak mampu..

APA YANG BN DAH BUAT DI PENGKALAN KUBOR?
BEBERAPA SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI PENGKALAN KUBOR.  
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Kos Projek - 67.0 JutaLokasi - TujohTarikh Mula - 25 September 2006Tarikh Siap - 26 Ogos 2009Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang- Bil.Guru 59 Orang- Bil.Bukan Guru 31 Orang- Bil.Kelas 28  
Jalan Kesban Pengkalan Kubor
Kos Projek - 58.6 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 12 September 2004Tarikh Siap - 10 Mac 2007 
Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor
Kos Projek - 12.3 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 1 April 2006Tarikh Siap - 15 Ogos 2010Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014Rm 1571,597.63 
Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan
Kos Projek - 5.06 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 15 September 2011Tarikh Siap - 29 November 2012Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan. 
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat
Kos Projek - 3.0 JutaLokasi - Pengkalan KuborTarikh Mula - 1 Januari 2006Tarikh Siap - 27 Disember 2010Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat. 
Masjid Kubang Sawa
Kos Projek - 1.6 JutaLokasi - Kg Bendang Pak YongTarikh Mula - 28 Januari 2010Tarikh Siap - 31 Mac 2011Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat. 
Projek Penapis Air 1 Malaysia
Kos Projek - 0.2 JutaTarikh Mula - 10 Ogos 2012Tarikh Siap - 22 November 2012Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap 
SUMBER: tunfaisaldotcom
APA PULA SUMBANGAN PAS?

Bukan 1 atau 2 tetapi 8 perkara yang PAS pernah janjikan kepada penduduk Pengkalan Kubor. 
Apa tindakan calon PAS yang sebelum ini penyelia kawasan Pengkalan Kubor untuk melaksanakan janji Kerajaan PAS? Tidak pelik kalau sepanduk ini digantung untuk menuntut janji PAS. 

 

Tuesday, September 23, 2014

#PRKPengkalanKubor: TIADA KELIBAT JENTERA DAP & PKR, BUKTI PAS TIDAK BERTAHLUF HIYASI DALAM PR!

 

Walaupun tempoh hari pengundian PRK Pengkalan Kubor akan berlangsung tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun saya masih tercari-cari akan kelibat pemimpin-pemimpin dan jentera DAP turun membantu PAS 'berperang' pada PRK N01 Pengkalan Kubor ini.

Ternyata PAS hanyalah pencacai kepada rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak kenang budi, iaitu parti DAP dan PKR.

Mula timbul kehairanan dalam pemikiran saya ini, Tidakkah DAP dan PKR merasa segan dengan jasa PAS membantu mereka berkempen ketika PRK Kajang dan Teluk Intan yang lalu?

MANA DAP?

Apa yang lebih menarik adalah Pemerhati Politik mendakwa bahawa puak-puak ini (DAP & PJR) tidak akan hadir ke Pengkalan Kubor disebabkan mereka tidak punya kepentingan apatah lagi keadaan PAS dalam PRK kali ini benar-benar tenat.

ADAKAH FAKTOR 'BOIKOT' INI ADALAH PUNCA PAS MAHU TAHLUF SIYASI  DIKAJI SEMULA DALAM PAKATAN RAKYAT?
PAS seharusnya sedar bahawa tahluf siyasi yang dicanangkan kepada dunia melibatan PAS , PKR dan DAP sebenarnya hanyalah satu perkataan yang digunakan untuk memancing perhatian umum sahaja.
Hakikatnya tidak pernah berlaku tahaluf siyasi dalam Pakatan Haprak dan ianya amat ketara sekali di Pengkalan Kubor.
Selama ini PAS hanya dipergunakan untuk kepentingan politik DAP dan PKR untuk menampakkan seolah-olah 3 parti tersebut kononnya sehaluan. 
Selain dari itu PAS merupakan parti yang paling terkesan akibat daripada hubungan songsang tersebut sehinggakan kempen mereka di PRK Pengkalan Kubor tidak lekang dengan pembohongan dan fitnah melampau. - BLOG MMI

VIDEO MENARIK.. PAS PLAWOK!!!

MY SLIDESHARE UPLOAD