Monday, August 24, 2015

USAHAWAN BUMIPUTERA KERUGIAN 2.5 JUTA DIANIAYAI PEJABAT TANAH DAN GALIAN?


Pasar Raya Halal Metamorf milik penuh usahawan bumiputera Islam di Pantai Dalam, KL bakal 'disodok' selepas terima notis 5 hari dari Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan (PTGWP).

Untuk pengetahuan, Pasaraya Metamorf telah dibangunkan sejak tahun 2007 di situ, tetapi mengapa PTGWP hanya beri masa 5 hari sahaja untuk mereka berpindah? Jangan cakap PTGWP tidak tahu!

Jumlah kerugian keseluruhan adalah RM 2.5 juta!

Selain itu, pemilik pasaraya halal itu juga turut dituduh oleh pegawai PTGWP bahawa mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, sedangkan mereka punyai 'hitam putih' telah memohon kebenaran menduduki sementara (TOL) tersebut sejak tahun 2004 lagi.

Tidak cukup dengan itu, PTGWP juga bersikap sambil lewa dan angkuh dengan  rayuan mereka.

Dah tak ada manusia dan melayu langsung ke dalam PTGWP? Sebab semuanya bertindak macam binatang membiarkan nasib mereka seperti itu.

Perkara ini telah dibangkitkan di BULETIN USAHAWAN MELAYU:

EKSKLUSIF : PASAR RAYA MILIK USAHAWAN ISLAM BERNILAI RM2.5 JUTA BAKAL DIROBOH SELEPAS 5 HARI NOTIS DARI PEJABAT TANAH & GALIAN
Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian, bangunan pasar raya miliknya perlu dikosongkan kerana terletak di atas tanah milik kerajaan yang terlibat dalam projek pelebaran Jalan Kubur. 


Bagi Puan Nazilah, beliau akur dengan arahan pengosongan namun notis yang mengatakan beliau menduduki tanah tersebut tanpa kebenaran yang sah adalah mengarut kerana beliau membuat permohonan untuk menduduki sementara tanah (TOL) berkenaan pada tahun 2004.

 
Lebih mendukacitakan, pegawai di Pejabat Tanah dan Galian bersikap sambil lewa dalam membantu beliau menyelesaikan permasalahan yang dialami. 
Permasalahan yang dihadapi oleh Puan Nazilah telah dirujuk kepada pihak Buletin Usahawan Melayu (BUM), di mana kami cuba memahami isu sebenar di sebalik notis lima hari Pejabat Tanah dan Galian. 
Setelah menemubual, isu yang dihadapi beliau adalah: 
  • Layanan pegawai Pejabat Tanah dan Galian.  
  • Notis lima hari untuk mengosongkan premis terlalu singkat. 
Mungkin otak pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sudah gagal berfikir dengan normal sehingga bertindak memberi tempoh lima hari untuk mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan dari makanan hinggalah pakaian dan buku-buku agama. 
Cuba beritahu, adakah logik pemilik pasar raya mampu kosongkan semua barangan dalam gambar di bawah dalam tempoh lima hari?




Kelangkapan makanan yang dijual dalam pasar raya.
Kelengkapan pakaian
Kelengkapan buku-buku

 
Justeru, kami ingin bertanya dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, jika beliau duduk di tempat pemilik pasar raya ini apakah beliau mampu mengosongkan semua barangan dalam tempoh lima hari? 
Kita berbicara mengenai sebuah pasar raya yang diusahakan selama berpuluh tahun di mana anggaran keseluruhan pasar raya Metamorf sekitar RM2.5 juta. 
Kita berbicara mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta barangan yang dijual dalam premis berkenaan. 
Apakah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian sudah tiada otak sehingga gagal berfikir dengan menggunakan budi bicara agar pemilik premis diberi tempoh lanjutan berdasarkan kapasiti barangan yang dijual dalam pasar raya tersebut? 
Kisah duka Puan Nazilah akan bersambung. 
Kami akan cuba mendapatkan respon pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berhubung kes yang dihadapi Metamorf.

BACA JUGA DISINI 

Wednesday, August 19, 2015

BUKTI @malaysiakini TERIMA 'DERMA' DARI YAHUDI, PATUTLAH SUKA FITNAH DAN MENGHASUT!


Saya yakin, lebih 50% rakyat Malaysia tahu bahawa kebanyakan berita yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini bersifat ekstrim dan bersifat separuh benar serta telah dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Tindakan Malaysiakini menunjukkan portal tersebut adalah agen propaganda bagi mencetuskan keresahan dan huru-hara di kalangan rakyat di Malaysia. 
Oleh itu, netizen perlu berhati-hati dan bertindak matang sebelum mempercayai setiap berita yang dilaporkan terutama melalui Malaysiakini. 
Pembaca perlu mendapatkan kesahihan maklumat (fakta) sebelum berkongsi bersama rakan melalui di media sosial. 

Berikut antara rujukan mengenai berita yang bersifat separuh benar dilaporkan Malaysiakini sebelum ini : 
ARTIKEL PENUH: http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/03/manipulasi-setiap-aktiviti-rosmah.html 
TERKINI - Pengakuan editor Malaysiakini kerana telah berbohong dan menfitnah pihakSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz dalam artikel yang dilaporkan.

Untuk pendedahan lebih menarik - SINI

MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK TAHU BAHAWA PORTAL BERITA INI MENERIMA DANA DARI YAHUDI! IAITU DARI BADAN YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA - NATIONAL ENDOWMENT OF DEMOCRACY (NED)

INI BUKTINYA:



LINK: http://about.malaysiakini.com/accountability/

Tuesday, August 18, 2015

PANAS!! @malaysiakini BAKAL DIGANTUNG SELEPAS NGO @PPIM4U GESA @KDNPUTRAJAYA AMBIL TINDAKAN KERAS?

DIPETIK DARI SUMBER:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan tindakan terhadap portal berita atas talian, Malaysiakini kerana menerbitkan berita berunsur fitnah dan hasutan! 

Malaysiakini dilihat terlalu kerap menerbitkan berita berunsur fitnah dan hasutan seolah-olah mempunyai agenda yang tidak baik. 
Sekiranya perkara sebegini dipandang remeh dan dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja mampu menyebabkan perpecahan dalam perpaduan kaum (serta semua etnik) di Malaysia, malah ia juga dilihat menjadikan sentimen kebencian di kalangan rakyat berada di tahap tidak terkawal. 
Selanjutnya di laman Facebook Rasmi PPIM (Klik!)

KERATAN AKHBAR


** KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL PENUH

EMBED POST 


Berdasarkan artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Bertindak keatas Malaysiakini' bertarikh 16 Ogos...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Monday, August 17, 2015

MY SLIDESHARE UPLOAD