Thursday, August 29, 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ISU-ISU AKHBAR CINA DI MALAYSIA?



Henti mimpi perpaduan melalui pendidikan

AKHBAR China Press bertarikh 28 Ogos 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Shao Xue berkaitan masalah pendidikan negara.

Tujuh tahun lagi tibanya tahun 2020, kerajaan penuh yakin menjadi negara maju. Mempunyai infrastruktur hebat dan luar biasa, pendapatan rakyat meningkat tetapi adakah Malaysia akan mencapai apa yang dimaksudkan negara maju itu?

Adakah ia begitu mudah dicapai? Selain teknologi dan infrastruktur yang tinggi, perlu mempunyai kekayaan budaya terutama sekali sistem pendidikan yang lengkap dan terbuka. Melatih dan mendidik pelbagai jenis pendidikan asas penting mencapai negara maju.

Kita telah 56 tahun merdeka, dari segi infrastruktur memang membanggakan rakyat tetapi masalah dan isu sistem pendidikan umpama termasuk ke dalam tempayan kicap, bercampur aduk kembali ke jalan yang asal.

Dibincangkan selama puluhan tahun, dianggap membantu perpaduan, pihak berkenaan memerah otak agar lebih ramai kaum bukan bumiputera masuk ke Sekolah-sekolah Kebangsaan. Akhirnya bagaimana? Semua orang sudah jelas dan faham sendiri, tidak perlu lagi bermimpi untuk membincangkan perkara ini supaya semua kaum dapat bersatu padu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata ramai ibu bapa bukan kaum Cina yang tidak suka hantar anak ke Sekolah Kebangsaaan, orang Melayu juga lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC. Ini pilihan ibu bapa itu sendiri kerana mereka mahukan kualiti dalam pendidikan. Beliau menegaskan pendidikan perlu tumpu kepada kualiti, bukannya perpaduan.

Ramai kakitangan dan pegawai pendidikan yang berfikiran kaku, masih berpegang kepada satu aliran, mereka anggap ia akan membantu perpaduan. Pemikiran kaku dan berdolak dalik bukan sahaja tidak dapat bersatu padu sebaliknya menyebabkan pengetahuan murid-murid semakin merosot sehinggakan mereka tidak mahir bahasa Inggeris dan majikan sukar ambil bekerja.

Selain itu, pertelingkahan Dong Zong dengan pihak pelajaran dalam isu Pelan Induk Pendidikan 2013-2025 begitu sengit. Dong Zong tidak setuju waktu pembelajaran bahasa Melayu ditambah sebaliknya waktu bahasa Inggeris dan bahasa Cina disingkatkan, dalam jangka panjang ia tidak memihak kepada pendidikan bahasa Cina.

Negara kita telah merdeka lebih setengah abad, isu pendidikan masih di takuk satu aliran dan waktu pembelajaran bahasa dipanjangkan atau dipendekkan. Jika barah ini tidak dibuang segera, bagaimana mahu dapatkan khidmat cerdik pandai untuk menjadi negara maju?

Cegah rasuah termasuk dalam parti politik


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 26 Ogos 2013 melalui ruangan Pendapat Yuan Lun memaparkan tulisan editorial akhbar tersebut berkaitan usaha mencegah rasuah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu sebuah pasukan berjumlah 400 anggota polis khas dari Bukit Aman telah bergerak sejak dua bulan lalu untuk mengawal keselamatan tanpa pengetahuan balai polis setempat, terus masuk dan menggempur tempat-tempat jenayah berat.

Pasukan khas ini adalah tanggungjawab dan dikendalikan terus oleh polis Bukit Aman, satu strategi jangka panjang kerajaan.

Keyakinan kerajaan membanteras jenayah kini menjadi perhatian ramai, angka jenayah di negara ini ada pasang surutnya menyebabkan isu ini sering dipertikaikan. Ia bukan sahaja melibatkan imej kerajaan secara langsung, ia juga melibatkan keyakinan rakyat dan orang ramai terhadap kerajaan pusat.

Mengikut sebuah laporan antarabangsa, dalam jiwa rakyat Malaysia beranggapan agensi yang paling kuat rasuah ialah pihak polis, seterusnya yang kedua ialah parti politik.

Tidak dinafikan soal selidik ini satu tamparan hebat kepada polis dan parti politik. Jenayah dan rasuah itu ada pertalian dan soalan ini rakyat yang lebih memahaminya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan pada Jumaat lepas telah menubuhkan jawatankuasa pengawasan ketelusan yang dipertanggungjawabkan mengawasi setiap kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam kendalikan pembelian.

Dalam beberapa tahun lalu, pihak audit secara berani melaporkan perbelanjaan membeli barang setiap jabatan, kementerian dan agensi kerajaan. Di mata rakyat, pegawai yang membeli barang mahal dibongkar setiap tahun tetapi ia masih berlaku dan langkah-langkah kerajaan hadapkan mereka ke muka pengadilan tidak nampak positif dan jauh daripada apa diharapkan.

Apabila rasuah berleluasa, mana-mana jabatan tidak akan berfungsi dengan baik. Apabila wang ringgit mampu menutup keburukan, tidak kira sama ada kumpulan cerdik pandai hebat macam mana sekalipun, mereka tetap akan terjerumus menjadi hamba kepada kebendaan dan akhirnya mereka tidak akan dapat berpatah balik lagi.

Walaupun dikatakan angka rasuah hanya di belakang pasukan polis, rasuah dalam parti politik juga perlu ditangani dan diperbaiki segera. Jika sesebuah parti itu sendiri tidak betul, bagaimana mereka mampu jaga ahli-ahli parti di bawahnya?

Rasuah dalam parti politik perlu diambil serius, hanya parti yang bersih sahaja dapat tubuhkan kerajaan yang bersih, hanya kerajaan yang bersih sahaja mampu kendalikan kementerian yang berkesan.

Tidak dinafikan, bukan semua ahli politik dan anggota polis terlibat dengan rasuah tetapi jika segelintir pelaku-pelaku ini terlepas daripada undang-undang, ia akan menjejaskan pembasmian rasuah yang sering dilaungkan dan menjadi slogan di mulut sahaja.

Rasuah adalah racun dan barah yang menjejaskan pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Apabila sesebuah agensi ataupun bahagian dalam kerajaan sering terbongkar berlakunya rasuah, pihak penguatkuasa pula buat tidak faham dan tidak nampak, bermakna keadaan rasuah akan semakin berlipat ganda berlaku kerana ia akan memberi laluan kepada orang baru untuk lakukan perkara yang sama kelak.

Demi kuasa dan duit sejak zaman Dr. Mahathir?


AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Ogos pula, juga melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan nukilan penulis bebas, Chew Siew Siang berkenaan pejuang di dalam UMNO.

Pemerintahan pakatan pembangkang di Kedah dengan kedegilan dan pentadbiran melawan arus oleh Pas, PKR pula tidak dapat mempertahankan serta DAP tiada kekuatan, maka rakyat terpaksa kembali kepada UMNO.

Ada yang ambil kesempatan bangkit kembali ketika keadaan sedang teruk, di mana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir Mohamad memungut saki baki sokongan itu menjadi tonggak kekuatan diri, pergunakan keadaan itu untuk hebahkan ke seluruh negara bahawa orang Melayu undi UMNO, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana orang Melayu tidak sukakan pakatan pembangkang.

Jika benar orang Melayu tidak sukakan pakatan, kenapa pembangkang peroleh lebih 50 peratus undi (seluruh negara)? Bukankah itu bermakna baru menang sedikit sudah terlalu ghairah?

Dr. Mahathir memahaminya lebih jelas lagi. Usia pemimpin-pemimpin UMNO semakin hari semakin tua, beliau berkedudukan tinggi di zaman itu sehingga turun daripada jawatannya tetapi masih tidak mahu tinggalkan bekas lubang jamban yang bau busuk itu.

Nama-nama mereka dinaikkan sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir, selepas zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) masih lagi kekal berjawatan, tiada sebarang kemajuan. Mereka masih lagi pantang melihat orang cerdik pandai dan tekan orang-orang golongan cerdik pandai. Akhirnya, golongan orang cerdik pandai ini kembali ke kampung halaman mereka, tetapi kemudian dianggap sebagai golongan orang-orang berpendidikan rendah yang masuk parti Pas.

Hari ini, golongan doktor, peguam, jurutera serta pensyarah-pensyarah di universiti tidak dapat masuk ke dalam pintu-pintu sempit UMNO dan mereka juga tidak nampak masa depan untuk berada di sana kerana sudah tentu pandangan mereka tidak dapat direalisasikan di situ.

Masuk parti Pas, tidak semestinya ada kepentingan, tetapi sekurang-kurangnya keadaan boleh secara berterusan menjadi teruk dan kita dapat hidupkan perjuangkan Kristian yang sepatutnya mampu terus dikembangkan.

Masuk UMNO semata-mata mahukan kuasa dan duit. Dr. Mahathir yang berfikiran begitu teliti dan jelas, setiap hari cakap yang bukan-bukan, sebaliknya beliau telah lupa pemikiran orang-orang hari ini yang masuk UMNO kerana mereka hanya mahukan kepentingan, tetapi sebenarnya siapakah yang menjadi “penciptanya"?

Sejak zaman Tunku sehingga ke zaman Tun Hussien Onn, rakan seperjuangan UMNO memperjuangkan nasib kaum, agama dan negara sebagai perjuangan utama mereka. Pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir, mulanya penswastaan projek-projek kerajaan untuk membangunkan ekonomi, mencipta banyak projek dan ramai kroni-kroni.

Barulah timbulnya pemimpin-pemimpin UMNO kerana ada sesuatu tujuan maka berebut-rebut jawatan. Pemimpin di peringkat cawangan sehingga peringkat Bahagian berharap dapat berjuang dalam parti untuk diri sendiri, sehingga banyak yang telah salah guna kuasa dan berlaku penyelewengan. Semua dan segala ini dicipta di zaman Dr. Mahathir, kini kita mahu burukkan siapa pula?

#TandaPutera: AJAIB! TIBA-TIBA 'ARAHAN' BERTUKAR JADI 'NASIHAT' PULAK?? APA CER NI LIM GUAN ENG?

[KEMASKINI....]


Pada asalnya filem patriotik Tanda Putera tidak dibenar untuk ditayangkan dimana-mana pawagam sekitar negeri Pulau Pinang, (Rujuk SINI) termasuklah syarikat pawagam gergasi, Golden Screen Cinemas (GSC) sekalipun. Menurut akhbar utusan, pawagam tersebut terpaksa pulangkan semula wang penonton yang telah membuat tempahan tiket.

LGE terlambat seminit, sebab Dr MIM terlebih dahulu keluarkan bukti:

Salinan surat yang membuktikan bahawa LGE tidak MENASIHATKAN, tetapi MENGARAHKAN!!!
UTUSAN:
PULAU PINANG 29 Ogos - Beberapa pawagam di negeri ini terpaksa memulangkan wang penonton yang sudah membeli tiket bagi menonton Tanda Putera selepas kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem itu. 
Pemulangan wang itu kebanyakannya membabitkan penonton yang memberli tiket filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu secara dalam talian menerusi Internet.

LGE menerima bidasan yang kuat daripada pelbagai pihak termasuklah daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin iaitu dia melabelkan LGE perasan dan sengaja membuat helah kononnya adegan dalam filem tersebut boleh mencetuskan provokasi dan sentimen perkauman. Seperti yang dipetik dari mStar, berikut adalah antara dialog sinis KJ menghentam LGE:

"Filem Tanda Putera ini tiada kena mengena langsung dengan DAP. Kenapa Guan Eng terasa? Kenapa perasan sangat? Tak ada kena mengena dengan beliau ataupun (Lim) Kit Siang."- KJ
"Ini cerita sejarah. Kalau adapun babak-babak dalam filem itu menggunakan lesen kreatif dengan kreativiti pengarah...itu perkara biasa dalam mana-mana filem sejarah" - KJ

Semasa isu ini hangat diperkatakan di seluruh Malaysia, seperti yang dijangka, media terbesar pembangkang, Malaysiakini tidak sampai 24jam sudahpun mengeluarkan 'berita khas' mengenai isu ini supaya dapat 'memberi ruang' untuk LGE bersuara.


MALAYSIAKINI:
Merujuk surat oleh pihak berkuasa tempatan semalam, exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, beliau sebenarnya menasihatkan dan bukan mengarahkan pengendali panggung wayang tidak menayangkan filem itu. 
"Surat saya kepada dua majlis (perbandaran) jelas untuk menasihatkan. Surat ini dihantar berdasarkan keputusan itu.  
"Ketika MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) terima surat saya dan bincangkannya, mereka rasa keputusan itu berdasarkan akta hiburan dan undang-undang kecil dan perkataan terbaik untuk digunakan adalah arahan," kata Chow dalam sidang media sama.  
SELANJUTNYA

Tapi, kenyataan yang dikeluarkan LGE yang aku dapat melalui laman blog ROCKY'S BRU ialah:
Whatever their reason(s), they can't put the blame on Lim Guan Eng because the Chief Minister has made it clear that he did not force any of the cinemas in Penang to not show Tanda Putera. Lim Guan Eng even gave his word that "no action will be taken against cinema operators who continue to screen the movie despite our advice". In other words, you won't get shot if you screen Tanda Putera or if you take your family to watch the movie or if the multiracial cast of the movie go to Penang to promote their movie.

Despite Lim Guan Eng's assurances, the GSC has taken it upon itself to not screen Tanda Putera, a movie about the life and death of two of our greatest national leaders - Tun Razak and Tun Ismail.

SELANJUTNYA

P/S: MEMANG DASAR KAKI LIPAT BETUL. DAH TERANG-TERANG KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG ARAHKAN SUPAYA FILEM TANDA PUTERA TIDAK DITAYANGKAN DIMANA-MANA PAWAGAM DI PENANG, LAGI NAK SPIN KATA BAGI NASIHAT KA? APA PUNYA CINABENG... 

UPDATE!! AKHIRNYA SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP DI MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!!


Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.

Daripada laman berita ASTRO AWANI:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.


MY SLIDESHARE UPLOAD