Showing posts with label tragedy. Show all posts
Showing posts with label tragedy. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

#PrayForMH370: #MH370 MISTERI LAGU YANG BELUM TERUNGKAP DAN TEKNOLOGI KURUN KE-19 INMARSAT #RememberingMH370


"GET IT STARTED" - PITBULL & SHAKIRA
"but for now it's off to Malaysia,Two passports, three cities, two countries, one day,Now that's worldwide"
IS IT STARTED ALREADY??

REMEMBERING TRAGEDY OF MH370 FLIGHT
MYSTERY OF 239 PERSONS INSIDE FLIGHT..

KOMPILASI TEORI - (SINI)

SETELAH BERATUS TEORI, AKHIRNYA - PESAWAT TERHEMPAS DILAUTAN HINDI? 
** IAITU KAWASAN PERAIRAN DI KAWASAN TERPENCIL YANG MEMPUNYAI KEDALAMAN BERPULUH RIBU KAKI DAN PUKULAN OMBAKNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI YANG TERGANAS DIDUNIA. 


SEJURUS SELEPAS PM NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN BERITA SEDIH INI (SINI), MEDIA ASING MULA MENYALAHKAN KERAJAAN MALAYSIA DAN MENUDUH BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH 'PEMBUNUH' MANGSA TRAGEDI PESAWAT MH370? WHY? APA MOTIF? 


PERSOALANNYA DISINI, KENAPA TAK SALAHKAN PERAMPAS? KENAPA TAK SALAHKAN PILOT YANG DISYAKI MENUTUP TRANSPONDER TERSEBUT? KENAPA KERAJAAN MALAYSIA DISERANG DAN DIPROVOK SAMPAI SEBEGITU SEKALI?
MEMETIK SEMULA PETIKAN DARI ARTIKEL SAYA SEBELUM INI (KLIK TAJUK UNTUK BACA):


PETIKAN: 
14 Mac: Sebuah Sumber Dari Amerika Syarikat Melaporkan Pesawat MH370 Mungkin Berada Di Lautan Hindi. 
 

  • Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi. - SELANJUTNYA
Bagaimana tiba-tiba sahaja satelit Inmarsat boleh menemui pesawat MH370 selepas 17 hari?


Selepas 17 Hari Operasi Pencarian MH370, Inmarsat Melaporkan Telah Mengesan Isyarat Terakhir Kapal Terbang Tersebut?

  • Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.utusan.com.my
Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom Mengesahkan Kedudukan Terakhir Pesawat Itu Adalah Di Tengah-Tengah Lautan Hindi

  • Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth. - utusan.com.my

AAIB Menggunakan 'Teknik Fenomena Gelombang' Yang Ditemui Pada Kurun Ke-19

  • Satelit Britain, Inmarsat menggunakan teknik fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya. -  sinarharian.com.my
Teknik Fenomena Gelombang Kurun Ke-19 Ini Tidak Pernah Digunakan Dalam Mana-Mana Siasatan Kehilangan Pesawat Sebelum MH370.

  • Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi. - utusan.com.my
Menurut Laporan, Pesawat MH370 Menghantar Isyarat 'Ping' Kepada Satelit Secara Berterusan Setiap Jam?


  • Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan. - mynewshub.my
Kajian Daripada 'Ping' Tersebut Mendapati Bahawa Pesawat MH370 Pada Mulanya Berkemungkinan Telah Mengambil Dua Laluan

  • Satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi. - utusan.com.my

  • Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat, Chris McLaughlin berkata “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan.” - siakapkeli.com
Lokasi Pencarian Pesawat MH370 Kemudian Diperkecilkan Melalui Bacaan Rapi Terhadap 'Ping' Dari Kapal Terbang Berkenaan
  • Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan. - siakapkeli.com


  • Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain. -  mynewshub.my

  • Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu. - siakapkeli.com
Walau Bagaimanapun, Analisis Mengenai Kelajuan, Paras Bahan Bakar Dan Bagaimana Pesawat Itu Jatuh Ke Lautan Hindi Tetap Tidak Diketahui


  • “Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ automatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak. Kami andaikan ia 450 knots.” - siakapkeli.com 
  • “Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap,” kata Chris McLaughlin. -  mynewshub.my
Pengumuman Perdana Menteri Terhadap Pengakhiran Pesawat MH370 Ternyata Memberi Impak Hebat Kepada Rakyat Malaysia
  • "MH370 Ended In The Southern Indian Ocean" And Other Latest Developments - SOURCE
  • Boleh baca juga di entri sebelum ini - SINI
NOTA: Segala Maklumat Terperinci Mengenai Kehilangan Pesawat MH370 (rujuk SINI)


Sebelum ini, Pakar Penerbangan juga yang mengesahkan bahawa selagi pesawat MH370 tidak menemui bangkai atau serpihannya, kita tidak boleh mengesahkannya terhempas. 

Apa yang pelik berlaku pada hari ke-17 kehilangan MH370, pesawat telah disahkan terhempas? MANA SERPIHAN? MANA BANGKAI PESAWAT? 

Walaupun kedalaman lautan hindi itu melebihi ketinggian Eiffel Tower, etc dan dikatakan mangsa dan pesawat memang tidak akan dijumpai atas kerana kemungkinan besar tenggelam kedasar... 

Eviden WAJIB diperolehi sebelum mengesahkan pesawat terhempas! Allah Maha Adil, InsyaAllah persoalan akan terjawab.



INDIAN OCEAN

Tuesday, March 25, 2014

"Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi." - Otai Juruterbang Antarabangsa


Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..???

**Copy & Paste

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata:
"Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone






















MY SLIDESHARE UPLOAD