Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahim, memberitahu, pihaknya kini sedang giat berusaha mengesannya.
“Polis telah mengenal pasti suspek kejadian ini dan saya berharap semua bersabar,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Sebelum ini, Jalaluddin di dalam kenyataannya memberitahu, polis masih menyiasat motif kejadian ada kaitan dengan unsur balas dendam.
Sinar Harian semalam menyiarkan, Zahari Razak, 57, mati ditembak sejurus keluar dari pekarangan masjid dengan memandu kereta BMW seorang diri.
Mangsa yang berasal dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak merupakan peraih ikan di Kuala Besut, Terengganu dan mangsa dikatakan ditembak beberapa das dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang menunggu di motosikal.
Tembakan itu menyebabkan kenderaan itu terbabas beberapa meter ke kawasan lapang di bahu jalan sebelum berhenti.
Kejadian berlaku selepas Zahari selesai menunaikan solat Isyak dan hendak pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment