Showing posts with label Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP). Show all posts
Showing posts with label Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP). Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

TAK PAYAH MANSUH AKTA HASUTAN, SURUH PEGUAM DAP 'MANSUH' BELA PENJENAYAH DULU! @PDRMsia @KBAB51 @RameshRaoAKS

Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao mendakwa kadar jenayah mampu dikurangkan sehingga 50% sekiranya peguam-peguam pro-DAP berhenti membela penjenayah.


Dakwaan itu dikhabarkan menerusi akaun Twitternya, @RameshRaoAKS.

Jika difikirkan semula, ada benar juga dakwaan yang dikatakannya, kerana kebanyakan kelakuan jenayah yang berlaku tidak mendapat balasan yang sepatutnya.

Pembelaan terpilih seperti ini membuatkan penjenayah semakin berani untuk melakukan apa sahaja. 

Kenapa? Buat apa nak takut kalau ada 'payung besar' yang jaga. Kalau pihak berkuasa 'jentik', PKR dan 'mahasewel' kan ada untuk berdemo nyatakan soladiriti mereka. 

Tuntut keadilan lah kononnya.

Pelajar, pensyarah UM berarak bantah Akta Hasutan

Contoh terbaru adalah berkaitan Akta Hasutan 1948

Tadi mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya baru saja selesai berarak nyatakan soladiriti mereka kepada 'penjenayah' yang baru didakwa dibawah akta ini - Prof Dr. Azmi Sharom (SINI)

Kononnya nak 'bersoladiriti', rupanya ada udang disebalik batu, pemimpin PKR boleh pula hadir 'berpolitik' dalam kampus dan sama-sama dengan mahasiswa mendesak PM Najib Razak mansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.

Bayangkan kalau akta ini dimansuh... Huru-hara tak negara kita? Ada cadangan lain? (SINI)

Konklusinya mudah jer, Akta Hasutan 1948 wajar diteruskan.

Selain itu, contoh lain adalah berkait dengan pertubuhan haram, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.


Sudah terang-terang PPS ini beroperasi secara haram kerana tidak mendaftar dengan ROS, kenapa masih mahu melawan undang-undang? Sampaikan Lim Guan Eng berani mencabar Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar walaupun dia sedar dia sedang 'menegakkan benang yang basah'.

Apa yang membuatkan Lim Guan Eng berani sebegitu ya?

Ini sebabnya...


Sebabnya adalah seorang peguam DAP 'CELAKA' ini akan membela penjenayah-penjenayah..

Patutlah tergedik-gedik nak hapuskan Akta Hasutan.. 

P/S: Apa-apa pun... kena tukar AG dulu....


Saturday, May 31, 2014

#PRKTelukIntan: "@limkitsiang, YOUR GAME IS OVER DUDE!! TAHNIAH BN! TAHNIAH DATUK MAH SIEW KEONG!!"


Saya percaya, DAP pasti sudah jangka akan keputusan PRK Teluk Intan hari ini, dimana kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti 238. Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Mah Siew Keong diatas kemenangan ini.


Pengerusi DAP, Lim Kit Siang (LKS) sebenarnya sudah tahu akan perkara ini kerana menyedari bahawa permainannya untuk menguasai Parlimen P.76 Teluk Intan dengan meletakkan calon boneka Dyana Sofya KANTOI!! Jika anda semua perasan, sejak semalam lagi dia sudah mula berhenti berkempen untuk Dyana.


Jika dilihat dimedia sosial, LKS bertalu-talu dihentam dan dikritik. Amaran awal juga sudah diberikan kepadanya. Antara yang menarik ialah tweet dari akaun Twitter Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu:

"LIM KIT SIANG, YOUR GAME IS OVER DUDE!!"



Ternyata penduduk Teluk Intan tidak bodoh dan sudah serik diperbodohkan dibawah pemerintahan DAP!!

Tuesday, May 6, 2014

#PRKBukitGelugor & #PRKTelukIntan: PAS 'WAJIB' BERTANDING DEMI #Hudud!!!!


PAS HARUS GUNAKAN PELUANG INI SEBAIK MUNGKIN, BUKTIKAN KETELUSAN ANDA!!

Berdasarkan SUMBER:

PAS digesa bertanding di Bukit Gelugor dan Teluk Intan bagi menjelaskan kepada kaum Cina mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud sekaligus membuktikan PKR, DAP dan PAS sepakat di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat (PR).


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, PAS perlu menggunakan peluang ini untuk melaksanakan agenda utama mereka dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

"Jadi saya minta Timbalan PAS Mohamad Sabu ambil peluang ini untuk bertanding di Bukit Gelugor dan jelaskankan kepada kaum Cina apa itu hudud.

"Ini adalah landasan terbaik untuk PAS membuktikan hudud boleh diterima oleh kaum Cina." katanya kepada pemberita di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), hari ini.

Ramesh turut menggesa ahli ulama PAS perlu mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjelaskan hudud kepada rakyat dan ini adalah landasan terbaik kepada PAS membuktikannya.

Ramesh hadir ke ROS bagi menghantar surat meminta penjelasan mengenai status terkini parti DAP yang didakwanya masih belum diiktiraf ekoran kontroversi pada pemilihan Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.

Beliau kemudiannya mendesak agar ROS membuat kenyataan dan penjelasan terbuka terhadap status parti DAP sebelum penamaan calon Bukit Gelugor dan Teluk Intan bermula.

"Bolehkah mereka (DAP) bertanding di Bukit Gelugur dan Teluk Intan sebab surat (dari ROS) pada Disember tahun lalu jelas memberitahu DAP tidak boleh membuat sebarang keputusan atau menandatangani apa jua surat kerana Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.

"Kita mahu pertandingan di Bukit Gelugur dan Teluk Intan secara sihat serta bersih dan ROS mesti jawab secara terbuka kepada rakyat," ujarnya.

Friday, April 18, 2014

#MH370: SAYA CABAR @anwaribrahim SELESAIKAN #IsuAirSelangor DALAM 1 SAAT!!! JANGAN CAKAP JE LEBIH!!


Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.

Baca dibawah:

PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagai PENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.  


HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU? 


Berdasarkan laporan dari Rakyat News:

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor. 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi. 
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air. 
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini. 
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat. 
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat. 
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.

ULASAN PENULIS: 

SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!!

INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'.

KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN? 

SAYA CABAR ANWAR SAHUT CABARAN RAMESH!! 

MY SLIDESHARE UPLOAD