Friday, August 16, 2013

#SaveEgypt: RAKYAT MALAYSIA DALAM PROSES PEMINDAHAN - @HishammuddinH2O#PrayForMesir


Malaysia akan melaksanakan proses pemindahan 3,300 rakyatnya dalam tempoh tiga hari dari Mesir jika keadaan di negara itu bertukar menjadi kritikal.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat hari ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airline System (MAS) dan AirAsia.

"Sehingga kini 3,300 rakyat Malaysia di Mesir adalah selamat. Kita akan lakukan apa saja untuk pindahkan mereka jika keadaan semakin panas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Krisis di Mesir semakin memuncak apabila 464 orang terbunuh sehingga sekarang selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda semalam.

Hishammuddin berkata jika lapangan terbang di Mesir boleh digunakan, pesawat MAS dan AirAsia akan digunakan untuk membawa rakyat Malaysia pulang secara penerbangan terus ke Kuala Lumpur.

"Jika lapangan terbang di sana ditutup, maka logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan untuk membawa mereka pulang melalui laluan perjalanan penerbangan yang telah dirancang," katanya.

Hishammuddin berkata pihaknya telah memantau keadaan di Mesir sebelum Ramadan iaitu sejak Julai lalu dan telah menempatkan beberapa pegawai MKN, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar untuk menilai situasi di sana.

"Mereka juga akan memutuskan bila kita akan laksanakan proses pemindahan itu jika beberapa kawasan selamat bertukar menjadi panas," katanya sambil menegaskan prosedur pemindahan akan dilaksanakan berdasarkan operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu, yang dilanda demonstrasi jalanan rakyat bagi menjatuhkan presiden Hosni Mubarak, dalam Ops Piramid pada 2011.

Beliau juga kesal dengan beberapa pihak penganjur swasta yang berdegil dan menghantar 200 daripada 2,346 pelajar Malaysia, yang ditawarkan untuk belajar di universiti-universiti di Mesir pada tahun ini, ke negara itu.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak universiti di Mesir agar menangguhkan peperiksaan ulangan dan pengambilan pelajar baharu dari Malaysia, terutama bidang perubatan, sehingga keadaan di negara itu reda.

Pemangku Duta Malaysia di Mesir Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata sehingga kini tiada sebarang laporan melibatkan rakyat Malaysia dalam insiden semalam.

"Bilik gerakan aduan Kedutaan Malaysia di Mesir telah dibuka berikutan insiden itu.

"Kami bersedia untuk proses menghantar rakyat kita pulang jika arahan dikeluarkan dari Wisma Putra pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata Wisma Putra juga menempatkan pegawai di beberapa lapangan terbang di Mesir untuk membantu pelajar Malaysia yang baru tiba di negara itu. - AWANI

Thursday, August 15, 2013

UPDATE!! KEADAAN TERKINI DI MESIR!! #PrayForMesir

Ratusan rakyat Mesir pro-Morsi/Ikhwanul Muslimin yang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis Mesir






Pasukan keselamatan Mesir yang sepatutnya menjaga rakyat negara tersebut kini menjadi penembak curi di atas bangunan-bangunan




Masjid-masjid dipenuhi jenazah untuk diuruskan


Pasukan keselamatan Mesir yang bergambar bangga kerana dapat menawan khemah para peserta demonstrasi

Bantahan diteruskan di seluruh negara sebagai tanda solidariti


Mangsa penembak curi pasukan Keselamatan Mesir yang ditembak di kepala. Perhatikan sebahagian otak yang dipegang oleh pembonceng


Hospital dan masjid di bakar bagi mengelakkan peserta demonstrasi bersembunyi menyelamatkan diri

Pasukan Keselamatan Mesir yang melaksanakan tugas sebagai penembak curi untuk membunuh rakyat sendiri

Gas pemedih mata dilepaskan tanpa mengira anak-anak kecil dan orang tua.

Kanister gas pemedih mata yang dibekalkan oleh Israel




Kredit gambar kepada Laman FB Mesir Kini.


Apa yang berlaku di Mesir kini sangat menyedihkan. Dikhabarkan ribuan rakyat Mesir yang menyertai perhimpunan pro Morsi telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan Keselamatan mereka sendiri. Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda akan berlaku kebangkitan bersenjata di kalangan rakyat Mesir sendiri seperti di Syria dan Libya.


Ini adalah kerana, pertelagahan melibatkan dua kumpulan sunnah yang semazhab, walaupun pihak tentera jelas mendukung fahaman sekular. Bantuan daripada US untuk pendukung pro Ikhwanul Muslimin juga boleh dikatakan mustahil kerana jelas tindakan luar batas kemanusiaan oleh tentera Mesir bermula semalam adalah bagi memenuhi ultimatum US sendiri untuk menamatkan revolusi dan bantahan rakyat secepat mungkin bagi:


1) Mengekalkan kestabilan semenanjung Sinai (Israel) dan Suez 


2) Dan untuk mengelakkan bantuan ketenteraan yang bernilai billion USD kepada tentera Mesir dihentikan. 


Malah, Arab Saudi/Qatar/UAE juga tidak dapat berbuat apa-apa bagi mewujudkan keseimbangan kuasa kerana masalah fahaman/mazhab selain tekanan daripada sekutu US sendiri.


Hanya doa yang dapat kita panjatkan kepada rakyat Mesir agar Allah SWT memberikan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kepada rakyat dan para pelajar Malaysia di sana, tolong jauhkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam perhimpunan anti Kerajaan ini. Keselamatan dan masa depan anda semua adalah lebih penting walau anda semua merasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku di sekeliling anda. Insya Allah, pihak Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa dan merancang langkah membawa pulang yang sebaiknya dalam tempoh terdekat. 

Ingatlah, segala apa yang terjadi ini adalah petunjuk daripada Allah SWT dan ada pengajaran di sebaliknya. Hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini. 




Kenyataan terkini YAB PM DS Najib Razak berhubung konflik di Mesir:

"Kami dikejutkan dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk membataskan tindakan.

Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Kami menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman."

- Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia

SUMBER: MY MASSA

#PemilihanUMNO13: MT UMNO PERLU BARISKANKAN ORANG MUDA SEBAGAI SAYAP PARTI!! #UbahUMNO


Ramai tokoh muda berwibawa yang sudah melangkaui usia 40 tahun, tidak memungkinkan untuk mereka terus bersama dalam barisan perjuangan Pemuda UMNO.

Tokoh-tokoh ini harus diangkat ke barisan hadapan, tidak perlu menunggu tua & berlapuk untuk memastikan cetusan pemikiran mereka sentiasa diperhalusi dalam memperkukuhkan daya saing UMNO.

Kita imbas kembali barisan MT yang dipilih dalam pemilihan 2008 lalu, berapa keratkah diantara mereka yang betul-betul menganggap MT adalah platfom memperkuat parti dan menggemuruhkan lagi suara bangsa... atau sekadar menguji populariti diri semata.



Jadi gua sarankan di sini, generasi pemimpin muda dalam UMNO yang telah melepasi umur Pemuda jangan gentar untuk cuba bertanding merebut jawatan MT. Pastinya arus sokongan sekarang berubah bila semakin lantang suara-suara di peringkat akar-umbi yang mahukan perubahan dalam UMNO.

Perubahan yang lebih baik bagi memastikan rintihan setiap aras generasi diperdengarkan, dan tokoh-tokoh muda pastinya diperlukan lebih ramai berdiri di jawatan Ahli Majlis Tertinggi!! - 1Peluru

MY SLIDESHARE UPLOAD