Showing posts with label LAHAD DATU STANDOFF. Show all posts
Showing posts with label LAHAD DATU STANDOFF. Show all posts

Monday, March 4, 2013

#PrayForSabah : Antara Fakta Dan Auta Yang Anda Perlu Tahu!!!

\

1. SIAPAKAH SEBENARNYA KUMPULAN PENCEROBOH INI ?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata.

Kumpulan ini diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram.

Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

'Mantan sultan' Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai 'rumah' mereka:

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami".

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. 'Kesultanan Sulu' tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' berlaku ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab: Who is the one who gave it? (Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar 'cession money' sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

'Cession money' ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkanMemorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku 'sultan' selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan 'Operation Merdeka' pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagaiJabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre(Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima 'cession money' sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

ARTICLE 3.

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the 'British North Borneo Company'.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar 'British North Borneo Company'.)

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah "ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka" ("wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region").

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

Credit to: KELATE TODAYS

#PrayForSabah: UPDATE! MAKLUMAT LENGKAP ANGGOTA PDRM YANG TERBUNUH DI SEMPORNA!! #SempornaBackFire


Kat sini aku senaraikan maklumat lengkap Pegawai dan Anggota Pangkat Rendah (APR) PDRM yang telah terkorban semasa kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna (Ops Sulu) semalam:

Sumber dari blog KAKI RAYAU KB:
1) Supt.G/10768 Ibrahim Bin Lebar ( C/Khas Bukit Aman)- No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya ,Selangor. 
2) ASP G/15013 Micheal Padel (KCKD Semporna)- No.49 Kg Bidayuh ,Serian, Sarawak. 
3) Sjn/D.110204 Baharin Bin Hamit (C/Khas IPK Sabah)- No.516 Tingkat 1 Blok E Kelembong ,Tmn Nelly Fasa 5 Inanam , Kota Kinabalu ,Sabah. 
4) SJN.124082 Aziz Bin Sarikun (BN 14 PGA Tawau)-Taman Pelangi, Semporna , Sabah. 
5) KPL/S.12675 Salam Bin Togiran (Caw.Pengangkutan IPD Tawau) - TB136127 Lorong 8 ,Bandar Seri Indah, Bt 10 ,Jalan Apas ,Tawau,Sabah. 
6) L/KPL.160475 Mohd Azrul Bin Tukiran ( BN 14 PGA Tawau)- Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor.  

JADUAL PENERBANGAN: 

Jenazah Allahyarham Supt.G/10768 Ibrahim Bin Lebar dan L/Kpl.160475 Mohd Azrul Bin Tukiran akan diterbangkan dari Tawau pada 1330hrs dan AKAN dijangka tiba di Lapangan TUDM Subang pada 1800hrs.

#PrayForSabah; [VIDEO] : Sidang Media Rasmi KPN Tentang Perkembangan Terkini Di Sabah.


Tak perlulah kita nak lebih-lebih sehingga menyebarkan gambar palsu di mana ia menimbulkan suasana panik kepada rakyat Malaysia. 
Kepada yang kata PDRM tak bertindak, Menteri Dalam Negeri tak habis-habis dengan amaran kononnya tak buat kerja bla bla bla... 
Satu soalan aku, adakah kita mengharapkan pihak PDRM dan ATM turun saja ke Lahad Datu terus melepaskan tembakan tanpa membuat pemerhatian dan risikan terlebih dahulu? Sambungan..

#PrayForSabah: TERKINI!! Nik Aziz Dijemput Membacakan Doa ''KO SULU''!!


Rakyat Kelantan turut berasa sedih di atas insiden pencerobohan di Lahad Datu di mana ia telah mengorbankan 8 orang anggota polis.

Justeru itu kita menggesa Nik Aziz yang sebelum ini begitu ghairah mendoakan kecelakaan kepada pemimpin UMNO/BN segera mengetuai doa agar pengganas-pengganas Sulu yang menceroboh kedaulatan negara kita segera K.O dan 'Pecah Perut'!

Selain itu Unit Amal PAS yang begitu berani merempuh anggota-anggota polis ketika peristiwa BERSIH dulu dihantar untuk merempuh pengganas-pengganas tersebut.


Inilah peluang terbaik untuk unit amal melakukan kerja-kerja amal daripada menjaga tapak-tapak ceramah yang dipimpin oleh chauvanist cina! Sambungan 

#PrayForSabah: TERKINI!! CEMAS... SEMBOYAN EKSEKUTIF AKHIRNYA DIKELUARKAN!!


Semboyan/perintah eksekutif telah dikeluarkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih sepenuhnya kekacauan di Sabah. Arahan yang dikeluarkan ialah ''HAPUSKAN MUSUH!!''..Ini bermakna perperangan telah tercetus. Semua musuh akan dibunuh. Tiada lagi belas kasihan kepada mereka. Semoga pejuang-pejuang kita berjaya. Selamat berjuang pejuang-pejuang semua!!

#PrayForSabah : BOOM! Website Rasmi Kerajaan Sulu Dihacked!! Perang Siber Telah Tercetus!!


Laporan dari sumber [KLIK SINI!] mendakwa laman rasmi diraja Sulu beralamat www.royalsulu.com telah kecundang akibat terkena serangan DDOS!

dibawah adalah screenshot yang sempat diambil:


Selain dari laman Royal Sulu, beberapa laman milik kerajaan Filipina juga mendapat nasib yang sama selepas salah satu laman rasmi kerajaan malaysia (malaysia.gov.my) diserang dengan serangan DDOS juga.


Sejurus kejadian terbabit, penggodam-penggodam Filipina telah memberi amaran kepada kumpulan penggodam tempatan khasnya dari kalangan bertopi hitam (black hat) supaya tidak menganggu dunia cyber mereka atau Penggodam Malaysia khasnya menerima padah seperti yang cuba dilakukan sekumpulan penggodam China.

Bukti gambar lain:

TERKINI! IDENTITI MAYAT ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH DIKENALPASTI! #PrayForSabah

Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau) 
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. 

Sunday, March 3, 2013

#SempornaBackfire: UPDATE! LAGI SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH! AYUH BANGKIT SEMUA!! #PrayForSabah


Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.- BERNAMA

#PrayForSabah : UPDATE! Penduduk Semporna Bangkit Tentang Pengganas Sulu!!!

Salah masuk kampung... itulah yang terjadi dengan seorang lelaki dipercayai  penceroboh Sulu selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebuah kampung di Semporna pagi ini.
Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

#PrayForSabah : TERKINI! 2 PENGGANAS SULU BERJAYA DITEMBAK MATI!

Ketua Polis Negara, Tan Sri IG Hj Ismail Omar sebentar tadi mengesahkan bahawa 5 orang anggotanya telah meninggal dunia di Semporna semasa membuat serbuan. Namun begitu, pihak PDRM berjaya menembak mari 2 orang pengganas Sulu ketika mereka sedang cuba untuk loloskan diri daripada sekatan pihak berkuasa.

Apa-apapun marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka. Allahuakbar!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PrayForSabah : TERKINI! PEGAWAI SB DARI BUKIT AMAN PULA MATI DITEMBAK!! #PrayForLahadDatu

Berikut adalah beberapa info bergambar yang saya dapat daripada rakan-rakan yang menganggotai PDRM. Tapi, kesasihannya masih belum lagi tentu. Harap semua dapat bersabar dan sentiasa mendoakan kesejahteraan di Sabah. Semoga Allah berkati doa kita semua.

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM:



Saturday, March 2, 2013

#Pray4VAT69 : @abby_abadi112 Nak Jadi Heroin Dalam 'FIlem Perang' ??


Si janda Abby Abady cuba menarik perhatian umum dengan mempolitikkan insiden yang belaku di Lahad Datu hari ini... Si janda meletakkan segala kesalahan dibahu kerajaan walhal segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan bertepatan dan bersebab untuk mengelakkan pertumpahan darah...

Malah si janda bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.

Si janda seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.


Seharusnya si janda dan puak-puak pembangkang yang bangsat ini memberi sokongan kepada anggota-anggota yang terlibat dan bersimpati dengan mereka yang terkorban dalam insiden ini bukannya kutuk dan menyalahkan mereka..



Penyebaran berita secara tulus dan tiada rahsia seperti yang didakwa oleh si janda.... kepada si janda... kalau tak tahu apa-apa tolonglah tutup mulut, tak perlulah jadi heroin Lahad Datu... Ini bukan lakonan...

Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi. 

Baca lagi banyak pendedahan di blog KAKI RAYAU KB

#LahadDatu : Jawapan Untuk Persoalan Kenapa Polis Dahulu, Bukan Tentera.


Agaknya ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak terus menggunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi pemberontak di Lahad Datu. Sini ada kupasan oleh SUMBER untuk dikongsikan.


Sila baca dan faham

Persoalan kenapa polis tetapi bukan tentera?
  • 1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
  • 2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
  • 3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:
  • 1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
  • 2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
  • 3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
  • 4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini..

#Pray4VAT69 : FOTO-FOTO MENYAYAT HATI DI SUBANG.


Hati mana yang tak sayu bila mendengar ungkapan anak kecil ini semasa menyambut jenazah ayahnya yang terkorban dalam Tragedi Lahad Datu di TUDM Subang hari ini.Anak kecil yang belum mengerti apa apa tapi meluahkan apa yang dia rasa tentang kehilangan ayah tercinta,



Turut menyambut jenazah di TUDM Subang tadi adalah DYMM Raja Permaisuri Agong,Perdana Menteri dan isteri,TS Khalid Ibrahim MB Selangor,Datuk Shahrizat Jalil.Jenazah Insp.Zulkifli kemudiannya diterbangkan ke Teregganu manakala jenazah Kopral Sabaruddin dibawa ke Sabak Bernam untuk upacara pengkebumian dikampung halaman masing masing.




Hampir 1200 orang hadhir di TUDM Subang menyambut ketibaan kedua jenazah wira negara yang gugur di Lahad Datu dan suasana muram menyelubungi suasana kecuali untuk Abby Abadi dan Tian Chua yang "bergembira" mempolimik tragedi ini sebagai bahan senda gurau mereka (sila lihat tweet Abby diatas).Apa nak jadi"anjing" dua ekur ini aku pun dah tak reti nak kata apa...















credit to APA

MY SLIDESHARE UPLOAD