Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau: WAJIB BACA!! IKRAR CALON @barisannasional KEPADA PENDUDUK SUNGAI LIMAU!! #BeraniHijrah


Ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengundi di PDM DUN Sungai Limau!!
“Saya minta sekali saja tuan-tuan bagi sokongan kepada saya... selepas tu kalau tak suka, boleh tukaq (tukar) balik.”



Itu kata Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau ketika berucap pada program FELDA Prihatin di Simpang Tiga Sungai Limau, di sini, semalam.

Ungkapan itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin, sekali gus memberi harapan besar kepada BN untuk berdepan PRK berkenaan pada 4 November ini.

“Saya tak minta banyak, cuma bagi saya satu penggal kerana saya yakin mampu lakukan yang terbaik untuk warga Sungai Limau... kalau saya gagal, ubahlah.

“Memang saya akui fizikal saya tidak besar, tetapi cita-cita saya untuk bangunkan Sungai Limau bersama kepemimpinan BN di Kedah dan bahagian Jerai cukup besar. Untuk itu, undi tuan-tuan sangat besar dan bermakna untuk saya,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Sohaimi yang giat berkempen ketika singgah seketika di rumahnya di Kampung Titi Batu, dekat sini, dikejutkan dengan hadiah kek sempena sambutan hari jadi beliau ke-52, yang disediakan rakan baik beliau, Ku Abd Razak Ku Ismail.

Beliau yang tidak menyangka menerima kejutan itu, mengakui terlupa tarikh ulang tahun kelahirannya itu kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab dan komitmen sebagai calon.

Dirai keluarga

“Inilah sambutan hari jadi paling bermakna buat saya kerana bukan saja diraikan oleh keluarga, malah turut disambut masyarakat luar.

“Pada saya sambutan hari jadi ini bukan hanya membabitkan sentuhan kekeluargaan, namun melambangkan semangat ukhuwah kerana berkumpul beramai-ramai di sini,” katanya.

Selain rakan termasuk penduduk kampung dan pihak media, bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu turut dirai isteri, Siti Bunga Ismail dan dua anaknya.

Malam kelmarin pula, Ahmad Sohaimi melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menemui ahli parti pada peringkat akar umbi bagi memberi perangsang kepada mereka dalam usaha merapatkan hubungan berikutan perubahan kepemimpinan UMNO peringkat bahagian dalam pemilihan baru-baru ini.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive