Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO: KENAPA PERLU PINGGIRKAN CALON EXCO NO.46 DAN NO.62??


Menjelang 12 Oktober 2013 yang hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum 75,000 perwakilan pemuda membuat pilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi bagi pergerakan pemuda untuk sessi 2013-2016.

Selain jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan pemuda antara yang menarik untuk diperhatikan ialah pertandingan merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia melibatkan 75 calon yang bertanding.

Malah sudah ada pihak yang membuat analisis dengan mengeluarkan senarai calon pilihan mereka. Selebihnya masih berkira-kira siapa yang mahu dipilih sebagai 20 orang exco pemuda bagi 2013-2016.

Siapa yang terbaik, siapa yang mempunyai kekuatan di bahagian, siapa yang aktif di bahagian serta yang mana satu calon yang benar-benar bekerja di peringkat akar umbi dalam membantu parti semasa sehingga selepas PRU13.

Bagi negeri Kelantan yang ketengahkan tiga orang calon, dua orang lagi merupakan pemuda yang buat kerja, mempunyai kekuatan di bahagian namun malangnya mereka kurang popular berbanding calon-calon exco yang lain.

Disebabkan mereka tidak begitu popular, bimbang para perwakilan salah membuat penilaian terpaksalah saya perincikan satu-persatu mengenai mereka.

Faizal Daud calon No.46 - Siapa mamat bernama Faizal Daud, hebat sangatkah sehingga saya merayu kepada perwakilan memberikan peluang kepada dia sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?
Calon NO.46 Faizal Bin Daud

Nak kata hebat itu tidak hebat mana, Faizal Daud atau lebih mesra dengan nama Abe Ja ini merupakan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang menaungi dan menjaga kebajikan 12,000 anak-anak Kelantan di pusat pengajian tinggi.

Selain itu dia juga merupakan Ketua Cawangan UMNO Gual di bawah Bahagian Rantau Panjang. Jika Faizal Daud tiada kekuatan di cawangan/bahagian mana mungkin dia mampu memenangi jawatan Ketua Cawangan?

Saya ulangi 12,000 anak-anak Kelantan yang belajar di pusat pengajian tinggi iaitu kumpulan sasaran dalam kpi Ketua Pemuda bagi program pengkaderan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda.
Abe Ja menandatangani slip keputusan SPM
bagi mengikuti pengajian Pra Diploma di UiTM

Abe Ja juga merupakan penggerak kepada program Jelajah Destini Anak Bangsa sebelum PM DS Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) melalui program ini, ia telah membantu lebih 10,000 anak-anak orang susah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar kurang upaya ini antara 10,000 lepasan SPM yang kini melanjutkan 
pengajian di UiTM. Abe Ja bersama Dato Aizuddin JDAB2012 Terengganu


"Yus beritahu kepada mak cik (tudung hitam) Abe Ja urus anak mak cik buleh masuk U, jgn risau!" - kata Abe Ja kepada saya dalam program JDAB2012.

Abe Ja juga mewujudkan tabung RM50 sebulan kepada 40 anak orang miskin di Kelantan. Mungkin bagi orang biasa jumlah tersebut tidaklah sebesar mana, namun buat 40 pelajar miskin di Kelantan ia adalah satu rahmat buat mereka. Berapa ramai dari 75 orang calon exco yang bertanding ada latar belakang seperti Abe Ja?
Abe Ja - JDAB2012 Uptown Wangsa Maju

Berbaki dua hari lagi kenapa kita tidak berikan ruang dan peluang kepada individu yang memperjuangkan isu pendidikan kepada bangsa kita membarisi senarai 20 Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi sessi 2013-2016?

Sumber http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/10/pemilihanumno-analisis-calon-exco.html

P/S: Sorry.. Artikel copy paste je. Sibuk sikit sekarang

#PemilihanUMNO: KENAPA @AzwanBro NI NAK SANGAT BERTANDING NKP? #OneBro4NKP #AzwanBro4NKPUM #Pilih04


Apakah tujuan Azwan Bro mahu bertanding NKP ni? Mari kita tonton video ini:

Wednesday, October 9, 2013

PERBAHASAN PCA: MAJLIS PEGUAM NAK DAKWA @zahid_hamidi? #PemilihanUMNO


Majlis Peguam (BAR Coucil)? Kecoh sebelum ini bahawa ia merupakan satu Majlis yang masih diragui kecenderungan politiknya sejak dikatakan terlibat dengan Perhimpunan BERSIH sebelum ini. 

Semalam, Presidennya Christopher Leong menegaskan bahawa pendedahan oleh MELOYAKINI MALAYSIAKINI mengenai ucapan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi semasa sidang parlimen bagi membincangkan penggubalan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) boleh dikenakan hukuman dibawah Akta Hasutan.

Seperti yang sedia maklum, MALAYSIAKINI adalah merupakan portal milik pembangkang dimana ianya 'ditugaskan' khas untuk menjatuhkan kerajaan melalui media massa. 


Persoalan yang sedang bermain diminda saya sekarang ialah adakah ini juga merupakan sebuah permainan untuk menamatkan karier politik DS Zahid Hamidi?


Namun pada hakikatnya, DS Zahid sudah pun menafikannya dari awal lagi. -  Perbahasan PCA: Zahid nafi polis diperalat

Petikan berita:

Majlis Peguam mengecam ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Melaka dan menyifatkan sebagai suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.


Presidennya Christopher Leong menegaskan tindakan Ahmad Zahid tersebut sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan.

"Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leong juga menegaskan tiga pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid dalam ucapannya seperti didedahkan Malaysiakini merupakan satu kesalahan dan tidak menghormati undang-undang.

Pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid antaranya mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.

"Majlis Peguam mengutuk kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen.

"Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan," katanya lagi

Leong juga mengkritik Ahmad Zahid yang sehingga kini masih lagi gagal mengemukakan bukti kononnya pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)sebagai punca peningkatan jenayah berat kebelakangan ini walaupun telah berjanji untuk bentang di Parlimen.

"Beliau gagal mengemukakan data bukti untuk menyokong hujahnya.

"Sebaliknya, beliau dilaporkan telah berpakat dengan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Ketua Polis Negara untuk meminda PCA," katanya.

Leong juga berkata tindakan Ahmad Zahid menghalau wartawan daripada membuat liputan membuktikan beliau mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan sedemikian, serta sanggup mengancam media untuk semata-mata memenuhi kehendaknya.

"Cubaannya untuk menutup mulut media adalah isyarat beliau mengakui kesalahan dalam kenyataannya," katanya lagi.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka telah bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh tersebut, Ahmad Zahid telah juga telah mengecam seorang Timbalan Menteri kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya dipetik berkata dalam laman portal berita online.

Pindaan rang undang-undang PCA yang diluluskan baru-baru ini di Dewan Rakyat akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut. - AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD