Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau: TEKAD CALON BN DR AHMAD SOHAIMI & NAIB KETUA PEMUDA UMNO @AzwanBro KPD PENGUNDI #N20SgLimau




YAN, 1 Nov - Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan antara pilihan Pemuda UMNO Jerai dengan pasukan bola sepak Piala Emas Raja-Raja Hijau Kuning.

Perlawanan berkenaan yang berlangsung di padang Sek Keb Sungai Daun berlangsung cukup meriah yang turut disaksikan oleh penduduk tempatan untuk melihat secara dekat pemain pasukan masing-masing.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata program tersebut adalah salah usaha pergerakan itu untuk mendekati orang ramai khususnya dikalangan orang muda.

"Saya gembira melihat ramai penduduk tempatan yang hadir termasuk generasi muda yang datang untuk melihat pemain-pemain kesayangan dan pemain harapan mereka. Program seperti ini kita akan teruskan dalam usaha mendekati orang muda," katanya.



Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sejurus perlawanan berkenaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau menyeru agar generasi muda di Sungai Limau untuk membawa mesej perubahan di Sungai Limau sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Mesej perubahan di Sungai Limau perlu dibawa bersama iaitu kita kena sedar bahawa PRK ini apa jua keputusan samaada BN atau sebaliknya itu tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang mentadbir negeri Kedah hari ini.

"Tetapi yang lebih mustahak mesej-mesej yang perlu disampaikan pengundi muda di kawasan ini, ini adalah peluang dan ruang yang ada bagi kita membawa pembangunan sekiranya calon kita terpilih.

"Sudah tentu beliau boleh jadi jambatan antara kerajaan negeri dengan penduduk tempatan. Saya fikir ini satu kelebihan kepada penduduk tempatan kelak," ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive