Showing posts with label hIMPUNAN ANAK KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label hIMPUNAN ANAK KELANTAN. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

[VIDEO] : EKSLUSIF!! LAGI PORT DANGDUT SEKSI DIDEDAHKAN DI KELANTAN!! #TukarKelantan

JENG JENG JENG...


Semalam baru sahaja blog TUKAR KELATE dedahkan port dangdut seksi yang didatangi oleh golongan remaja untuk 'geli-geli' disana [KLIK]. Tetapi dalam pendedahan kedua ini agak berbeza sedikit kerana kali ini adalah pendedahan tentang satu port dangdut seksi untuk golongan vateran 'geli-geli' pula dan yang peliknya perbezaan jarak antara kedua-dua port ini tidak jauh, cuma 2KM sahaja. Agak hairan dan pelik, apa yang dibuat oleh MPKB? Apa yang Nik Aziz buat? MB apa macam ni? 'Premis panas' berdekatan dengan rumahnya sendiri pun tak boleh nak handle? Macam mana nak tadbir negeri? Ini baru di Kota Bharu, di daerah lain kita tak tahu lagi.... Nantikan episod seterusnya.....

TUKAR KELATE :
Rakaman 'Goyang Kucing Garong' semalam yang terletak di Jalan Long Sulaiman iaitu hanya 600 meter dari rumah Nik Aziz adalah sebahagian daripada kemaksiatan yang berlaku di negeri Kelantan.
Sebagaimana kami nyatakan semalam bahawa terdapat 17 karaoke ala disko secara terbuka ini adalah lokasi kedua yang terletak di Panji, Kota Bharu.


 

Lokasi yang dipaparkan di dalam video di atas pernah didedahkan oleh blogger 'kickdefella' sebelum ini, namun hasil tinjauan kami mendapati, ia masih beroperasi sehingga kini dan seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan. 

Lebih memalukan di sebalik tuduhan kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh BN membenarkan maksiat berleluasa ekoran terdapat pusat-pusat hiburan. Kelantan nampaknya lebih advance berbanding negeri yang ditadbir oleh BN ini kerana pusat hiburan karaoke haram ini mampu beroperasi sehingga 4.00 pagi malah ada juga yang beroperasi 24 jam. 
Seterusnya ...

P/S : Agaknya lepas ni kat mana pulak ye? Tunggguuuu.........

Wednesday, February 27, 2013

Kenapa Kita Tak Perlu Kekalkan PAS Di Kelantan? Ini Jawapannya!! #TukarKelantan


Selepas sticker T (TUKAR) secara bertalu-talu diedarkan di Kelantan. Disebabkan rasa tercabar, sekarang ni sticker K (KEKAL) pula diedarkan. Takut atau mahu sabotaj?


Tapi kita tak perlu risau kerana ada kita 12 sebab teras kenapa kita tak perlu KEKAL PAS di Kelantan :
  • 1. Kenapa perlu KEKAL jika tadbir urus negeri tak mampu jana pendapatan?
  • 2. Kenapa perlu KEKAL jika kerajaan negeri bg 4 ribu hektar tanah ke DAP?
  • 3. Kenapa perlu KEKAL jika janji nak buat stadium tak mampu laksanakan?
  • 4. Kenapa perlu KEKAL jika lebuhraya Rakyat hanya tinggal batu asas?
  • 5. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar Perikanan di Tok Bali tidak dpt dilaksanakan?
  • 6. Kenapa perlu KEKAL jika Projek Agro Tourism Pergau tinggal janji?
  • 7. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar baru pengkalan kubur tinggal Janji?
  • 8. Kenapa perlu KEKAL jika projek Industri Petrokimia di Pantai Senok hanya kertas kerja?
  • 9. Kenapa perlu KEKAL jika air di Kelantan tidak bersih untuk rakyat?
  • 10. Kenapa perlu KEKAL jika peluang pekerjaan untuk orang muda tidak ada?
  • 11. Kenapa perlu KEKAL jika ramai orang miskin di kelantan kerajaan negeri tidak mampu nak bantu?
  • 12. Kenapa perlu KEKAL jika ramai Mahasiswa Kelantan bekerja di luar?
banyak lagi la nak senarai, jika ini hanya tinggal janji, Rakyat Kelantan tidak Perlu KEKAL kan pentadbiran negeri Kelantan sekarang. Rakyat perlukan perubahan bukan perlukan janji kosong. Rakyat Kelantan perlukan Pentadbiran yang hendak buat kerja bukan yang tahu kutuk pemimpin lain. Diharapkan rakyat Kelantan memilih pemimpin yang mampu bantu dan khidmat untuk rakyat bukan yang tahu mendoakan keburukan kepada orang lain.

Thursday, February 21, 2013

[VIDEO] : SKUAD KEMBARA TUKAR! #SKT2013 YANG BOLEH BUATKAN NIK AZIZ HEART ATTACK! #TukarKelantan


Sebelum ini saya telah terangkan tentang SKUAD KEMBARA TUKAR #SKT2013 [SINI] [SINI] ... Tapi mungkin itu tidak cukup untuk mendemamkan Nik Aziz dengan serangan bertalu-talu oleh Gerakan TUKAR ini. Aku rasa dengan video ni mungkin boleh buatkan puak-puak pembangkang terkencing :

Jangan lupa LIKE Page TUKAR KELANTAN Untuk mengikuti update terkini :


Selamat berjelajah saing2 kawe... 

Monday, February 18, 2013

PM @NajibRazak Janji Akan Senangkan Rakyat Kelate, Tapi Nik Aziz??? #TukarKelantan !!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji setiap inci tanah di Kelantan akan dikembalikan kepada rakyatnya sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pas Kelantan telah melakukan kesalahan kepada rakyat apabila menyerahkan tanah seluas 4,259.9 hektar di negeri tersebut kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.

"Kerajaan Pas sudah buat banyak angkara dan dosa kepada rakyat Kelantan, sebab itu kita kata kepada mereka 'bo la wei' (sudah-sudahlah tu) dan tukar!

"Kita akan perbetulkan semua ini dan di bawah BN kita akan pastikan setiap inci tanah di Kelantan hak orang Kelantan," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Perhimpunan itu dihadiri hampir 20,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan dan Melaka.

Najib turut mempersoalkan kegagalan Pas bersikap tegas dalam isu kalimah Allah apabila berhadapan dengan DAP yang juga sekutu parti itu dalam pakatan pembangkang.

''Janji bulan, janji bintang, janji syurga. Bila kalimah Allah dipersoalkan di mana maruah mereka? Bila akidah Islam dicabar di mana pendirian Pas?" soalnya.

Tambah beliau, BN berhasrat ingin menampilkan imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan dalam usaha membawa perubahan besar di Kelantan.

Menurutnya, BN akan memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah.

''Inilah kewajipan kita, sebab kita akan berdiri di atas dua prinsip penting. Yang pertama Islam dan kedua, kita hendak kejayaan," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi BN mengakui kecekapan ramai tokoh kelahiran Kelantan yang telah menempa kejayaan dalam bidang yang diceburi seperti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

''Mereka inilah tokoh-tokoh yang saya percaya boleh membantu BN membangunkan Kelantan dan membawa perubahan besar di negeri itu sekiranya mendapat mandat rakyat," katanya.

Najib turut memberikan jaminan tujuh perkara yang diumumkan beliau pada Program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan bulan lalu akan dimasukkan ke dalam manifesto BN, malah ada di antara janji-janji itu akan dilaksanakan lebih awal.

Tujuh janji yang diumumkan beliau itu ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menyelesaikan masalah air. - UTUSAN

Sunday, February 17, 2013

#HimpunanAnakKelantan : PERHATIAN!! JOM SAMA-SAMA MERAHKAN #GelombangMerah DI BUKIT JALIL!!

MOHON SEBARKAN!!


Kepada semua anak-anak Kelantan yang tinggal di perantauan dijemput hadir ke 'Himpunan Perdana Anok-Anok Kelantan Diperantauan 2013' yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Dianggarkan seramai 16,000 orang akan datang. Jom penuhkan setiap ruang yang ada disana! Semoga himpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada unsur-unsur provokasi yang tidak sepatutnya. PM Datuk Seri Najib Razak juga akan hadir untuk menyampaikan amanat penting. Jangan lepaskan! Pasti ada berita baik tu!! Antara info-info ringkas program adalah seperti dibawah:

HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DIPERANTAUAN 2013

  • TARIKH: Hari ini
  • TEMPAT: Stadium Nasional Bukit Jalil
  • MASA: 12.00 Tgh-6.30 Ptg
  • MOTIF: Supaya dapat merapatkan ukhwah sesama rakyat Kelantan yang tinggal diperantauan terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.
  • AKTIVITI MENARIK: Pertandingan paintball, street soccer, dikir barat, pameran dan sebagainya. Rakyat Kelantan yang hadir juga berpeluang bertemu pemain-pemain The Red Warriors.
  • ARTIS JEMPUTAN: Black Mentor, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.

JOM SAMA-SAMA KITA MERAHKAN LAGI SUASANA  DISANA! 

MY SLIDESHARE UPLOAD