Berdasarkan SUMBER:
"Jadi saya minta Timbalan PAS Mohamad Sabu ambil peluang ini untuk bertanding di Bukit Gelugor dan jelaskankan kepada kaum Cina apa itu hudud.
"Ini adalah landasan terbaik untuk PAS membuktikan hudud boleh diterima oleh kaum Cina." katanya kepada pemberita di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), hari ini.
Ramesh turut menggesa ahli ulama PAS perlu mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjelaskan hudud kepada rakyat dan ini adalah landasan terbaik kepada PAS membuktikannya.
Ramesh hadir ke ROS bagi menghantar surat meminta penjelasan mengenai status terkini parti DAP yang didakwanya masih belum diiktiraf ekoran kontroversi pada pemilihan Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.
Beliau kemudiannya mendesak agar ROS membuat kenyataan dan penjelasan terbuka terhadap status parti DAP sebelum penamaan calon Bukit Gelugor dan Teluk Intan bermula.
"Bolehkah mereka (DAP) bertanding di Bukit Gelugur dan Teluk Intan sebab surat (dari ROS) pada Disember tahun lalu jelas memberitahu DAP tidak boleh membuat sebarang keputusan atau menandatangani apa jua surat kerana Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.
"Kita mahu pertandingan di Bukit Gelugur dan Teluk Intan secara sihat serta bersih dan ROS mesti jawab secara terbuka kepada rakyat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment