Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau: TEKAD CALON BN DR AHMAD SOHAIMI & NAIB KETUA PEMUDA UMNO @AzwanBro KPD PENGUNDI #N20SgLimau




YAN, 1 Nov - Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan antara pilihan Pemuda UMNO Jerai dengan pasukan bola sepak Piala Emas Raja-Raja Hijau Kuning.

Perlawanan berkenaan yang berlangsung di padang Sek Keb Sungai Daun berlangsung cukup meriah yang turut disaksikan oleh penduduk tempatan untuk melihat secara dekat pemain pasukan masing-masing.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata program tersebut adalah salah usaha pergerakan itu untuk mendekati orang ramai khususnya dikalangan orang muda.

"Saya gembira melihat ramai penduduk tempatan yang hadir termasuk generasi muda yang datang untuk melihat pemain-pemain kesayangan dan pemain harapan mereka. Program seperti ini kita akan teruskan dalam usaha mendekati orang muda," katanya.



Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sejurus perlawanan berkenaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau menyeru agar generasi muda di Sungai Limau untuk membawa mesej perubahan di Sungai Limau sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Mesej perubahan di Sungai Limau perlu dibawa bersama iaitu kita kena sedar bahawa PRK ini apa jua keputusan samaada BN atau sebaliknya itu tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang mentadbir negeri Kedah hari ini.

"Tetapi yang lebih mustahak mesej-mesej yang perlu disampaikan pengundi muda di kawasan ini, ini adalah peluang dan ruang yang ada bagi kita membawa pembangunan sekiranya calon kita terpilih.

"Sudah tentu beliau boleh jadi jambatan antara kerajaan negeri dengan penduduk tempatan. Saya fikir ini satu kelebihan kepada penduduk tempatan kelak," ujarnya. -MediaUMNO

Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau: THE MALAYSIAN INSIDER 'SERANG' TANDA PUTERA BUKTI PEMBANGKANG DAH MATI HUJAH!! #BeraniHijrah

Tindakan portal pembangkang The Malaysian Insider menyerang secara halus filem Patriotik TANDA PUTERA adalah tidak patut dan tidak relevan sebagai 'bahan kempen' untuk PRK Sungai Limau. 

Ini menunjukkan bahawa pembangkang sudah mati hujah dan tidak matang dalam berpolitik. Saya yakin 110% bahawa artikel sarkastik ini bersangkutan dengan kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau, hari ini. Jelas bahawa pembangkang sudah takut dengan BN, dan TMI harus minta maaf.

Pembaca boleh rujuk artikel dibawah:
TANDA PUTERA DITAYANG PERCUMA DI SUNGAI LIMAU 
Filem kontroversi yang gagal mencapai status pecah panggung, Tanda Putera (gambar) akan ditayangkan secara percuma kepada penduduk Sungai Limau esok dalam usaha Barisan Nasional (BN) merampas kubu kuat PAS itu. 
Filem tersebut dijangka ditayang pada jam 8.45 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, yang jaraknya kira-kira 4.7km dari Sungai Limau. 
Program tersebut adalah sebahagian daripada jadual yang dimasukkan sempena lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan tiga harinya ke Sungai Limau. 
Selain program tayangan filem tersebut, aktiviti lain yang berjalan sepanjang lawatannya adalah melawat penduduk setempat dan menghadiri majlis kenduri bersama penduduk kampung.
Malah, terdapat juga sessi bersama artis veteran seperti Hattan dan Datuk M Daud Kilau. 
Jelajah kempen Ahmad Shabery bersama jentera BN dalam pilihan raya kecil tersebut akan bermula esok dan berakhir pada Ahad. 
Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis kehadiran Ahmad Shabery ke program tersebut bersama orang ramai tidak dapat disahkan lagi. 
SELANJUTNYA

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau: WAJIB BACA!! IKRAR CALON @barisannasional KEPADA PENDUDUK SUNGAI LIMAU!! #BeraniHijrah


Ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengundi di PDM DUN Sungai Limau!!
“Saya minta sekali saja tuan-tuan bagi sokongan kepada saya... selepas tu kalau tak suka, boleh tukaq (tukar) balik.”



Itu kata Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau ketika berucap pada program FELDA Prihatin di Simpang Tiga Sungai Limau, di sini, semalam.

Ungkapan itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin, sekali gus memberi harapan besar kepada BN untuk berdepan PRK berkenaan pada 4 November ini.

“Saya tak minta banyak, cuma bagi saya satu penggal kerana saya yakin mampu lakukan yang terbaik untuk warga Sungai Limau... kalau saya gagal, ubahlah.

“Memang saya akui fizikal saya tidak besar, tetapi cita-cita saya untuk bangunkan Sungai Limau bersama kepemimpinan BN di Kedah dan bahagian Jerai cukup besar. Untuk itu, undi tuan-tuan sangat besar dan bermakna untuk saya,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Sohaimi yang giat berkempen ketika singgah seketika di rumahnya di Kampung Titi Batu, dekat sini, dikejutkan dengan hadiah kek sempena sambutan hari jadi beliau ke-52, yang disediakan rakan baik beliau, Ku Abd Razak Ku Ismail.

Beliau yang tidak menyangka menerima kejutan itu, mengakui terlupa tarikh ulang tahun kelahirannya itu kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab dan komitmen sebagai calon.

Dirai keluarga

“Inilah sambutan hari jadi paling bermakna buat saya kerana bukan saja diraikan oleh keluarga, malah turut disambut masyarakat luar.

“Pada saya sambutan hari jadi ini bukan hanya membabitkan sentuhan kekeluargaan, namun melambangkan semangat ukhuwah kerana berkumpul beramai-ramai di sini,” katanya.

Selain rakan termasuk penduduk kampung dan pihak media, bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu turut dirai isteri, Siti Bunga Ismail dan dua anaknya.

Malam kelmarin pula, Ahmad Sohaimi melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menemui ahli parti pada peringkat akar umbi bagi memberi perangsang kepada mereka dalam usaha merapatkan hubungan berikutan perubahan kepemimpinan UMNO peringkat bahagian dalam pemilihan baru-baru ini.

#PRKSgLimau: APAKAH YANG TERSIRAT DISEBALIK PERKATAAN #BeraniHijrah NI? BACA SINI!! #N20SungaiLimau


Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato’ Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan ‘Berani Hijrah’ dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut. Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan ‘Berani Berubah’ yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.

Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik. Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.

Mungkin ramai yang melihat perkataan ‘ubah’, ‘perubahan’, ‘transformasi’, ‘reformasi’ atau ‘hijrah’ adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain. Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.

Namun, ‘hijrah’ yang dimaksudkan oleh Dato’ Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato’ Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.

Dato’ Mukhriz tidak pernah ‘terlepas laku’ sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan ‘berjuang’.

Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum. Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut. Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.

Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi. Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada. Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.

Dalam masyarakat British, lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati, selalunya berdarah diRaja. Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka.

Mungkin kerana sifat Dato’ Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai golongan bangsawan.
Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan ‘bangsawan’ atau ada juga yang merujuknya sebagai ‘elit’. Ada yang menyangka ia merujuk kepada ‘orang-orang kaya’ tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya. Hakikatnya, seorang bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman. Manakala, seorang kaya tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang bangsawan dan tidak semestinya kaya.

Hari ini, sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan mahupun atasan. Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati. Di kalangan remaja biasa juga, adab sopan sudah semakin terhakis terus. Malah, pemandu teksi di Malaysia telah ‘dinobatkan’ oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia!

Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang ‘taiko’ dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi. Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja. Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi ‘kasta’ antara bangsawan dengan tidak.

Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya. Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan. Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.

Maka inilah ‘Hijrah’ yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna ‘berebut’ perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah. Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis?

Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato’ Mukhriz. Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun. Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.

Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato’ Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato’ Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan. Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.

Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.

InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab. Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

Sumber: UMNO ONLINE

Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau: CALON PAS #N20SungaiLimau 'CILOK' IMEJ ARWAH USTAZ AZIZAN UNTUK RAIH UNDI?

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan ‘anak didik politik’ kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya menegaskan bahawa beliau mengamalkan politik mengikut ajaran Islam.

“Saya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama diajar oleh agama untuk berpolitik secara damai.

“Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa, tapi diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menggunakan ‘faktor Azizan’ sebagai modal meraih sokongan pengundi dalam usaha mengekalkan kemenangan Azizan sejak lima penggal lalu di DUN Sungai Limau.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azam bagaimanapun berkata, beliau berjanji akan meneruskan amalan politik secara sihat yang dipraktikkan Azizan sejak memenangi kerusi DUN Sungai Limau sejak 1995.

“Sebenarnya legasi berpolitik secara damai telah lama diamalkan PAS, kita tak pernah amalkan cara politik yang melampau.

“Buktinya rakyat mahu memberi peluang untuk PAS mentadbir menggunakan kaedah politik yang bukan sahaja dimulakan oleh Azizan, malah ia diambil oleh seluruh kepimpinan terdahulu,” katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi - AIDC

MY SLIDESHARE UPLOAD