Tuesday, July 28, 2015

KONTROVERSI #PATRIOT1: MP DAP @nweiaik DICABAR BERFORUM DENGAN PIHAK YPNM! #NothingToHide


Jika bab pertikai dan kedekut, ia sangat sinonim dengan Ahli Parlimen DAP Tanjong (Bekas ADUN KOMTAR), YB Ng Wei Aik.

Kenapa?

Pada awal tahun ini, Wei Aik dikatakan enggan membayar parking dan telah mencetuskan pertengkaran dengan pihak pengurusan telah viral di media sosial.

Tonton video dibawah:


Seterusnya, sekali lagi beliau menonjolkan sikap kedekutnya apabila enggan membayar caj servis kepada restoran Old Town White Coffee. Ekoran itu, sesetengah restoran di Pulau Pinang bertindak memboikot Wei Aik (SINI)


Terbaru ialah pada dua hari lepas, Wei Aik telah membangkitkan semula isu PATRIOT yang sudah lama menyepi dengan menulis surat kepada MCC supaya mengambil tindakan terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Juga Presiden MCA) dan YPNM kerana meluluskan penjualan plat khas tersebut yang kononnya wujud unsur kronisme dan partisan.

Jika diteliti, tohmahan yang dilemparkan terhadap PATRIOT merupakan peluru untuk menyerang kepimpinan MCA.

Oleh kerana terlalu 'ghairah' dengan PATRIOT, Wei Aik dijemput oleh pihak YPNM untuk berforum/sesi soal jawab bersama Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan.

Saya berpandangan, jemputan oleh YPNM ini adalah 'Gentle' bagi menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Untuk lebih lanjut, sila rujuk SINI.

Secara peribadi, saya juga menggesa supaya Wei Aik terima jemputan tersebut! Selain itu, mana-mana pimpinan DAP yang ragu-ragu mengenai PATRIOT juga dialu-alukan menawarkan diri.

Sebelum ini, dua wakil rakyat DAP, iaitu Nga Kor Meng dan Liew Chin Tong juga turut membangkitkan isu PATRIOT. Namun, tindakan pantas pihak JPJ dan YPNM telah menutup mulut kedua-dua pemimpin DAP itu dengan mengeluarkan Q&A berkenaan kontroversi plat khas PATRIOT RM 1.3 Juta.

Berikut adalah penjelasan bagi setiap dakwaan yang telah ditimbulkan:

Dakwaan 1:
  • Projek RM10 juta, JPJ hanya diberi RM1 juta. 
Fakta:
  • Kenyataan ini tidak tepat. Nilai RM10 juta adalah SASARAN jualan plat PATRIOT bukannya KEUNTUNGAN atau nilai projek yang dianugerahkan secara terus kepada YPNM.
  • Pembayaran RM1 juta kepada JPJ adalah syarat asas selepas kelulusan plat siri khas tanpa mengira keuntungan atau kerugian yang dihadapi oleh YPNM. Justeru, sebarang risiko ditanggung sepenuhnya YPNM tanpa melibatkan pihak kerajaan. 
Dakwaan 2:
  • Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganugerahkan kelulusan plat PATRIOT kepada YPNM melalui rundingan langsung. 
Fakta:
  • Dakwaan bahawa YPNM mendapat kelulusan dari rundingan langsung dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan pemangku Menteri Pengangkutan (ketika itu) adalah tidak benar.
  • YPNM membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2013 dan mendapat kelulusan selepas 2 tahun permohonan dibuat iaitu pada awal tahun 2015. Selain plat PATRIOT, terdapat lebih 25 plat siri khas yang telah diluluskan sebelum ini.
Dakwaan 3:
  • Pendapatan JPJ adalah wang rakyat, hasil penjualan plat PATRIOT juga adalah wang rakyat. Ini adalah kerugian kepada Negara.
Fakta:
  • Plat PATRIOT merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia sepenuhnya, JPJ tidak pernah ada perancangan untuk mengeluarkan plat khas siri PATRIOT. YPNM tidak menggunakan sebarang peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan atau wang rakyat.
  • Justeru, tuduhan pihak JPJ mengalami kerugian adalah tidak benar kerana agensi berkenaan tetap menerima bayaran RM1 juta sama ada YPNM berjaya atau gagal menjual plat tersebut. Bermakna JPJ, rakyat dan negara tidak mengalami sebarang kerugian seperti yang didakwa.
Dakwaan 4:
  • YPNM berkait dengan kroni UMNO.
Fakta:
  • Brigadier Jeneral Dato’ Husainay Bin Hashim (B) memegang jawatan Pengerusi YPNM berdasarkan latar belakang beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Idea penubuhan YPNM tercetus selepas insiden Lahad Datu dimana beliau bimbang dengan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia kerana perbezaan ideologi politik.
  • Beliau bukanlah kroni UMNO, perlantikan sebagai Setiausaha Kerja UMNO dari tahun 2004 hingga 2008 atas pelawaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. YPNM ditubuhkan bermatlamat untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
  • Ahli Jawatan Kuasa dan sukarelawan YPNM terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum.
Dakwaan 5:
  • YPNM mewakili JPJ untuk melelong plat PATRIOT.
Fakta:
  • Dakwaan YPNM mewakili JPJ untuk “melelong” plat PATRIOT adalah tidak benar. Sebaliknya YPNM diberi kelulusan menjual plat PATRIOT 1 sehingga PATRIOT 9999 di mana terpulang kepada YPNM untuk melaksanakan kaedah penjualan yang dirasakan sesuai.
Soalan:
  • Siapakah yang menguruskan hasil penjualan plat PATRIOT dan bagaimana ia dibelanjakan?
Jawapan:
  • Semua pendapatan yang bakal diperolehi hasil penjualan plat PATRIOT disalurkan ke akaun amanah milik YPNM bagi membiayai setiap aktiviti dan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Bagi maklumat lanjut program yang dirancang oleh YPNM boleh dirujuk di laman website rasmi Patriot.
 ARTIKEL PENUH
Khabarnya, tohmahan yang dilemparkan terhadap PATRIOT dibuat ekoran wujud unsur perkauman (Rasis) dengan niat dapat menghalang pihak YPNM melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui hasil jualan plat khas itu.

Jelas dilihat DAP bersikap 'Double Standard' kerana tidak pernah mempertikai plat siri khas SAS yang dikeluarkan syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD, berbeza penjualan plat PATRIOT dilakukan secara terbuka melalui sistem online oleh sebuah YAYASAN. 

Untuk mengetahui secara terperinci mengenai jemputan forum dan plat khas SAS sila rujuk - SINI

P/S: Adakah pemimpin DAP berani untuk tampil berdebat dengan YPNM? What say you Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong?

Saturday, July 25, 2015

GORES & MENANG: MEREKA SEMAKIN BERANI!! MANA PIHAK BERKUASA? @PDRMsia @KBAB51 @mykpdnkk

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dibelasah-kerana-tegur-kegiatan-gores-dan-menang-1.116621

Sebelum ini saya pernah highightkan mengenai ilmu pukau yang digunakan dalam sindiket gores dan menang untuk menipu mangsa. - SINI

Kini, lebih mengejutkan apabila orang ramai yang cuba menegur/nasihat anggota sindiket ini dipukul pula?

Mangsa yang dipukul
Nampaknya mereka semakin bermaharajalela!  Mana pihak berkuasa seperti KPDNKK dan PDRM? Khabarnya sindiket ini sudah lebih 3 dekat bertapak di Malaysia. Takkan tak ada langsung langkah membenteras?

Takut kerana mereka dilindungi gangster/kongsi gelap kah? Ataupun pihak berkuasa yang saya maksudkan itu turut menerima habuan?


PENDEDAHAN LAIN - KLIK SINI

Tuesday, July 21, 2015

#LowYat: PENDEDAHAN FAKTA KES SEBENAR OLEH BLOGGER @YuseriYusoff

LOW YATT : RAKAMAN CCTV TIDAK DISAHKAN PDRM, NGO AKUI FAKTA KEJADIAN, BOIKOT & PERKAUMAN.

1. Genap seminggu insiden pergaduhan di Plaza Low Yatt, masih ada suara sumbang yang tampil berhujah bersandarkan maklumat yang dikutip di media sosial.

2. Hujah paling popular penganalisis FB adalah mengenai tarikh rakaman CCTV yang disebarkan dan menjadi viral di media sosial.

3. Bersandarkan rakaman CCTV entah dari mana dan kononnya itu adalah rakaman kecurian yang berlaku di Plaza Low Yatt.

4. Rekod PDRM menyatakan tangkapan ke atas OKT dilakukan orang awam pada 11 Julai 2015, jam 1650, di Kedai Tech Asia Sdn Bhd (UG Floor), Plaza Low Yatt.

5. PDRM tidak membuat pengesahan bahawa rakaman CCTV bertarikh 6 Julai 2015 adalah kes kecurian yang dilakukan OKT di Plaza Low Yatt.

7. Bermakna, itu bukanlah rakaman CCTV yang dirujuk oleh IO semasa menjalankan soal siasat ke atas OKT.

8. Perkara ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, SAC Dato Zainuddin Bin Ahmad.

9. Kejadian OKT dibelasah orang ramai berlaku selepas mereka menyerang pekerja dan premis OPPO pada 11 Julai 2015. jam 1940.

10. Dalam masa yang sama laporan NTV7 telah memberi gambaran kononnya serangan berlaku kerana pembeli telah ditipu oleh peniaga HP.

11. Memandangkan kes dalam perbicaraan, dan OKT mengubah pengakuan, rakaman CCTV 11 Julai 2015 adalah bukti kes dan PDRM tidak boleh keluarkan kepada umum.

12. Fakta mengenai kes kecurian HP juga diakui, diterima serta dipersetujui Ketua-Ketua NGO selepas DSP Gunalan memberi penjelasan.

13. Selepas penjelasan DSP Gunalan, seramai 20 orang dari wakil NGO telah diberi kebenaran meninjau premis dan memasuki Plaza Low Yatt.

14. Semasa membuat tinjauan ke dalam Plaza Low Yatt, ada pihak tidak membaling HP (display set) ke arah ahli kumpulan NGO.

15. Tindakan itu mencetuskan kekecohan namun berjaya ditenteramkan PDRM dan semua ahli dan Ketua kumpulan NGO bersurai jam 2230.

16. Rusuhan berlaku selepas pihak NGO-NGO bersurai, di mana datang sekumpulan lelaki bermotor seramai 70 orang lalu berkumpul di hadapan Plaza Low Yatt.

17. Kumpulan engkar arahan bersurai PDRM dan bertindak mencederakan empat lelaki Cina yang berada di sekitar serta merosakkan sebuah kenderaan milik orang awam.

18. Ketika kejadian Ketua Polis KL dan Ketua JSJ KL turut berada di lokasi menasihatkan orang ramai bertenang dan bersurai.

19. Dalam masa yang sama, Ketua Polis KL turut meminta bantuan FRU lalu mengadakan 'OPS TUTUP' di jalan-jalan utama Bukit Bintang.

20. Kumpulan yang merusuh bersurai jam 0430, di malam malam kejadian 17 orang ditangkap termasuk seorang lelaki Cina yang memegang kayu seperti video tersebar.

21. Malam sebelum pertemuan dengan Ketua Jabatan Sisatan Jenayah, Kuala Lumpur SAC Dato Zainuddin Ahmad, saya turut bertemu Ketua-Ketua NGO dan Peguam OKT.

22. Ketua-Ketua kumpulan NGO yang berhimpun tidak menafikan punca kejadian kes kecurian HP seperti dinyatakan oleh pihak PDRM.

23. Justeru, sekali lagi saya ulangi mereka yang bersuara sumbang sila kemukakan bukti resit pembelian HP jenama Lenovo model S860 yang dibuat OKT dan rakaman CCTV disahkan PDRM.

24. Tanpa bukti resit pembelian seperti didakwa sejak hari pertama kejadian dan rakaman CCTV disahkan PDRM, bermakna maklumat mengenai pergaduhan di Plaza Low Yatt telah diputar belit demi kepentingan sesetengah pihak.

25. Saya tidak berpihak kepada peniaga Cina apatah lagi berpihak tujuh pemuda Melayu, saya cuma tidak mahu masyarakat menghalalkan satu perbuatan jenayah atas nama Melayu.

26. Dalam bahasa mudah, bagi saya salah tetap salah, yang mencuri salah dan yang memukul juga salah.

27. Tujuan saya menjelaskan selepas seminggu kejadian untuk memastikan fakta kejadian sebalik dalam rusuhan di Plaza Low Yatt tidak terus diputar belit hingga rakyat hilang keyakinan kepada PDRM.

28. Saya juga tidak mahu perpaduan kaum yang telah terbina 57 tahun diperjudikan demi sebuah HP berjenama Lenovo.

29. Kuasa membeli ada di tangan kita, jadi usah dipedulikan semua usaha dan tindakan MCA menganjurkan sambutan Aidilfitri atau peniaga Low Yatt laksana kempen turun harga kerana kuasa ada pada kita.

30. Jika pengguna ada kesedaran tentang kuasa yang mereka miliki, saya pecaya kes pengguna ditipu oleh peniaga akan berkurangan.

31. Golongan peniaga yang menipu terdiri dari pelbagai bangsa, bukan saja peniaga Cina, ada juga peniaga Melayu dan India yang suka menipu.

32. Penipuan atau jenayah tidak berkait dengan bangsa, kerana bukan semua Cina penipu dan tidak semua Melayu itu baik.

33. Rakyat Malaysia terutama orang Melayu bersikap prejudis ke atas satu-satu kaum kerana termakan cakap dan mainan orang politik.

34. Orang Melayu takut dengan bayang-bayang sendiri, mereka meraung kerana orang Cina menguasai ekonomi.

35. Namun, orang Melayu tidak mahu bermuhasabah sehingga terlupa siapakah yang memegang kuasa dalam negara.

36. Bukankah kuasa dipegang pemimpin Melayu, jadi kenapa orang Melayu terus merintih di bumi sendiri?

37. Kenapa hanya dua tiga kerat Melayu yang berjaya, siapakah yang memberi peluang sehingga orang Cina menjadi kaya raya kalau bukan pemimpin Melayu itu sendiri?

38. Ironi bukan, kita orang Melayu sendiri yang suka berpecah, pemimpin Melayu kita sendiri yang memberi peluang tetapi orang cina yang salah.

YUSERI YUSOFF (YY)
20 Julai 2015.

MY SLIDESHARE UPLOAD