Showing posts with label Bershit 3.0. Show all posts
Showing posts with label Bershit 3.0. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

PENGERUSI BARU #Bersih DILANTIK ADALAH DEMI MEMPERKASA COMANGO?

Maria Chin Abdullah dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi bersama BERSIH 2.0 bersekutu dengan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Maria dicalonkan sebagai Pengerusi baharu oleh NGO The Association of Women Lawyers (AWL), Centre for Independent Journalism (CIJ), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (CRC – KLSCAH), Dapur Jalanan, ENGAGE, Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Islamic Renaissance Front (IRF), Kelab Bangsar, LLG Cultural Development Centre (LLG), Suara rakyat malaysia (SUARAM), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) dan Women’s Aid Organisation (WAO), lapor bersih.org.

Selain jawatan Pengerusi, lapor The Malaysian Insider turut dipertandingkan adalah jawatan Naib Pengerusi, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dijangka akan dipilih pada 29-30 November di Perpustakaan Petaling Jaya.

Lapor portal itu, bagi jawatan Naib Pengerusi BERSIH 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi & Pengarah IRF) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM).

Untuk jawatan Bendahari pertandingan antara Masjaliza Hamzah (Pegawai Eksekutif CIJ) dan Nahar Md Nor (Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat).

Lima calon dilaporkan telah bersaing untuk dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam (Pengerusi bersama SUARAM), Ng Chak Ngoon (Bekas Presiden Malaysia Site Investigators Association), Farhana Halim (Majlis Peguam/SUARAM), Hishamuddin Rais (Pengasas Radio Bangsar Utama) dan New Sin Yew (Majlis Peguam).

Pengerusi jawatankuasa Pemilih BERSIH 2.0 pula dipengerusi oleh Stanley Yong, Setiausaha Umum Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Menurut Stanley Yong, walaupun tiada pertandingan bagi jawatan Pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa BERSIH itu akan hanya dibuat pada 30 November.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

The Malay Mail Online melaporkan, Ambiga dan seorang lagi Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A. Samad Said telah melepaskan jawatan mereka pada 30 November.

Wikipedia menyebut Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, University of London.

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Selain itu, EMPOWER juga merupakan Sekretariat kepada BERSIH 2.0.

Maria juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010.

Dalam tribute kepada suaminya, Yunus Lebai Ali, Maria mengaku bertemu dengan suaminya ketika berada di London pada tahun 1979 dan kembali ke Malaysia pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu Maria bersama suaminya menubuhkan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

Menurut laman mafrel NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

Selain itu NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) yang berpangkalan di Filipina juga merupakan rangkaian ANFREL.

NAMFREL dinamakan oleh bekas pegawai CIA, Philip Agee sebagai ‘tool CIA’ menggunakan slogan ‘kuasa rakyat.”

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. - AIDC

Tuesday, April 10, 2012

#Bersih3 : PENJELASAN TENTANGNYA DAN CAMPUR TANGAN DUNIA LUAR.....WAJIB BACA!!!!


Secara umumnya, rakyat Malaysia mula mengenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) selepas gabungan NGO tersebut mengadakan demonstrasi pada 10 November 2007. Demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan seramai 60,000 orang peserta demonstrasi bermula di Dataran Merdeka sehingga ke Istana Negara.

BERSIH menggunakan slogan “Gelombang Kuning yang mana ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai pakaian berwarna kuning. Mengikut laman web BERSIH (www.bersih.org), BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya (Joint Action Committee for Electoral Reform atau JACER) pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Namun, apa yang tidak dinyatakan di laman web tersebut adalah pihak yang membantu sekretariat BERSIH ketika itu adalah National Democratic Institute (NDI).

Menurut laman web NDI; “In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted many workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party in accomplishing their objectives. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants”.
(sumber : http://www.ndi.org/malaysia)

Bantuan NDI kepada BERSIH berterusan daripada 2005 hingga sekarang. NDI sebagai sebuah NGO dibawah National Endowment for Democracy (NED), mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 (atau RM 4,027,419.04) dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH. BERSIH bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Nicaragua merupakan negara pertama yang menjadi sasaran CIA melalui operasi PROJECT DEMOCRACY (dengan melibatkan NED dan NDI serta beberapa NGO Amerika lain). Di Nicaragua, NED menubuhkan Via Civica manakala di Venezuela, Súmate merupakan NGO yang dicipta untuk fungsi yang sama.

MOTIF Tujuan penubuhan BERSIH bukan sahaja untuk reformasi pilihan raya. BERSIH juga merupakan platform untuk menyatu padukan parti-parti pembangkang melalui JACER. Menyatu padukan parti politik pembangkang merupakan modus operandi PROJECT DEMOCRACY. Menurut Philip Agee dalam artikelnya “How United States Intervention Against Venezuela Works” terdapat 3 mekanisme prinsip PROJECT DEMOCRACY iaitu:

1) Penggabungan parti pembangkang utama dan menyokong calon presiden dan jawatan-jawatan lain yang sama;

2) Barisan politik yang terdiri daripada parti, kesatuan, organisasi perniagaan dan pertubuhan sosial;

3) Pertubuhan sosial peringkat kebangsaan untuk mempromosi penyertaan dan pemantauan pilihan raya.

(sumber: http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=955)

TEMA WARNA : Penggunaan tema warna semasa perhimpunan BERSIH bukan juga sesuatu yang baru. Menurut Wikipedia, beberapa revolusi warna telah digunakan dan ada di antaranya berjaya menumbangkan Kerajaan seperti Revolusi Ros di Georgia (2003), Revolusi Oren di Ukraine (2004), Revolusi Tulip – warna kuning di Kyrgyzstan (2005), Revolusi Cedar – warna hijau di Lebanon dan Revolusi Hijau di Iran (2009). Malangnya, beberapa revolusi ini dikatakan mempunyai kaitan dengan campur tangan Amerika.

“Evidence suggesting U.S. government involvement includes the USAID (and UNDP) supported Internet structures called Freenet, which are known to comprise a major part of the Internet structure in at least one of the countries - Kyrgyzstan - in which one of the colour revolutions occurred. The Guardian claimed that USAID, National Endowment for Democracy, the International Republican Institute, the National Democratic Institute for International Affairs, and Freedom House are directly involved; the Washington Post and the New York Times also reported substantial Western involvement in some of these events.” NED DAN PROJEK ‘TEHRAN’ National Endowment for Democracy (NED) mungkin kurang diperhatikan oleh penganalisis politik antarabangsa tempatan. 12 Jun 2009 apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihanraya presiden untuk Republik Islam Iran (menewaskan pencabar terdekatnya Mir Hossein Mousavi), NED menjadi perhatian. Iran mendakwa rusuhan yang meletus di kota Tehran selepas kemenangan Mahmoud didalangi oleh kuasa luar, yang tentu sahaja dinafikan oleh media Barat. Akan tetapi apakah ada kemungkinan dakwaan Iran tersebut benar? Tentu sahaja, Iran adalah salah sebuah negara yang sering diganggu kuasa Barat. Amerika Syarikat misalnya pernah menjatuhkan Perdana Menteri Iran Mohammed Mossadegh dalam tahun 1953, dan menegakkan rejim Shah Reza Pahlavi untuk menjadi boneka mereka di sana. Hal ini misalnya diakui oleh presiden AS sendiri baru-baru ini, Barack Obama menyebutkan di Kaherah (dalam “ucapan damainya” kepada dunia Islam), bahawa “di tengah Perang Dingin, Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Iran secara demokratik.’ Dan apabila Shah jatuh digulingkan oleh rakyat menerusi Revolusi Islam pimpinan Imam Ruhullah Khomeini, sekali lagi kerja-kerja untuk mencampuri urusan pentadbiran Republik Islam Iran itu pun bermula di belakang tabir.

Di sinilah munculnya NED. NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres AS dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar AS yang pro polisi luar negara Rumah Putih. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” . Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “Apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, halaman 180.) NED menyalurkan dana secara terus atau melalui badan lain terutama Institut Demokratik Nasional (National Democratic Institute, NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (International Republican Institute, IRI), yang aktif di banyak negara termasuk Malaysia.

Jom like FB page ni : KLIK 

Sumber dari rakan FB

Thursday, April 5, 2012

#Bershit3 - 500,000 Orang Bakal Turun Berhimpun??? Biar Betikkkkk!!!!


Semakin meriah nampaknya monyet-monyet peliharaan Ambiga ni berdemo. Sampaikan Pak Samad (A.Samad Said) sasarkan hingga 500,000 orang yang bakal sertainya. Betul ke ni? Ataupun 500,000 orang yang akan hadir tu nak saksikan secara live 'pelakon-pelakon handalan dari drama Bersih 2.0' beraksi?? Hahaha..

Menurut sumber, perhimpunan bershit ini dianjurkan bersama dengan 84 NGO lain dan juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Selain itu, Himpunan Hijau 3.0 juga bakal diadakan pada hari yang sama. Apa lagi agenda diorang ni yer??? 

Jom kita baca petikan artikel dari malaysiakini ni dulu...

BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April
Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.
Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini. 
Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial. 
"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila? 
"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalamFacebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya. 
Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi. Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.
"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini. 
Sementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0. 
Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini. Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya. Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan. 
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang. - malaysiakini

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April 
Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor." 
"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini. 
Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu. "Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya. 
Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarik kehadiran15,000 orang. malaysiakini


 Amboi, bersih sangat ke korang?? Suruh pemimpin korang bersihkan moral dulu ye :)
P/S : Sebelum bersihkan baju orang lain, pastikan baju anda bersih dahulu :)

MY SLIDESHARE UPLOAD