Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

PANAS! ULAMAK DILABEL SEBAGAI MANUSIA BODOH!


Saya tertarik dengan artikel yang diterbitkan di laman blog PPIM yang menceritakan bahawa pihak PPIM telah menerima kiriman surat oleh pengirim misteri. 

Pengirim itu dikatakan mengirimkan surat tersebut kerana berang dengan kenyataan yang dimanipulasi oleh akhbar The Malay Mail yang dilihat sengaja untuk membangkitkan kemarahan kaum cina. 


Oleh itu, Pengirim itu telah melabelkan Islam sebagai agama yang ekstrim, hukum hudud dihina serta ulamak dari parti PAS juga turut dikaitkan dan dilabel bodoh.

UNTUK PERINCIAN LEBIH LANJUT, BACA DIBAWAH:
DARI MEJA PENGARANG : PENGIRIM SURAT MISTERI DIMINTA TAMPIL DAN MENGULANGI PENGHINAAN ISLAM SEBAGAI AGAMA EKSTREM!

Kenyataan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berhubung laporan akhbar The Malay Mail bertajuk 'Swindling is part of Chinese trading culture, Muslim group claims' pada 15 Julai 2015 terus menjadi bahan dan diputar belit oleh pihak berkepentingan bagi membangkitkan sentimen perkauman. 
Difahamkan terdapat beberapa laporan dibuat ke atas Datuk Nadzim Johan, namun sehingga ke hari ini pihak PDRM belum memanggil Ketua Aktivis PPIM untuk rakaman percakapan. Malah perkara ini turut dijelaskan pada hari yang sama di mana pihak admin Facebook PPIM membuat penafian terhadap kenyataan yang dilaporkan oleh The Malay Mail. 

 
Ironinya, segala penafian yang dibuat oleh PPIM seperti tidak diterima pakai oleh sekelompok kaum Cina di mana beberapa portal difahamkan mengulangi kenyataan tersebut bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap PPIM. 
Pihak PPIM tidak gentar untuk berkata benar, malah Datuk Nadzim Johan sendiri menyatakan kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan The Malay Mail di mana beliau turut membuat penjelasan selepas perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan. 
Namun minggu lepas, pihak PPIM menerima sepucuk surat dari pengirim misteri yang meluahkan perasaan marah kepada Datuk Nadzim Johan. 
Malangnya, tindakan pengirim tersebut hanya menunjukkan terdapat sekelompok kaum cina yang memang rasis dan biadap serta bersikap anti Islam. 
Rujuk surat yang dikirimkan kepada Datuk Nadzim Johan : 
 
Pengirim bukan sahaja menyifatkan Islam sebagai agama yang ekstrim malah turut menghina Hukum Hudud di mana menyifatkan ahli dan ulamak dalam parti PAS sebagai manusia bodoh dan hanya tahu berbicara soal Hudud. 
Justeru, kami di pihak PPIM ingin mempelawa pengirim surat agar bertemu dengan kami dan mengulangi pendirian sebagaimana dinyatakan dalam surat tertera. 
Cabaran kepada agama Islam semakin besar, kami di PPIM tidak akan membiarkan kesucian agama terus dihina oleh puak pelampau yang terbukti rasis dan bersifat anti Islam. 
 SUMBER

Monday, November 17, 2014

BIADAP! AGAMA ISLAM DIHINA LAGI! @SKMM_MCMC @PDRMSia SILA SIASAT!

Inilah kebiadapan yang dilakukan oleh satu page fb Bolehland.

Saya tak mahu cakap banyak. Saya cuma mohon SKMM dan PDRM kesan siapa admin page tersebut!

Ini kerana ianya melibatkan soal akidah umat Islam! Malah turut menaikkan kemarahan umat.

P/S: Nak troll pun agak-agak la wei

Friday, April 25, 2014

SEKADAR BERKONGSI, APAKAH KELEBIHAN HARI JUMAAT YANG WAJIB DIKETAHUI ANDA SEMUA?


  • Jika ada org bicara mngenai kt di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...
  • Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah berada di tempat yg LEBIH TINGGI...
  • Saat org Bicara dgn Nada iri mngenai kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah jauh LEBIH BAIK dr Mereka...
  • Saat org Bicara Buruk mengenai kita, padahal kt tidak pernah Mengusik kehidupan Mereka, itu adalah tanda bahawa khidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...
  • Payung tdk dpt mnghentikn Hujan, tp dpt mmbuat kita Brjalan mnembus hujan utk Mncapai Tujuan......!!
sumber - FB Ustaz Zahazan

Manakala, apa pula hikmah hari jumaat berdasarkan Islam?

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM) & Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

P/S: MALAS NAK TULIS PASAL POLITIK

Wednesday, September 11, 2013

#Comango: AGENDA PEMBANGKANG UNTUK UBAH SISTEM KEAGAMAAN DI MALAYSIA?



Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling ‘keras’ melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara ‘pakatan’ mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah ‘Allah’ dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai ‘idea’ yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO. - SUMBER


MY SLIDESHARE UPLOAD