Showing posts with label manifesto bukan janji. Show all posts
Showing posts with label manifesto bukan janji. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

#ManifestoBukanJanji: ISU TIRU MANIFESTO BN, RAFIZI MENGAKU DIA BODOH?


1. Rafizi sekali lagi dengan rasa tidak malu telah menuduh DS Najib meniru idea Pakatan Pembangkang.

2. Namun begitu, Rafizi sebagai salah seorang daripada 13 orang yang bertanggung jawab merekabentuk Manifesto Pakatan yang boleh dikategorikan sebagai fiksyen itu tidak sedar bahawa 12 Janji Manifesto tersebut telahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

3. Rafizi lagi tidak tahu malu menjanjikan perkara yang sudahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

4. Muslihat Rafizi adalah untuk mendapatkan kredit percuma seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang apabila lebuhraya yang dibina Barisan Nasional didakwa hasil usaha DAP!

5. Berikut adalah 12 Janji Manifesto Rakyat yang telah menciplak usaha Barisan Nasional!

6. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Wednesday, February 27, 2013

#TukarKelantan : PAS Hanya Pandai Berjanji, Tapi BN Tunaikan. Tapi BN dikatakan Kejam Kenapa?


Sudah menjadi tradisi Pakatan Rakyat iaitu hanya pandai berjanji, tapi tak tunaikan. Dalam masa yang terdesak, mereka akan cuba cipta isu baru untuk bina jalan singkat untuk BN tunaikan. 

Meh baca bawah ni : 

Dari blog TUKAR KELATE 

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.





Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh. 


Harapan Puak Ngok 'R' Punah Disebabkan Manifesto #ManifestoBukanJanji


Kesian puak-puak Ngok 'R' kerana tidak diiktiraf dalam manifesto terbaru Pakatan Rakyat y7ang baru dilancarkan kelmarin. Yang cuma ada hanyalah Sabah dan Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa mereka dah kalah dalam isu tuntutan royalti ini. Habislah puak-puak ni lepas ni, mesti malu punya nak buat koya kat kelate dah. Apa lagi, jom la kita sama-sama bergabung untuk TUKAR!

Dari blog TUN FAISAL :

Yang dalam manifesto pun, PR cilok tak tunaikan, inikan pulak yang tak tulis dalam manifesto macam Royalti Minyak Kelantan. Sesungguhnya PR memang tak mau tunai janji dan tak iktiraf puak-puak gerakan Royalti yang tergolek dog beriya-iya naik basikal.. heh, heh, heh.. bo la weiiii!



BO LA WEII NGOK 'R' TUNTUT ROYALTI!!!!!!!

Tuesday, February 26, 2013

SAH! MANIFESTO #PR ADALAH PEMBAWA BENCANA KEPADA MALAYSIA! #ManifestoBukanJanji


Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Isnin bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi, kata beberapa tokoh pemikir.

Mereka berkata pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri.

Malah mereka turut menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.

Bagi Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali manifesto PR tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN itu berkata manifesto itu harus dilihat secara keseluruhan, serta mengambil kira konteks perekonomian untuk memajukan sebuah negara, dan bukan hanya kepentingan seorang individu.

"Memang menjadi matlamat mana-mana kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bagi saya, manifesto ini tidak ada apa-apa yang menarik dan tiada sebarang kejutan. Ini kerana apa yang diutarakan sebagai teras, sudahpun menjadi agenda utama dalam membantu kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kerajaan BN," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin.

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Dr Noor Azlan berkata manifesto seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

"Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu," katanya.

Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata manifesto PR itu jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

"Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.

Beliau berkata isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.

Sementara itu, pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai menyifatkan cadangan pembangkang menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing akan memberi kesan kepada pengeluaran kereta nasional.

Barjoyai, yang juga Pengarah Bersekutu Akademik dan Program Global Pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata tindakan itu juga akan menyebabkan industri automotif negara menjadi kurang berdaya saing.

"Bila tak berdaya maju ia akan libatkan banyak kesan rantaian ke bawah termasuk mungkin menjejaskan lebih sejuta pekerja dalam sektor ini," katanya.

Pendapat Dr Barjoyai itu turut disokong Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad yang mempersoalkan kemampuan kerajaan PR untuk menjana hasil untuk mentadbir negara jika cukai eksais dihapuskan.

Aishah berkata pembangkang seharusnya memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu cadangan sebelum melaksanakannya kerana jika tersilap akan menjejaskan sumber kewangan dan seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Mengenai janji mewujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen kepada semua penjawat awam, Omar berkata ini satu lagi janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM) Mohd Rafiq Naizamohideen berkata jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.

Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.

"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?" - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD