Saya percaya, mungkin kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu bekerja keras sehingga tidak sempat untuk 'menjenguk' isu ini. Sangat menyedihkan. Biarlah 'duit' yang tolong jawab soalan mereka ketika di Barzakh nanti.
Alhamdulillah, repot Polis telah pun dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Nasru Syazwan dan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Azmir.
Repot Polis telah dibuat atas nama Ustaz Amir sebagai pengadu, dan butiran repot adalah seperti berikut:
Tahniah saya ucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO kerana melakukan tindakan awal sebelum merebak. Kalimah suci wajib dijaga. Jangan hanya tahu menuding jari sahaja macam pembangkang.
.