Tuesday, September 24, 2013

#PemilihanUMNO: #YBShamsulAnuar4MT MENGAPA YB SHAMSUL PERLU DIBERI PELUANG DALAM KERUSI MT?


Seperti apa yang saya tuliskan sebelum ini mengenai YB Shamsul Anuar Haji Nasarah (baca profilnya diSINI), banyak sebab positif yang perlu dititikberatkan oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi Pemilihan kali ini.

MENURUT ASTRO AWANI:
"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, pada Ahad. 
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. 
"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya.

IMBAS KEMBALI


 

#OneBro4NKP: SATU PUJIAN PATUT DIBERIKAN, @AzwanBro TEGAS DAN PROFESSIONAL TANGANI ISU RASUAH PAFA!


Timbalan Presiden PAFA merangkap pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengumumkan penggantungan tugas semua pegawai pasukan, termasuk jurulatih berkuatkuasa selama dua minggu.

Menurut beliau, Jawatankuasa Darurat dan Jawatankuasa Pengurusan pasukan mengesyaki wujud elemen sabotaj dan rasuah, bermula pada empat perlawanan yang lepas di mana kemuncaknya adalah kekalah teruk di tangan Sarawak 6 – 1 di Stadium Kuching.

Beliau berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan serta seorang peguam untuk melakukan siasatan terhadap isu ini untuk tempoh dua minggu.

“Kami memandang serius perkara ini, dan jika mendapati ada pegawai dan juga pemain yang bersalah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sekeras mungkin," katanya pada sidang media di Pejabat PAFA di Ipoh hari ini.

Beliau memberitahu, laporan polis terhadap isu ini sudah dibuat di Balai Polis Sungai Senam tengahari tadi, diikuti laporan kepada SPRM.

“Tindakan ini diambil dengan persetujuan Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta tiga kelab penyokong kuat skuad bola sepak Perak yang berdaftar,” ujarnya.

Berhubung pergantungan pegawai pasukan, Azwan berkata, pihaknya telah melantik Marshall Sopper dan Sayudin Mat Isa sebagai jurulatih dan pembantu jurulatih sementara pasukan.

“Para pemain perlu melaporkan diri 25 September ini kepada Marshall dan Sayudin untuk menjalani latihan seperti biasa kerana mereka masih tertakluk kepada baki kontrak,” - 
PERAK NEWS

Monday, September 23, 2013

#PemilihanUMNO: PERTANDINGAN ADIK BERADIK CALON MT MADE IN PERAK..... KRONISME?

Sebanyak enam bahagian UMNO di negeri ini menyaksikan adik-beradik dan anak-beranak bertanding bagi jawatan utama di dalam bahagian yang sama selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup petang semalam.

Enam bahagian tersebut ialah Pasir Salak, Batu Gajah, Kampar, Parit Buntar, Gopeng dan Taiping

Di Pasir Salak, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian itu manakala anaknya, Dr. Faizal bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Di Batu Gajah pula menyaksikan tiga beranak bertanding jawatan utama di dalam bahagian itu iaitu Datuk Yusoff Kassim (Ketua bahagian) dan dua anaknya, Fadzil Akhma (Naib Ketua bahagian) dan Mohd. Hakim (Ketua Pemuda bahagian).

Situasi sama juga dapat dilihat di Kampar apabila Datuk Mohamed Radzi Manan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala anaknya, Nolee Ashilin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah bertanding jawatan Ketua Wanita bahagian.

Begitu juga di Parit Buntar yang menyaksikan Datuk Jamaludin Abdul Rahim bertanding jawatan Naib Ketua bahagian manakala anaknya, Mua'amar Ghadafi Jamal bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Berbeza pula di Gopeng iaitu Hamizura Osman bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian manakala kakaknya, Datuk Hamidah akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita bahagian.

Hamidah juga turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita di peringkat Pusat.

Di Taiping juga berlaku pertandingan melibatkan adik-beradik iaitu Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala adiknya, Shahril Azmir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.

Ketika mengulas situasi tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti asalkan layak.

Katanya, ahli keluarga bertanding di peringkat cawangan dan bahagian yang sama atau berlainan adalah suatu perkara yang biasa di dalam politik termasuk dalam kalangan parti-parti pembangkang.

"Parti pembangkang lagilah parti anak-beranak sebab dikuasai kaum keluarga di peringkat Pusat, apatah lagi di bahagian dan cawangan," ujarnya. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD